Bursa Malaysia

top_rightads

Kenali Penulis

Penulis adalah merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang dilahirkan di salah sebuah negeri di utara Semenanjung Malaysia.  Selain daripada pendidikan di sekolah rendah dan menengah, penulis telah memulakan pengajian di peringkat tinggi di Institut Teknologi  MARA dalam kursus Pra-Perdagangan. Kemudian penulis melanjutkan pengajian pada peringkat Diploma Perniagaan Dan Pengurusan di institusi yang sama.  Apabila tamat sahaja pengajian  di peringkat berkenaan, penulis meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Perniagaan Dan Pentadbiran dengan Kepujian dalam pengkususan bidang Kewangan di Universiti Teknologi MARA Shah Alam.
Penulis  kemudiannya membuat keputusan mengembangkan pengetahuan beliau dalam bidang Pengurusan Maklumat di universiti yang sama dimana beliau berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Maklumat. Beliau  kini dalam proses akhir menamatkan pengajian beliau pada peringkat Doktor Falsafah dalam bidang yang sama. Selain daripada itu, beliau juga mendapat kelayakan bidang  professional “Certified Management Accountant” daripada “The institute of Certified Management Accountants” Australia. Penulis juga memegang  “Certificate In Training & Development” yang diperolehi daripada “ Malaysian Society, Training & Development-MSTD” serta memegang  “Certificate In Knowledge Management” daripada JT Frank Academy.
Mempunyai pengalaman di sektor pembrokeran saham sebagai “Credit Control” pada sekitar krisis kewangan Asia 1997, beliau juga berpengalaman kerja di bidang latihan dan pembangunan yang pernah bertugas sebagai “trainer” atau jurulatih dalam bidang perakaunan, kewangan, belanjawan dan pengurusan strategi. Beliau juga berpengalaman sebagai pensyarah dalam bidang yang sama di salah sebuah kolej swasta.Penulis juga  berpengalaman betugas sebagai “financial controller” di salah sebuah institut pengajian tinggi swasta. Antara kejayaan manis beliau ialah beliau telah berjaya menstruktur dan memulihkan pengurusan kewangan institusi berkenaan dalam jangka masa setahun sahaja.
Kini, beliau sedang bertugas di salah sebuah syarikat telekomunikasi negara di salah sebuah unit yang menguruskan modal insan. Buat masa kini, beliau hanya ingin dikenali sebagai orang biasa(ordinary people) dan mempunyai kecenderungan mengutarakan serta berkongsi  pandangan dan pemikiran beliau di blog-blog secara separuh masa serta bila ada masa kelapangan berdasarkan pengetahuan,pengalaman dan kemahiran yang beliau miliki agar ianya dapat dikongsi bersama. Beliau percaya, idea atau permikiran beliau perlu ditulis dalam bahasa kebangsaan agar lebih ramai golongan majoriti rakyat negara ini turut dapat berkongsi ilmu dengan lebih berkesan serta mendapat manfaat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...