Bursa Malaysia

top_rightads

Saturday, July 30, 2011

Perbanyakkan Institusi Pelaburan Islam

Soal halal dan haram dalam pelaburan bagi umat Islam masih banyak ruang untuk diperbaiki. Sebagai contoh, institusi pelaburan Islam yang dimiliki oleh orang Islam masih boleh dibilang dengan jari. Walaupun retorik tentang perjuangan tentang Islam semakin bertambah, namun perlaksanaannya masih lagi dilihat sepi.

Umat Islam di negara ini seolah tidak dapat berbuat apa-apa di mana pada suatu ketika di awal tahun ini apabila sebuah perniagaan makanan segera yang dimiliki oleh anak syarikat kerajaan negeri di selatan tanahair, tiba-tiba diberitakan untuk dijual kepada bukan Islam. Begitu juga dengan berita syarikat berkaitan kerajaan yang bakal dijual oleh pihak-pihak tertentu yang telah diamanahkan oleh pemerintah sebagai pembuat dasar. Tiada institusi pelaburan yang dimiliki oleh orang Islam yang mampu mengambilalih kepentingan syarikat-syarikat terbabit.

Namun begitu, siapa yang mengambil berat tentang hati umat Islam terutama sekali di Malaysia? Siapa yang mempu melaksanakan kehendak fardhu kifayah dalam soal pengeluaran bahan keperluan asas kehidupan masyarakat Islam. Berapa banyakkah kilang tepung yang dimiliki oleh orang Islam? Berapa banyakkah kilang pengeluaran minyak masak yang dimiliki oleh pengusaha Islam. Berapa banyakkah kilang pengeluaran makanan ternakan yang dimiliki oleh orang Islam dan banyak lagi isu-isu yang masih membelenggu yang masih belum terjawab buat masa kini.

Sudah sampailah masanya institusi pelaburan yang dimiliki oleh umat Islam dibentuk sebagai suatu strategi jangka panjang bagi mengatasi isu-isu yang dinyatakan tadi.Pertubuhan-pertubuhan yang berasaskan Islam perlu bergabung bagi membentuk satu atau pelbagai Institusi yang boleh berperanan sebagai badan pelaburan utama di dalam negara ini untuk membeli dan memegang aset-aset yang berpotensi di dalam negara di samping mempunyai potensi mengembangkan kekayaan pada masa akan datang. Secara tidak langsung, institusi pelaburan ini sedah semestinya mampu membuat pelaburan di dalam perniagaan yang mengeluarkan bahan-bahan asas utama yang diperlukan oleh rakyat dan memberi persaingan yang sihat kepada peserta pasaran yang ada. Dengan adanya persaingan tersebut, kos barangan keperluan dengan secara tidak langsung akan dapat distabilkan.

Selain daripada itu, badan pelabutan ini juga mampu menawarkan peluang pelaburan kepada umat Islam dari segi pemegangan amanah saham seperti yang bercirikan Amanah Saham Bumiputra dan apa yang membezakan ialah dengan memastikan pelaburan melalui skim ini akan seratus peratus mematuhi kepada piawaian syariah. Aganda seperti ini perlulah diutamakan berbanding agenda-agenda lain yang boleh mendatangkan risiko kepada kemaslahatan umat.

@MyIktisad

Thursday, July 28, 2011

Perangi Kenaikan Kos

PUTRAJAYA 27 Julai – Utusan Malaysia hari ini telah melaporkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pertambahan satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu memerangi Kos Kehidupan Yang Kian Meningkat sebagai usaha membantu meringankan beban rakyat ekoran kenaikan kos harga barang makanan.

