Bursa Malaysia

top_rightads

Wednesday, August 14, 2013

Lazada Lancar Platform Pasaran Dalam Talian Di Lima Negara Asia Tenggara

7 Syawal 1434

KUALA LUMPUR, 13 Ogos , 2013v- Gedung beli-belah dalam talian paling pesat berkembang di Asia Tenggara, Lazada, telah melancarkan secara rasminya platform pasaran "Marketplace"nya di lima negara di rantau ini.

Gedung beli-belah dalam talian itu kini menawarkan platform untuk pedagang, di dalam dan luar talian, untuk menjual produk mereka di mana-mana laman sesawang Lazada di Malaysia, Vietnam, Indonesia, Thailand ataupun Filipina.

Platform dalam talian ini pada asasnya ialah untuk penjual pihak ketiga yang mahu diri mereka dilihat di gedung beli-belah dalam talian.

Dalam satu kenyataan Selasa, Lazada berkata ia kini menjalankan gedung beli-belah dalam talian pelbagai kategori dengan lebih 200,000 produk disenaraikan.

Penyelesaian pasaran Marketplace ini turut membolehkan perusahaan kecil dan sederhana, jenama besar, pengedar dan peruncit membuka kedai dalam talian tanpa memerlukan perbelanjaan modal hadapan yang besar, sekali gus mengurangkan risiko mereka.

Berita lanjut: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...