5 Muharram 1440
Terdapat perbezaan di antara cukai jualan dan perkidmatan(sales and service tax-SST) dan cukai barangan dan perkhidmatan(goods and services tax- GST). Perbezaan kedua dua istilah ini perlu difahami agar kita mendapat maklumat yang jelas dan boleh membuat pertimbangan yang wajar dalam menghadapi isu isu semasa dan terkini di dalam negara.
Secara mudah SST adalah suatu sistem percukaian yang secara normalnya dikenakan pada satu peringkat seperti pengeluar atau penyedia perkhidmatan sahaja pada kadar tertentu dan pada barangan atau perkhidmatan tertentu. Kadarnya adalah bergantung kepada kadar yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Manakala bagi GST pula ia merujuk kepada sistem cukai yang dikenakan pada beberapa peringkat seperti pengeluar, penjual serta pengguna. Liputan sistem cukai ini dilihat lebih luas dan menyeluruh, namun masih ada item item yang mendapat pengecualian.Kadar yang dikenakan ialah bergantung kepada kerajaan atau negara.Sebagai contoh, angka yang popular di Malaysia adalah 6 peratus sebelum ianya ditukar kepada SST.
Penulis tidak bercadang membuat perbandingan kelemahan atau kelebihan kedua dua sistem cukai berkenaan.Ini disebabkan kerana, setiap sesuatu kelebihan bagi sesuatu pihak, sedikit sebanyak akan menghakis kelebihan pihak yang lain.Sebagai contoh kelebihan di antara pihak yang mengutip cukai dan pihak yang membayar cukai.
Wallahualam.
Pages
top_rightads
Memaparkan catatan dengan label Istilah Perniagaan. Papar semua catatan

Sabtu, 15 September 2018
Ahad, 3 September 2017
Saham Biasa (Ordinary Shares)
12 Zulhijjah 1438
Saham biasa adalah salah satu jenis saham yang popular yang majoritinya dimiliki oleh para pemilik atau pelabur di mana mana negara, yang mana ianya akan menentukan jumlah pemilikan seseorang atau institusi terhadap sesuatu entiti perniagaan. Ianya mempunyai beberapa ciri utama, antaranya ialah:
1. Mempunyai hak mengundi dalam menentukan polisi atau dasar sesuatu entiti perniagaan atau syarikat.
2. Berhak untuk memperolehi dividen jika ianya diisyhtiharkan.
3.Namun, keutamaan dividen adalah selepas pembayaran dilakukan kepada saham terutama.
4. Jika perniagaan dibubarkan , pemilik saham jenis ini adalah yang paling terakhir akan mendapat hasil daripada saki baki aset yang tinggal setelah hak hak dijelaskan kepada pekerja, pemiutang dan saham terutama.
5.Saham jenis ini mempunyai kecairan yang baik dan mudah untuk dilakukan urusan jual beli , terutama sekali saham yang disenaraikan di bursa saham.
6.Dan lain lain yang berkaitan.
Wallahualam

Jumaat, 11 Disember 2015
Kedudukan Buku Tunai Dalam Perakaunan
29 Safar 1437
Pengurusan buku tunai adalah merupakan suatu aktiviti yang penting di dalam perniagaan. Ini kerana ianya melibatkan aliran keluar masuk wang tunai ke dalam sesebuah organisasi.
Buku tunai dikategorikan sebagai aset di di dalam perakaunan. Segala kemasukan akan didebitkan manakala sebarang aktiviti pengeluaran akan dikreditkan daripada akaun. Buku tunai mempunyai hubungan yang erat dengan penyata bank. Ini adalah kerana setiap penerimaan yang diterima kemudiannya akan dipindahkan ke dalam bank. Dalam suasana perniagaan semasa, agak jarang perniagaan atau organisasi menyimpan wang tunai dalam jumlah yang banyak. Ini adalah disebabkan beberapa faktor;
1. Langkah Keselamatan- Kutipan selalunya tidak akan disimpan lama di dalam akaun tunai. Ini bagi mengundang risiko menjadi sasaranrompakan atau kecurian yang bakal menjejaskan keselamatan pekerja atau pemilik perniagaan.