Perdana Menteri berkata, pertambahan NKRA kepada tujuh bidang berbanding enam sebelum ini dibuat berdasarkan kajian dan penilaian terhadap tuntutan serta kehendak rakyat.
“Kira-kira dua tahun lalu tidak ada fenomena global mengenai kenaikan harga barang makanan tetapi sekarang ia turut melanda semua negara di dunia, sebab itulah hari ini kita tambah satu lagi NKRA.
“Oleh kerana fenomena ini telah membawa impak kepada rakyat Malaysia dan pengguna, maka kerajaan berpendapat ia sudah menjadi isu utama justeru kita perlu menentukan respons dan penyelesaian yang boleh memberi kesan dan kelegaan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis dialog dengan pakar-pakar bidang yang terlibat perbincangan dalam talian Meja Bulat 1Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.
Najib berkata, langkah-langkah yang diambil bagi tujuan itu ialah kerajaan mengawal harga kebanyakan barangan dan mengekalkan sistem subsidi kepada kebanyakan barang-barang keperluan.

“Kita juga ada inisiatif seperti Klinik 1Malaysia yang memberikan perkhidmatan dengan kos RM1 sahaja, rangkaian kedai runcit 1Malaysia yang sedang diperluaskan ke seluruh negara melalui kedai-kedai runcit Tukar dan juga barangan runcit dalam bungkusan Felda.

“Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga sudah berunding dengan pihak terlibat dalam industri ayam dan mereka setuju mengurangkan kos harga pengeluar yang boleh membawa kepada penurunan harga ayam,” katanya.

Perdana Menteri menegaskan, langkah tersebut tiada kaitan dengan pilihan raya sebaliknya kerajaan mendengar permintaan rakyat dan melaksanakan kehendak mereka.

Namun begitu, penulis di MyIktisad berpendapat bahawa ekosistem bagi pengeluaran bahan makanan perlu diperkuatkan. Ini termasuklah dari segi perluasan kawasan tanaman padi di Sarawak, pembangunan dan penyelidikan bagi setiap komoditi, penggunaan teknologi kejuruteraan yang moden dan sebagainya. Penubuhan syarikat GLC baru , atau konsortium terdiri daripada persatuan pengguna serta koperasi juga mungkin perlu dipertimbangkan bagi memperbanyakkan pemain di industri pengeluaran ternakan dan bahan makanan daripada asyik terpaksa berunding dengan pihak-pihak tertentu yang sudah sekian lama telah memonopoli industri-industri tertentu di negara ini.

@MyIktisad

LHDN Perlu Bersifat Lebih Mesra Kepada Pembayar Cukai

Hari ini penulis menerima notis taksiran tambahan bagi tahun 2007 daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN). Bayangkan apa perasaan jikalau kita baru penat pulang bekerja, tiba-tiba mendapat notis untuk bayaran tambahan yang jumlahnya agak banyak. Lebih-lebih lagi jarak tahunnya agak jauh iaitu lebih kurang 4 tahun kebelakang. Disertakan pula dengan ayat yang bagi penulis rasa agak angkuh dan agak mengugut yang mana terdapat pada item no 3 tertera seperti berikut: , "Jika tuan tidak berpuas hati dengan taksiran ini, tuan boleh merayu terhadapnya dalam borang yang ditetapkan dalam had tempoh yang dinyatakan di muka sebelah. Walau bagaimanapun, cukai kena dibayar itu mesti dibayar sepenuhnya". Penulis cadangkan agar ayat berkenaan digantikan dengan ayat yang lebih mesra pelanggan sebagai kompromi kelemahan sistem mereka yang bagi penulis tidak berapa cekap. Ini kerana jangka masa yang agak lama menyusahkan pembayar cukai untuk mengingati semula fakta-fakta yang mereka ada.

Pada pengalaman penulis, notis ini tidak mengambil kira potongan cukai yang telah dibuat pada amaun tambahan yang boleh dikenakan cukai. Cuma kita kena pergi buat semakan ke pejabat LHDN yang berdekatan. Jika nasib baik, mungkin kita terlebih bayar, dan kadangkala terpaksa juga bayar cukai tambahan. Dalam menyahut seruan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", kenapa tidak LHDN membuat kajian serta perubahan dengan mengambilkira maklumat terkini yang ada di dalam sistem maklumat mereka, terhadap amaun potongan cukai bulanan pembayar cukai yang terkumpul yang mungkin berbaki di dalam sistem mereka? Ini bakal menjimatkan kos di mana pembayar tidak perlu bersusah payah ke kaunter berhampiran, dapat menjimatkan kos petrol, dan LHDN tak perlu lagi mempunyai cawangan yang banyak. Selain daripada itu ianya mengurangkan beban pemerintah sedia ada dari segi menguruskan persepsi buruk segelintir rakyat terhadap kerajaan. Takkan hal sebegini perlukan campur tangan Perdana Menteri untuk dibuat penambahbaikan.

