Bursa Malaysia

top_rightads

Monday, August 12, 2013

Mekanisme Bagi Peminjam Bank Untuk Elak Bankrap Sedang Diusahakan

5 Syawal 1434

KUCHING, 10 Ogos , 2013 - Kerajaan sedang dalam proses mengusahakan satu mekanisme dengan pelbagai institusi kewangan untuk membantu peminjam bank mengelak daripada diisytiharkan bankrap.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata kertas Kabinet tentang cadangan pindaan kepada Akta Kebankrapan 1967 juga sedang disediakan ketika ini untuk edaran, sebelum dibentangkan di Parlimen.

Ia, katanya, akan dapat membantu individu yang telah diisytiharkan bankrap dapat dilepaskan daripada status itu dalam tempoh yang pendek.

"Saya akan berbincang dengan beberapa institusi kewangan (wakil-wakil) tidak lama lagi untuk melihat bagaimana mereka boleh membantu menerusi skim pembayaran semula hutang," katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya beliau di sini, hari Sabtu.

Walaupun rekod Jabatan Insolvensi menunjukkan kira-kira 246,357 individu telah diisytihakan bankrap di negara ini, Nancy berkata hanya kira-kira 30 peratus yang menghubungi jabatan itu serta berusaha membuat pembayaran semula kepada pemiutang berdasarkan kepada jadual yang telah dipersetujui.

Maklumat lanjut : BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...