2. Risiko Pecah Amanah- Wang tunai yang disimpan dalam kuantiti yang banyak bakal meningkatkan risiko pecah amanah di kalangan pekerja atau rakan perniagaan itu sendiri. Jika dimasukkan ke bank segala keluar masuk akan direkodkan oleh pihak bank dan semakan boleh dilakukan. Ini dapat mengurangkan risiko pecah amanah.
3. Keyakinan- Dengan adanya penyata bank, perniagaan akan lebih diyakini, lebih-lebih lagi penyata bank menunjukkan jumlah yang besar. Maka perniagaan mempunyai peluang untuk membuat pinjaman daripada institusi kewangan.
Buku tunai perlu diselaraskan dan ianya perlu dibuat perbandingan dengan penyata bank. Proses perbandingan ini dinamakan penyediaan "Penyata Penyesuaian Bank'

Sabtu, 27 Jun 2015
Ciri Ciri Aset Tetap
10 Ramadhan 1436
Aset-aset tetap mempunyai ciri-ciri tertentu yang
perlu difahami dengan jelas. Ketidakfahaman yang jelas bakal menyebabkan
rekod-rekod yang disediakan kurang tepat.
Ketara
Aset
tetap adalah aset yang ketara dengan kehadiran dalam bentuk fizikal. Ini berbeza daripada
aset tidak ketara seperti paten, yang tidak dapat dilihat dalam bentuk fizikal.
Walau bagaimanapun, istilah
"tetap" tidak bermakna bahawa aset tetap hanyalah aset yang tidak
boleh dialihkan dan hanya kekal di
sesuatu lokasi semata-mata. Sebagai contoh, peralatan elektronik seperti “laptop”
adalah aset tetap yang ia boleh mengambil masa untuk lokasi yang berbeza. Namun
begitu, pada masa kini, untuk mengelakkan kekeliruan, aset tetap kini dinamakan
sebagai aset bukan semasa.(non current asset), di mana aset tak ketara juga
diletakkan dalam kategori yang sama. Aset-aset ini perlu ditandakan (tagging)
agar ianya dapat dipantau kerana memiliki nilai yang tinggi.
Digunakan
dalam operasi
Sebuah
perniagaan kecil memiliki aset tetap dan menggunakan aset aset berkenaan dalam operasinya untuk
menjana pendapatan dan keuntungan. Ia tidak dibeli untuk memegang sebagai stok
dengan menjual semula kepada pelanggan. Salah satu syarikat mungkin mengelaskan
aset tertentu sebagai aset tetap dalam rekod, manakala syarikat lain boleh
mempertimbangkan untuk aset yang sama sebagai sebahagian daripada inventori
atau pelaburan mengikut jenis perniagaan yang diceburi. Sebagai contoh,,
syarikat menjual kereta akan menkategorikan stok kereta sebagai aset semasa
kerana ianya dibeli untuk dijual semula.
Jangka
hayat panjang
Sebuah
perniagaan menjangka untuk menggunakan aset tetap dan memperoleh manfaat
ekonomi daripada mereka untuk lebih daripada satu tahun, yang menjadikan aset
tetap yang "jangka panjang," atau "noncurrent," aset. Ini
berbeza daripada aset semasa, seperti inventori, yang perniagaan yang menjangka
untuk memegang kurang daripada setahun. Sebagai contoh, jika perniagaan kecil
anda membeli jentera, anda mungkin mengharapkan untuk menggunakannya selama 10
tahun sebelum memasangnya semula.
Kos
dipermodalkan
Apabila
sesuatu perniagaan membeli aset tetap, ia memanfaatkan kos, yang bermakna ia
merekodkan kos pada kunci kira-kira dan bukannya sebagai perbelanjaan di dalam
penyata pendapatan. Sebuah perniagaan melakukan ini kerana ia menjangka untuk
menggunakan aset tetap ke atas beberapa tempoh, manakala perbelanjaan dikhaskan
untuk barang-barang yang digunakan dalam tempoh yang sama. Sebagai contoh perniagaan
kecil anda membeli alatan elektroni komersial bernilai RM 1,000. Kerana ini
adalah aset tetap, anda akan merekodkan kos RM1,000 pada kunci kira-kira anda.
