7 Zulkaedah 1435
Krisis berpanjangan menentukan siapakah yang bakal menggantikan Menteri Besar(MB) Selangor kemungkinan bakal menjejaskan pertumbuhan ekonomi Selangor dan Malaysia amnya. Namun begitu, pengekalan MB sedia ada sehingga adanya calon sesuai, dilihat akan dapat meminimakan impak berkenaan dalam jangka masa pendek.
Namun begitu, jika ianya tidak dapat diselesaikan dalam jangka masa panjang, ianya bakal mengganggu proses membuat perancangan dan penggubalan dasar ekonomi negeri terutama dari segi perlaksanaan inisiatif di peringkat akar umbi. Oleh yang demikian, kita berharap pihak yang berkepentingan mengutamakan soal kebajikan rakyat berbanding dengan kepentingan peribadi.
Wallahualam