5 Syawal 1434
KUALA LUMPUR, 11 Ogos , 2013- Meskipun mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh sejak kebelakangan ini, persekitaran luar kekal menjadi cabaran utama kepada Malaysia untuk mengekalkan pertumbuhan positif dalam jangka masa terdekat.
Harga komoditi yang lemah, permintaan global yang perlahan untuk barangan elektrik dan elektronik serta kekuatan yang menyusut daripada ekonomi baru muncul seperti China dan India, akan memberi cabaran kepada sebuah ekonomi terbuka, termasuk Malaysia.
Ketua Pakar Ekonomi Malaysian Rating Corp Bhd Nor Zahidi Alias berkata ketidaktentuan ekonomi dunia dan kebimbangan yang menyelubungi Pilihan Raya Umum ke-13 adalah faktor utama yang mempengaruhi ekonomi Malaysia pada separuh pertama tahun ini.
"Pada masa yang sama, harga komoditi yang lemah menjejaskan sektor eksport dan mempengaruhi pertumbuhan," katanya kepada Bernama.
Maklumat lanjut : BERNAMA
No comments:
Post a Comment