Namun begitu, bagi sesetengah perniagaan yang besar, mereka menetapkan bahawa,
sebarang aset tetap bernilai kurang daripada RM 1,000, akan hanya diiktiraf
sebagai belanja sahaja.
Susutnilai
Jika
aset tetap adalah apa-apa selain daripada tanah, sebuah syarikat yang
memindahkan sebahagian daripada kos modal pada kunci kira-kira untuk
perbelanjaan di penyata pendapatan setiap tempoh melalui proses yang dikenali
sebagai susut nilai. Proses ini mengurangkan nilai aset tetap pada kunci
kira-kira untuk mengambil kira faktor-faktor seperti haus dan lusuh. Sebagai
contoh, jika perniagaan kecil anda membeli kereta syarikat untuk RM1,000, anda
akan memindahkan sebahagian daripada nilai ini ke dalam penyata pendapatan
setiap tahun untuk mengambil kira penyusutan nilai kenderaan
Berkaitan
projek
Ada
sesetengah perniagaan, mengiktiraf kos
pelaburan pada projek tertentu sebagai aset bila mana projek-projek berkenaanselesai.
Item-item yang tertentu dalam projek tersebut akan dilakukan proses “pengasetize”
projek tersebut(assetisation). Kaedah
ini sering dilakukan terhadap syarikat-syarikat yang mempunyai perbelanjaan
modal yang tinggi seperti telekomunikasi, minyak dan gas dan sebagainya.
Jumaat, 20 Februari 2015
Konsep Terakru Dalam Kewangan
29 Rabiul Akhir 1436
Konsep "akru" merujuk kepada proses di mana rekod transaksi perniagaan direkodkan apabila urusniaga berlaku dan tidak tertakluk kepada sama ada pembayaran dilakukan ataupun tidak. Ianya berkaitan dengan konsep pemadanan di mana hasil dan belanja perlulah diiktiraf di dalam tempoh yang sama. Sebagai contoh:
Belanja Terakru
Ini adalah merupakan perbelanjaan yang tidak dapat dilunaskan dalam tempoh kewangan yang sama.
Contoh ringkas: Sebuah syarikat telah diberikan invois bayaran penyelenggaraan bulan Disember 2014 pada 30 Disember 2014. Belanja tersebut akan diiktiraf sebagai perbelanjaan pada tahun kewangan 2014, walaupun bayaran belum dibuat kepada syarikat yang telah menyediakan perkhidmatan dalam tahun yang sama dan dijangka dilakukan pada tahun yang berlainan.Belanja ini akan diakrukan dan ianya diklasifikasikan sebagai liabiliti semasa di Kunci kira-kira.
Hasil Terakru
Ini adalah merupak sejumlah hasil yang belum diterima bayaran daripada pelanggan dalam tempoh kewangan yang ditetapkan.
Contoh ringkas: Syarikat telah menandatangani kontrak sewaan bangunan tahunan kepada penyewa sebanyak RM 1000 sebulan atau RM 12,000 setahun. Sebelum 31 Disember 2014, syarikat telah mengeluarkan bil sebanyak RM 12,000 tetapi bayaran yang diterima sebelum berakhir tempoh kewangan hanyalah RM 10,000. Syarikat masih akan merekodkan hasil sebanyak RM12,000 sebagai pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, dan perbezaan sebanyak RM 2,000 akan diiktiraf sedagai hasil terakru dan diklasifikasikan sebagai aset semasa di Kunci kira-kira..