Kalau dulu penulis tak boleh nak komplen secara terbuka, kerana masih belum ada blog sendiri. Jika dihantar ke surat khabarpun, ianya belum tentu akan  disiarkan. Namun pada zaman sekarang ini, seluruh dunia boleh membaca keluhan rakyat biasa seperti penulis.

@MyIktisad

Tuesday, July 26, 2011

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan Pada Hari Ahad

Bernama melaporkan bahawa tarikh melihat anak bulan Ramadhan bagi menentukan hari permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang hari Ahad ini, 31 Julai 2011 bersamaan 29 Syaaban 1432 hijrah.Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat-tempat begi melihat anak bulan ialah di Pontian kecil di Johor,Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara(Melaka), Telik kemang(Negeri Sembilan),Bukit Melawati(Selangor),Pulau Angsa(Selangor,Bukit jugra(Selangor), Balai Cerap Selangor,Sabak Bernam (Selangor), Pantai Pasir Panjang(Perak), Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh(pulau pinang),kampung Pulau Sayak,Kuala Muda Kedah, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi(Kedah), Menara Alor Setar(Kedah).

Lokasi lain pula terdiri daripada Tanjung Lubang(Miri, Sarawak), Teluk bandung(Kuching,Sarawak), tanjung Batu(Bintulu,Sarawak), Balai Cerap Al-Biruni(Putatan,Sabah),Bukit Tanjung Batu,Nenasi(pahang), Gunung Berincang, Cameron highlands(Pahang), Bukit Pelindong,Kuantan(Pahang), Menara Universiti Malaysia Sabah(Labuan), Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai baru, Simpang Empat(Perlis).

Majlis Raja-Raja memperstujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada pada malam itu juga.

Sumber-Bernama

@MyIktisad

Sunday, July 24, 2011

Bank Negara Bercadang Menganugerah Lesen Bank Islam Multinasional Pada Suku Ke Tiga 2011


JAKARTA: Malaysia merancang untuk mewujudkan bank Islam pertama multinasional di Asiayang boleh meningkatkan kemampuan pemberi pinjaman yang berasaskan syariah untuk melaksanakan tawaran sukuk yang lebih besar, selepas jualan global meningkat lebih daripada dua kali ganda kepada AS $ 14.7bil tahun ini.

Suatu lesen bank lagi akan diberikan pada suku ketiga, kata Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dalam satu wawancara di Jakarta pada 18 Julai. Beliau berkata pada bulan Oktober nanti, bank berkenaan akan ditubuhkan oleh institusi dari Asia dan Timur Tengah dengan permodalan pasaran sebanyak AS $ 1bil. Jumlah berkenaan mampu  berkembang kepada kira-kira AS $ 10bil dalam tempoh enam hingga 10 tahun, menurut Five Pillars firma penasihat kewangan Islam yang berpangkalan di Singapura.

Pemberi pinjaman berdasarkan  Syariah terlalu memberi tumpuan kepada pasaran domestik dan bank baru itu nanti akan memberi tumpuan kepada perniagaan antarabangsa, membantu mempercepatkan pertumbuhan dalam industri kewangan Islam, kata Zeti. Modal asas bank-bank yang berdasarkan Islam di negara Asia Tenggara adalah tidak mencukupi untuk menguruskan jualan sukuk yang berjumlah lebih daripada AS $ 500mil,


Sumber: Bloomberg & ThesarOnline

MyIktisad menyambut baik usaha ini agar sistem kewangan Islam mampu bersaing dengan sistem kewangan konvensional serta mewujudkan keadlian sosial di kalangan masyarakat antarabangsa.