Ahad, 15 Februari 2015
Konsep Pemadanan Dalam Kewangan
23 Rabiul Akhir 1436
Setiap perniagaan perlu membuat penilaian kedudukan kewangan masing-masing dalam suatu tempoh tertentu.Tempoh yang sering dimaksudkan ialah tempoh perakaunan. Antara penilaian kedudukan kewangan yang dibuat ialah keuntungan atau kerugiaan perniagaan tersebut. Hasil dan belanja perlulah dinilai dalam suatu tempoh yang sama. Sebagai contoh jumlah hasil dan belanja akan dibandingkan bermula 1 Januari 2015 hinggalah kepada 31 Disember 2015. Ini dilakukan bagi mengikuti konsep pemadanan di dalam konvensyen yang telah ditetapkan dalam bidang perakaunan.
Konsep pemadanan adalah merujuk kepada perbandingan di antara catatan urusniaga hasil dan belanja dalam suatu tempoh kewangan yang sama. Jika hasil dikira bermula dari 1 Januari 2015, maka perbelanjaan juga perlu dikira bermula tarikh yang sama. Begitu juga dengan tarikh akhir bagi catatan rekod kedua-dua urusniaga berkenaan. Konsep ini menyebabkan konsep terakru dan prabayar diapplikasikan dalam bidang kewangan.

Ahad, 1 Februari 2015
Apa itu "Kecairan" Dalam Kewangan ?
11 Rabiul Akhir 1436
Kecairan dalam ekonomi adalah merupakan suatu keadaan di mana tunai boleh diperolehi dalam sesuatu masa. Aset-aset yang mempunyai kecairan yang tinggi adalah merupakan aset-aset yang boleh ditunaikan atau ditukar dalam bentuk tunai dalam jangkamasa yang singkat. Sebagai contoh, wang tunai ditangan dianggap mempunyai mempunyai tahap kecairan yang paling tinggi, diikuti dengan wang tunai yang disimpan di dalam bank , saham , stok dan aset-aset yang lain.
Sesuatu perniagaan memerlukan suatu strategi yang baik bagi memastikan perniagaan mempunyai kecairan yang cukup bagi beroperasi. Ini termasuk mengambil peluang yang tertentu yang terdapat di pasaran dengan menggunakan kuasa kecairan yang ada bagi mengembangkan penguasaan perniagaan.

![]() |
Sumber Gambar:http://www.zimbabweelection.com |
Sesuatu perniagaan memerlukan suatu strategi yang baik bagi memastikan perniagaan mempunyai kecairan yang cukup bagi beroperasi. Ini termasuk mengambil peluang yang tertentu yang terdapat di pasaran dengan menggunakan kuasa kecairan yang ada bagi mengembangkan penguasaan perniagaan.
Wallahualam
Isnin, 9 Jun 2014
Apakah Itu Buku Tunai ?
12 Syaaban 1435
Konsep buku tunai sudah agak sinonim dalam bidang perniagaan. Sampai ada yang menyatakan, jika tidak ada pengetahuan berkenaan perakaunan jika hendak berniaga, jika boleh menguasai pengetahuan atau kemahiran mengendalikannya sudah cukup baik untuk menjadi seorang peniaga yang mempunyai masa depan yang baik.
Secara ringkas dan santainya, buku tunai boleh dirujuk sebagai satu rekod yang merekodkan penerimaan dan pengeluaran tunai didalam sesuatu urusniaga sama ada secara peribadi ataupun lebih-lebih lagi melibatkan perniagaan. Buku tunai ini merujuk kepada rekod transaksi yang dilakukan sama ada secara tunai atau melalui perbankan yang melibatkan pengeluaran cek ataupun pindahan wang melalui akaun bank.
Bagaimana Bentuknya?
Secara ringkas, buku tunai juga tebahagi kepada dua komponen utama seperti akaun-akaun lain iaitu bahagian debit dan bahagian kredit. Bahagian debit dalam buku tunai ialah merujuk kepada sebarang rekod yang dilakukan bagi tiap-tiap suatu transaksi yang merujuk kepada penerimaan seperti penerimaan tunai daripada jualan, komisen tunai yang diterima, tunai daripada sebarang bentuk pembiayaan dan banyak lagi.
Bahagian kredit buku tunai pula merujuk kepada setiap rekod transaksi yang bebentuk pengeluaran tunai seperti bayaran perbelanjaan, pembelian aset dan sebagainya.Namun begitu, pelbagai format yang digunapakai bagi merekodkan buku tunai sama ada secara buku, sistem dan yang paling mudah ialah dengan menggunakan applikasi perisian pejabat seperti Excel dan sebagainya. Buku tunai juga perlu dilengkapi dengan tarikh urusniaga, nombor rujukan dan sebagainya.
Pengurusan Buku Tunai.
Buku tunai perlu diuruskan dengan sebaiknya. Hinggakan ada pihak mengatakan "Tidak mengapa jika tidak tahu menyediakan akaun.., Yang penting kena tahu menguruskan buku tunai, jika peniaga -paniaga hendak berjaya dalam perniagaan.
Mengenai istilah atau perkara yang ingin direkodkan, ianya bergantung kepada pihak yang menguruskannya. Berdasarkan kepada Gambarajah 1, istilah tunai adalah merujuk kepada penerimaan daripada hasil yang diperolehi. 'Bank In" adalah merujuk kepada amaun yang dipindahkan dari tunai di dalam tangan, iaitu atau dengan ayat mudah, dalam peti besi,kaunter dan sebagainya ke dalam akaun bank, sama ada dipindahkan secara "online" atau didepositkan ke dalam akaun secara manual melalui mesin deposit.
Buku Tunai Negatif.
Buku tunai dalam keadaan negatif berlaku bila jumlah tunai di tangan adalah melebihi daripada amaun yang ada di dalam rekod. Ini mungkin disebabkan beberapa faktor seperti terkurang catit, kemasukan wang lain secara tidak sengaja dan sebagainya yang menyebabkan tunai di tangan melebihi dari apa yang direkodkan.
(bersambung)

Gambarajah 1: Contoh Buku Tunai dalam applikasi "Excel" |

Khamis, 10 Oktober 2013
MDeC Mudahkan Hubungan Perniagaan Tempatan & Bakal Pelabur Menerusi 'Deal Quest'
6 Zulhijjah 1434
KUALA LUMPUR, 10 Okt , 2013- Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dan Persatuan Modal Teroka dan Ekuiti Persendirian (MVCA) akan bekerjasama melancarkan "Deal Quest", platform dalam talian untuk membantu menjadikan proses membida lebih cekap untuk perniagaan tempatan.
Ia turut menyasarkan antara 100-150 syarikat mendaftar dengannya dalam tempoh enam bulan.
Deal Quest akan menyediakan syarikat-syarikat peluang untuk menarik pelaburan dari kedua-dua pemodal teroka tempatan dan serantau (VC) dan peserta ekuiti persendirian (PE) menerusi platform dalam talian yang mudah dan cekap.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, ketua pegawai eksekutif Datuk Badlisham Ghazali berkata dalam persekitaran berdaya saing yang kompetitif pada masa ini, ahli perniagaan mendapati adalah sukar untuk menonjol dan menarik pelabur.
"Pelabur bukan hanya mahukan pulangan pelaburan dalam tempoh tiga tahun pertama tetapi turut mengenakan syarat ketat ke atas syarikat.
"Jadi, menerusi Deal Quest, kekangan ini dapat dikurangkan kerana syarikat-syarikat ini akan terdedah kepada perangkaian VC dan peserta PE yang telah ada untuk menyokong mereka," tambah beliau.
Platform pelaburan seumpama ini telah diperkenalkan dan digerakkan oleh MDeC sejak 2008. Ia telah meraih lebih RM130 juta urus niaga, dan berjaya membiayai lebih 70 syarikat setakat 2012.
Beliau berkata platform itu pertamanya akan menapis 'peringkat pertama maklumat' berkaitan syarikat dan memastikan setiap satunya diarahkan ke VC dan PE yang sesuai, sekali gus membolehkan hubungan lebih baik antara kedua-dua calon dan pelabur.