Friday, July 22, 2011

Keuntungan Sebelum Cukai(PBT) CIMB Islamic melonjak 81.6%

Keuntungan Sebelum Cukai(PBT) CIMB Islamic tahun ke tahun(YoY) telah melonjak 81.6% kepada RM146 juta, di mana produk perbankan Syariah terus mendapatkan sambutan. Aset pembiayaan kasar CIMB Islamic telah meningkat  33.3% tahun ke tahun(YoY) perbandingan, mencakupi 13.9% daripada jumlah pinjaman Kumpulan. Jumlah deposit menerusi perbandingan tahun ke tahun(YoY)   telah meningkat sebanyak 27.3% kepada RM22.4 bilion.

Sumber:


http://www.cimbislamic.com/index.php?ch=is_mc&pg=is_mc_news&ac=3871

Wednesday, July 20, 2011

Maybank Islamic Mencatatkan Kenaikan PBT 56% Untuk Sembilan Bulan Pertama Kepada RM593 Juta

Maybank Islamic yang dipercayai bank Islam terbesar di Malaysia telah mencatat prestasi memberangsangkan bagi suku ketiga tahun kewangan, dengan mencatatkan pertumbuhan hasil sebanyak 47% kepada RM1.7 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 31 Mac 2011. Keuntungan sebelum cukai(PBT) bank berkenaan direkodkan pada RM593 juta, meningkat sebanyak RM212.4 juta atau 56% daripada tempoh yang sama tahun lepas.


Jumlah aset berkembang kepada RM58.8 bilion, iaitu pertumbuhan sebanyak RM14.6 bilion atau 33% daripada tahun kewangan yang lalu berakhir 30 Jun 2010, dipacu oleh peningkatan dalam jumlah pembiayaan dan portfolio sekuriti. Keputusan ini menyaksikan peningkatan besar dalam jumlah pembiayaan sebanyak RM8.5 bilion atau 25% kepada RM 41.9 bilion berbanding kedudukannya pada bulan Jun 2010, didorong terutamanya oleh "drawdowns pembiayaan untuk segmen korporat dan runcit.


Jumlah deposit telah meningkat kepada RM46.6 bilion, iaitu pertumbuhan terkumpul sebanyak RM12.1 bilion atau 35% daripada RM34.5 bilion yang dicatatkan pada bulan Jun 2010 sebagaikesan daripada hasil beberapa kempen meningkatkan deposit  dilancarkan dalam tempoh tersebut.
Sumber :
http://www.maybankislamic.com.my/news_pbt.html

Tuesday, July 19, 2011

Instrumen syariah berpotensi besar – Gabenor

Utusan Malaysia melaporkan dari berita JAKARTA  pada 18 Julai tentang penerimaan baik pasaran antarabangsa terhadap Sukuk yang merupakan salah satu instrumen kewangan berdasarkan syariah. Menurut Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, "Penerimaan baik pasaran antarabangsa terhadap sukuk global Wakala Malaysia baru-baru ini menunjukkan potensi besar instrumen berlandaskan Syariah itu". “Sukuk RM2 bilion yang besar itu telah mendapat sambutan dengan terlebih langganan sebanyak 4.5 kali".

Menurut beliau“Terdapat permintaan yang ketara dan berpotensi untuk instrumen berlandaskan Syariah,” katanya pada Persidangan Bersama Peringkat Tertinggi bagi Kewangan Islam oleh Bank Negara dan Bank Indonesia bertajuk “Meningkatkan Pautan Kewangan Ke Arah Kemakmuran Ekonomi,” di sini hari ini.
Beliau juga berkata, memandangkan Wakala itu besar, kerajaan Malaysia tidak akan mengkaji sukuk global buat sementara waktu ini, namun akan menerbitkan sukuk dominasi ringgit domestik.

“Kami juga mengurus tahap hutang. Kami akan menerbitkan sukuk ringgit domestik memandangkan kita mempunyai mudah tunai yang besar dalam sistem kewangan.“Kami akan terus menerbitkan sukuk dominasi ringgit dan menyambut baik pelabur dari seluruh dunia, termasuk Indonesia, kerana kami membuka pasaran untuk pelabur membeli sukuk,” katanya.

Zeti berkata, Indonesia mempunyai potensi besar dan boleh membuat lonjakan dalam kewangan Islam.
“Indonesia boleh membuat lonjakan besar. Ini bermakna ia tidak perlu menggunakan perantara... ia boleh terus kepada sistem yang lebih maju.

“Banyak benda yang dilakukan Malaysia adalah secara percubaan dan belajar, dan kami memberi tumpuan terhadap yang terbaik. Berdasarkan situasi Malaysia dan negara lain yang sudah membangunkan kewangan Islam, Indonesia boleh melakukan lonjakan besar itu,” katanya.Dalam ucapannya sebelum itu, Zeti berkata peralihan kewangan Islam dalam arus utama sistem kewangan dunia merupakan peluang untuk pengantara kewangan Nusantara, terutama di Indonesia dan Malaysia.

Penulis di MyIktisad menyambut baik usaha yang berterusan oleh pihak yang berkenaan untuk menambahbaikkan instrumen kewangan berdasarkan syariah. Ianya perlu dikembangkan diperingkat global bagi menyediakan satu alternatif pelaburan bagi dana-dana yang berdasarkan unsur-unsur halal didalam polisi pelaburan masing-masing.

@MyIktisad

Monday, July 18, 2011

Perbankan Islam Perlu Lebih Mesra Pelanggan

Baru-baru ini penulis ada memohon untuk mendapatkan kad kredit daripada salah ssebuah bank Islam yang ada di Malaysia. Ini kerana penulis berazam untuk menghapuskan kad-kad kredit konvensional yang penulis ada dan beralih kepada kad kredit perbankan Islam. Setelah lebih daripada sebulan menunggu, masih tiada jawapan yang diterima sama ada permohonan penulis berjaya ataupun gagal. Sedangkan pada masa yang sama,  bank-bank konvensional pula, tanpa diminta dan putus asa , mereka telah menghantar kad-kad baru emas sebagai naik taraf atau gantian kad-kad kredit yang sudah tamat tempoh.

Penulispun pergi la semula ke bank berkenaan untuk mengetahui status permohonan penulis. Pegawai bank berkenaan berjanji untuk menyiasat dan menghubungi penulis semula.Namun begitu, amat menghampakan, setelah 4 hari berlalu, satu khabar beritapun penulis tak dengar. Maka dengan itu,penulis membuat kesimpulan bahawa perbankan Islam di Malaysia telah maju dan tidak memerlukan pelanggan seperti penulis lagi. Maklumlah mereka sedang sasarkan pelanggan bukan Islam agaknya, untuk menunjukkan produk mereka setaraf diperingkat antarabangsa.

Pelik pula, sedangkan perbankan konvensional sering mengejar penulis sama ada semasa hendak beri kredit atau semasa menuntut kembali kredit yang kadangkala penulis terlupa nak jelaskan dalam masa yang ditetapkan. Renung-renungkan..dan selamat beramal...

@MyIktisad

Sunday, July 17, 2011

Sebab Utama Siswazah Sukar Mendapatkan Pekerjaan

Bernama hari ini melaporkan bahawa antara faktor utama ramai siswazah sukar mendapatkan pekerjaan ialah ketidakmampuan bertutur dalam bahasa Inggeris, tiada pengalaman bekerja dan bersikap memilih pekerjaan.Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata, mereka juga sering menuntut gaji yang tinggi dan enggan menerima tawaran jawatan yang tidak sepadan dengan kelulusan yang dimiliki disebabkan tiada pengalaman kerja.