Berita lanjut: BERNAMA

Rabu, 18 September 2013
Hasil & Belanja
12 Zulkaedah 1434
Didalam sesebuah perniagaan, hasil dan belanja adalah elemen penting dalam menguruskan operasi harian. Ianya perlu difahami dengan jelas agar setiap urusniaga yang dilakukan akan memberikan kebaikan kepada perniagaan dalam jangka masa pendek dan memastikan kesinambungan dalam jangkamasa yang panjang.
Bagi memastikan perniagaan dalam keadaan sihat, adalah amat penting bagi pengusaha memastikan jumlah hasil yang diperolehi melebihi daripada apa yang dibelanjakan.
Didalam sesebuah perniagaan, hasil dan belanja adalah elemen penting dalam menguruskan operasi harian. Ianya perlu difahami dengan jelas agar setiap urusniaga yang dilakukan akan memberikan kebaikan kepada perniagaan dalam jangka masa pendek dan memastikan kesinambungan dalam jangkamasa yang panjang.
Hasil
(Revenue)boleh dirujuk kepada apa jua yang diperolehi oleh perniagaan apabila barang- barang dijual
atau perkhidmatan dibekalkan kepada pelanggan. Ini akan mengakibatkan
pertambahan aset, sama ada tunai yang diterima
ataupun penghutang. Contoh - contoh hasil antaranya adalah seperti berikut :-
*
Faedah diterima
*
Sewa diterima
*
Diskaun diterima
|
*
Komisen diterima
*
Hasil jualan daripada perniagaan seperti barang atau perkhidmatan, hasil pertanian dan sebagainya.
|
Belanja(Expenses/Cost)
pula adalah sesuatu yang merujuk kepada aset yang dilibatkan atau digunakan untuk
memperolehi hasil. Ianya akan mengakibatkan pengurangan aset atau pertambahan
liabiliti, iaitu sama ada pengurangan tunai
apabila pembayaran dibuat ataupun pertambahan pemiutang. Contoh- contoh
belanja antaranya adalah seperti berikut :-
*
Belanja elektrik
*
Belanja Sewa
*
Belanja alatulis
*
Kos barang- barang dijual ( kos
jualan )
|
*
Belanja pembaikan kenderaan
*
Belanja insuran
*
Belanja upah dan gaji
*
Diskaun diberi dan sebagainya.
|
Khamis, 12 April 2012
Kenali Muhibbah(Goodwill) Dalam Perakaunan
21 Jamadilawal 1433
Muhibah merupakan salah satu konsep perakaunan yang bermaksud nilai sesebuah entiti melangkaui nilai aset. Istilah ini pada asalnya digunakan dalam perakaunan untuk menyatakan nilai asset tidak ketara tetapi kuantitinya "nilai berhemat" perniagaan berterusan melebihi asetnya, yang terhasil mungkin kerana reputasi syarikat atau firma yang dinikmati bersama dengan pelanggan.
Sebagai contoh, sebuah syarikat teknologi maklumat mungkin mempunyai aset bersih (sebahagian besarnya terdiri daripada pelbagai peralatan, dan diandaikan tiada hutang) yang bernilai $ 10 juta, tetapi nilai keseluruhan syarikat (termasuk jenama, pelanggan, modal intelektual) telah ditafsirkan bernilai RM 20 juta. Oleh yang demikian, mana-mana pelabur yang mahu mengambil alih syarikat itu akan membayar RM 20 juta dalam jumlah aset yang diambilalih, yang terdiri daripada RM 10 juta aset fizikal, dan RM 10 juta dalam nilai muhibah.
Bagi sebuah syarikat persendirian, muhibah tidak mempunyai nilai yang telah ditetapkan sebelum pengambilalihan dan ianya bergantung kepada definisi yang diterima pakai oleh pembeli dan penjual. Namun, berlainan pula dengan syarikat yang didagangkan secara umum/disenaraikan, yang mana ianya sebaliknya, adalah tertakluk kepada proses penilaian pasaran dan penilaiannya mungkin berbeza mengikut kaedah-kaedah yang tertentu mengikut selera pelabur.