Namun begitu, penulis berpendapat bukan sahaja graduan tidak mampu bertutur dalam bahasa Inggeris, bahkan kadangkala mereka juga bermasalah untuk bertutur dalam bahasa Malaysia dengan baik kerana masih terbawa-bawa dengan loghat negeri masing-masing. Kadangkala mereka juga tidak dapat berkomunikasi kerana kurang membaca dan kurang mempunyai maklumat dan pengetahuan, seterusnya menyebabkan mereka merasa takut dan tidak berkeyakinan.

Namun begitu , mereka amat beruntung kerana kerajaan sekarang ini telah menyediakan pelbagai latihan menerusi syarikat berkaitan kerajaan menerusi program Skim Latihan 1Malaysia, IconAp menerusi MDEC , Khazanah Nasional , Bank Negara dan sebagainya.Apa yang penting, graduan berkenaan yang masih menganggur hanya perlu menjengah laman web organisasi dan syarikat berkenaan dan mendaftar jika kena pada masanya. Selalunya, menerusi program berkenaan, para graduan menganggur akan diberi latihan dan pengalaman kerja secara praktikal sebelum diserapkan di mana-mana jawatan yang sesuai berdasarkan prestasi yang ditunjukkan. Amatlah rugi, jika peluang tersedia masih gagal direbut oleh pihak yang terlibat.

@MyIktisad

Thursday, July 14, 2011

Malaysia Perlu Bersedia Dengan Kemungkinan Krisis Ekonomi Dunia

Buletin Utama di TV3 sebentar tadi menyiarkan berita tentang keadaan hutang Amerika Syarikat yang semakin meruncing. Pada masa yang sama krisis ekonomi di Greece menampakkan seolah-olah tiada penyelesaian buat masa ini dan mungkin merebak kepada beberapa negara lagi. Ini adalah disebabkan akur kepada desakan IMF terhadap perlaksanaan dasar ekonomi mereka.

Malaysia suatu ketika dulu sikitar akhir 90 an juga hampir-hampir handak melaksanakan kaedah yang sama. Mujurlah Menteri Kewangan ketika itu mempercayai model berkenaan terkeluar daripada barisan pembuat keputusan. Malaysia akhirnya berjaya keluar daripada krisis berkenaan dengan acuannya tersendiri.

Perkembangan terbaru ini seharusnya membuatkan Malaysia membuat persediaan awal untuk menghadapi kemungkinan satu lagi krisis ekonomi dunia bakal berlaku. Salah satu caranya ialah dengan menarik kembali pelaburan di luar negara (jika ada)  dengan melalui proses pengambilan untung dan menggalakkan/menyalurkan kepada pelaburan domestik bagi mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi negara walaupun dalam keadaan ekonomi dunia yang makin tidak menentu.Strategi mengharapkan pelaburan langsung asing mungkin tidak berapa bijak atau sesuai buat masa sekarang.

@MyIktisad

Friday, July 8, 2011

Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan(GLIC) Perlu Meningkatkan Kepentingan Dalam Syarikat-syarikat Yang Berjaya

Thestar online hari ini telah memaparkan komen seorang pembaca yang bernama Dr Lee Boon Peng yang terkejut dengan berita yang disiarkan di Utusan Malaysia 6 Julai 2011 yang menyatakan bahawa "33 GLC akan dijual" (Utusan Malaysia 6 Julai,).

Beliau dipetik berkata "Saya membaca dengan rasa terkejut terhadap tajuk utama dalam Ruangan Bisnes pada 6 Julai 2011 yang lalu dengan berkongsi pengetahuan beliau di mana sebarang  penswastaan
​​keseluruhan atau sebahagian daripada  salah satu perusahaan milik negara  jika dilakukan di negara barat akan melahirkan banyak perdebatan, tambahan lagi jika ianya melibatkan sebanyak  33 perniagaan.

Sebagaimana yang sedia maklum bahawa pemilik faedah saham-saham ini ialah organisasi yang  ditubuhkan bagi menjaga amanah untuk generasi akan datang rakyat Malaysia, termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Khazanah Nasional Bhd, Permodalan Nasional Bhd, Lembaga Tabung Haji, Kumpulan Wang Persaraan dan Lembaga Angkatan tentera. Justeru itu tiada kewajaran dilihat inisiatif ini diterima pakai.