Wallahualam
Wallahualam
Rabu, 5 Oktober 2011
Kenali Jualan Singkat Di pasaran Saham
Jualan singkat (short selling) adalah suatu aktiviti urusniaga yang agak sinonim di pasaran saham.Pertama, mari kita menggambarkan apakah maksud istilah jualan singkat a apabila anda membeli saham-saham. Dalam proses pembelian saham, kita sebenarnya membeli sejumlah pemilikan dalam sesebuah syarikat. Membeli dan menjual saham boleh berlaku dengan broker saham atau terus daripada syarikat melalui pendaftar saham yang telah dilantik oleh syarikat berkenaan.Pembelian melalui syarikat broker adalah yang paling biasa digunakan, lebih-lebih lagi melibatkan urusniaga di pasaran terbuka melaui bursa saham. Mereka bertindak sebagai perantara di antara pelabur dan penjual dan mengenakan bayaran untuk perkhidmatan mereka seperti mana yang telah ditetapkan oleh pihak industri dan kawal selia.
Apabila menggunakan broker, kita perlu untuk membuka akaun. Akaun yang diwujudkan ialah sama ada terdiri daripada akaun tunai atau akaun margin. Akaun tunai memerlukan anda membayar bagi stok anda apabila anda membuat pembelian, tetapi dengan akaun margin broker meminjamkan anda sebahagian daripada dana pada masa pembelian dan jaminan keselamatan yang bertujuan sebagai cagaran.
Apabila pelabur melakukan proses pembelian(long position) ke atas pelaburan, ia bermakna bahawa dia telah membeli saham yang mana pelabur mempercayai/berharap/meramal harganya akan meningkat pada masa akan datang. Sebaliknya, apabila pelabur melakukan proses jualan (short position), seseorang pelabur menjangkakan penurunan dalam harga saham akan berlaku.Proses ini bertujuan untuk mengambil untung atau mengurangkan risiko kerugian pada masa depan.
Jualan singkat ialah proses tindakan penjualan saham yang mana penjual sebenarnya tidak memiliki apa jua saham yang telah dijual tersebut terutamanya di dalam akaun CDS(Central depository System) pada masa jualan dilakukan. Lebih khusus lagi, ianya merupakan proses penjualan sekuriti/saham yangmana ia tidak dimiliki oleh penjual, tetapi penjual telah menjanjikannya untuk diserahkan kepada pembeli. Ianya berlaku apabila pelabur/penjual telah yakin untuk menjangkakan bahawa saham yang telah dijual berkenaan akan terus menyusut lagi dipasaran, dan penjual akan membeli semula saham berkenaan pada harga yang paling rendah. Ini membolehkan sejumlah keuntungan dapat diperolehi dengan menggunakan kaedah seperti ini. Kaedah jualan singkat telah diharamkan di Bursa Malaysia semasa berlakunya krisis kewangan hujung 90-an di mana penulis semasa itu bertugas sebagai ‘Credit Control” di salah sebuah broker saham yang mana sekarang ini dikenali sebagai bank pelaburan. Namun penulis kurang pasti, sama ada aktiviti ini sudah dibenarkan atau masih lagi diharamkan pada masa kini.

Isnin, 22 Ogos 2011
Naik Turun Harga Saham : Bagaimana Ianya Berlaku ?
Ramai yang mungkin tertanya-tanya bagaimana pergerakan harga saham berlaku? Namun harus diketahui bahawa harga saham hanya boleh berubah atau bergerak bagi saham-saham yang diurusniagakan di pasaran terbuka atau di bursa-bursa saham. Bagi saham-saham yang tidak disenaraikan, tiada kenaikan atau penurunan akan berlaku kerana ianya tidak diniagakan.
Kenaikan dan penurunan harga saham berlaku disebabkan elemen-elemen permintaan dan penawaran. Sebagai contoh yang mudah, apabila musim durian baru hendak bermula, selalunya kuantitinya lebih sedikit berbanding dengan pihak yang ingin memakannya. Maka jumlah pembeli adalah lebih banyak daripada kuantiti yang dijual. Maka situasi berkenaan akan menyebabkan harga akan naik kerana lebih ramai yang sanggup membayar untuk pembelian berkenaan walaupun harga yang ditawarkan agak tinggi.