Aset pelaburan milik negara ini menjana dividen untuk sebab-sebab pelbagai bayaran pencen tentera, pelaburan KWSP dan pelbagai aktiviti haji, dan mendukung nilai Amanah Unit Amanah Saham Nasional.Ini merupakan salah satu cara rakyat Malaysia dapat berkongsi dan menikmati kemakmuran negara kita.

Beberapa persoalan diutarakan untuk direnungkan bersama :

1. Apakah rancangan untuk dana yang bakal dijana oleh proses penswastaan
​​ini? Bagaimana ini akan dilindungi?

2.Apakah jenis-jenis aset yang boleh menjana pendapatan yang bakal diperolehi untuk menggantikan perusahaan atau syarikat-syarikat dijual? Tidakkah pesara dan pemegang unit amanah bakal mengalami hakisan aset dan pendapatan?

3.Adakah saham-saham yang termasuk dalam pengiraan sasaran pemilikan ekuiti 30% bumiputera?

4.Bagaimana sasaran ini dapat dicapai jika apa-apa ketirisan besar terus berlaku?

5.Adakah Bursa mampu menyerap proses rasionalisasi/kejutan ini secara besar-besaran terhadap pegangan kuat-saham yang dipegang sebelum ini tanpa merosakkan nilai-nilai ekuiti yang sedia ada?

6.Sebagai sebuah negara maju dari segi ekonomi dan mengalami guna tenaga penuh, seharusnya  Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan memikirkan peningkatan kepentingan dalam syarikat tempatan dan asing yang berjaya dan diuruskan dengan baik selaras dengan suasana iklim kekayaan dan kemakmuran negara kita dan bukannya dengan memilih kaedah melupuskan saham?

Inilah kaedah sebenar bagaimana dana-dana yang paling berjayadi dunia mengembangkan kekayaan dan meningkatkan pertumbuhan aset mereka, serta meningkatkan kemakmuran untuk rakyat mereka.


MyIktisat amat bersetuju dengan pendapat berkenaan.Jika ini diteruskan maka ianya bakal dilihat sebagai ingkar terhadap konsep "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" oleh pemimpin negara ketika ini. Kalau dilihat dari sudut konsep berkenaan, tetap rakyat diletakkan pada ayat yang pertama, kemudiannya baru pencapaian pembuat dasar diutamakan.Seharusnya pihak yang membuat dasar yang tidak bersetuju dengan konsep utama ini perlu melepaskan jawatan dan menyerahkan kepada mereka yang lebih faham falsafah konsep tersebut. 

Sepatutnya GLIC terus diberi peluang untuk memegang syarikat-syarikat yang berkualiti di dalam negara kerana merekalah sebenarnya pelabur tulen di peringkat domestik. Kesetiaan mereka tidak perlu dipertikaikan kerana mereka sering dan akan terus bersama kita dalam keadaan suasana senang ataupun susah. Ini berbeza dengan pelabur-pelabur asing yang sering memberikan alasan untuk tidak melabur disebabkan pegangan GLC dan GLIC yang besar di dalam syarikat milik negara. Ironinya, jika kita menghadapi sesuatu kesukaran, merekalah yang akan sering menjadi golongan yang pertama melarikan diri dan mengalirkan wang keluar negara dan sering menggugut kita agar tunduk dengan desakan mereka ,jika mahu terus dibantu. Ini telah termaktub di dalam lipatan  sejarah seperti mana krisis matawang yang telah berlaku pada akhir tahun 90 an. Adakah kita terdiri dari bangsa yang mudah lupa?

Namun begitu, kita faham jika pada masa tertentu dan pada situasi harga yang baik di pasaran modal, pihak GLIC turut akan membuat pengambilan untung dan membeli semula saham pada masa harga yang rendah. Itu adalah proses biasa dan tidak perlulah melepaskan terus pegangan secara besar-besaran. Sesungguhnya saya berpendapat bahawa cadangan melupuskan pegangan tersebut mungkin datangnya daripada pihak-pihak yang sering lupa akan sejarah dan terus tidak mahu ambil ikhtibar.

Rujukan :
http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/7/8/business/9057098&sec=business
@MyIktisad

Wednesday, July 6, 2011

GST Tidak Akan Tergesa-Gesa Dilaksanakan

Tuesday, July 5, 2011

Pengurusan Kos Dalam Erti Kata Yang Sebenar

Dalam urusan perniagaan harian, rata-rata dikalangan kita sering menggunakan kaedah pengurangan kos bagi memastikan kesinambungan perniagaan. namun begitu saya berpendapat jika ianya tidak dilakukan secara berhati-hati ianya bakal memberi mudarat atau kesan negatif dalam jangka masa yang panjang.

Sebagaimana dengan proses "diet" pemakanan seseorang, menahan diri daripada makan disebabkan oleh hendak mengurangkan berat badan, jika tidak dilakukan dengan betul akan memudaratkan badan. Kita perlu mengambil makanan untuk memberikan tenaga dalam meneruskan kehidupan dan meneruskan proses "diet" yang seterusnya. Sekali sekala sejumlah wang perlu dilaburkan untuk mendapatkan khidmat nasihat dari doktor, membeli vitamin dan sebagainya.

Hal yang sama juga terpakai dalam perniagaan. Kita perlu berbelanja untuk membolehkan perniagaan diteruskan dan sejumlah wang perlu dilaburkan untuk mencari peluang perniagaan baru, pemasaran, kajian produk dan perkhidmatan baru dan sebagainya. Jika ini tidak dapat diadaptasikan, maka ianya bakal menjurus diri kita dan perniagaan ke arah kegagalan.

@MyIktisad

Saturday, July 2, 2011

Majlis Peguam Syariah- Penubuhannya Tepat Pada Masanya

Beberapa akhbar hari ini telah melaporkan bahawa Akta Profesion Undang-Undang Syariah, dijangka akan dibentangkan di Parlimen awal tahun depan, di mana akta berkenaan akan digubal untuk membentuk Majlis Peguam Syariah untuk mengawal selia peguam Syariah dan melindungi pelanggan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata majlis berkenaan perlu kerana terdapat banyak isu-isu etika yang melibatkan peguam Syariah  yang mengekplotasi pelanggan mereka di mana ada kes yang mana  bayaran yuran guaman terlalu tinggi dan penggunaan bukti-bukti palsu.

"Sama seperti Akta Profesion Undang-Undang, di mana Majlis Peguam telah dibentuk,  Majlis Peguam Syariah akan ditubuhkan," katanya pada Persidangan Pegawai Syariah tahunan dan Konvensyen Peguam Syariah di sini.

Selain daripada itu saya berpendapat , penubuhan majlis berkenaan pada masa kini adalah tepat bagi mengimbangi kuasa majlis peguam sedia ada yang lebih cenderung kepada fahaman liberalisma, diterajui oleh mereka yang bukan Islam dan tidak menepati kehendak pelanggan yang beragama Islam. Adalah malang jika peguam syariah terus terpaksa akur kepada majlis yang tidak faham tentang Islam dan tidak mengamalkan perundangan Islam. Oleh itu, penubuhan majlis ini merupakan reformasi utama dalam memartabatkan Islam sebagai cara hidup utama di negara ini.


Selain daripada itu ianya bakal menguatkan siatem perundangan Islam, di mana apa-apa kelemahan yang berkaitan dengan isu perundangan Islam termasuk perniagaan dan perbankan Islam dapat ditambahbaikkan menerusi majlis berkenaan. Majlis berkenaan diharapkan benteng pertahanan dalam mempertahankan pihak-pihak yang menggunakan sistem perundangan untuk mencabar Islam dari sudut perlembagaan sedia ada.Dengan itu kita harapkan sistem perundangan berkenaan dapat merangkumi kesemua cara hidup komuniti Islam di negara ini dan tidak tertakluk hanya dari segi isu nikah kahwin semata-mata.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...