Sebaliknya pula jika musim durian sudah masuk pada peringkat matang, maka lebih banyak kuantiti di pasaran berbanding dengan jumlah pelangan yang mahu membelinya. Baka berlakulah jualan murah yang dibuat secara longgok sahaja pada harga yang murah.
Kes yang sama juga akan berlaku pada urusniaga saham. Jika terlalu ramai pihak yang berminak pada satu-satu saham syarikat tertentu, sedangkan jumlah saham yang disenaraikan adalah tidak terlalu banyak, maka harga saham berkenaan akan mengalami kenaikan.Minat ini bergantung pelbagai faktor seperti kepercayaan terhadap syarikat, keuntungan yang diagihkan, spekulatif dan sebagainya. Harganya boleh naik tanpa had. Sebagai contoh, semasa penulis bertugas di salah sebuah syarikat broker saham pada awal kerjaya dahulu di sekitar 1996, ada saham yang telah mencatatkan kenaikan harga sehinga RM 120 sesaham seunit.
Begitu juga sebaliknya. Harga saham juga boleh jatuh sehingga di paras bawah nilai par(asas), jika adanya berita-berita yang tidak menyenangkan para pelabur.
@MyIktisad

Sabtu, 13 Ogos 2011
Kenapa Melabur Ke Dalam Saham ?
Pelaburan sudah semestinya dengan bertujuan untuk mengembangkan sumber kewangan anda. Pelaburan di dalam saham telah membuktikan secara konsisten bahawa ianya cara yang paling menguntungkan jika diuruskan dengan bijak dan berhemah. Antara faedah-faedah dari pelaburan saham ialah:
1.Ianya boleh dibeli dan dijual serta merta mengikut keperluan pelabur.
2.Kos urusniaga yang rendah.
3. Transaksi boleh dilakukan dimana-mana asalkan ada telefon untuk menghubungi wakil peniaga atau menerusi internet.
4. Pelaburan yang mudah dipantau dari serata pelusuk dunia asalkan mempunyai jaringan internet.
5. Dapat memaksimakan pelaburan anda dan risiko pelaburan boleh dikawal.
6. Satu bentuk pelaburan yang boleh diramal jika anda sudah mencapai satu tahap tertentu dari segi selok belik urusniaga berkenaan.
7. Kelebihan cukai yang agak sinigfikan.
Namun begitu, anda juga perlu berwaspada ke atas:
1. Pasaran yang boleh bersifat tidak menentu.
2. Sebarang kekurangan pengetahuan tentang pasaran.
3. Kelalaian memantau pelaburan anda.
4. Sifat tamak yang mana menyukarkan anda untuk keluar pasaran pada masa yang terbaik.

Jumaat, 12 Ogos 2011
Kenali Saham
Saham ialah suatu instrumen bagi entiti perniagaan yang mewakili modal asal yang dilaburkan ke dalam perniagaan oleh pemiliknya. Ianya berfungsi salah satunya sebagai cagaran bagi pemiutang perniagaan dan berbeza daripada harta serta aset-aset perniagaan yang lain.
Antara jenis saham yang popular ialah Saham Biasa dan Saham Terutama. Saham Biasa mempunyai ciri-ciri yang membolehkan pemiliknya memiliki hak mengundi yang boleh digunapakai dalam membuat keputusan korporat serta menikmati sebarang dividen yang diisytiharkan. Manakala Saham Terutama pula tidak mempunyai hak mengundi tetapi dilindungi oleh undang-undang untuk mempunyai hak menerima tahap tertentu tuntutan terhadap aset serta pembayaran dividen sebelum apa-apa dividen boleh dikeluarkan kepada pemegang saham jenis lain.
Di Malaysia, saham-saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia akan didepositkan di Sistem Depositori Pusat atau dikenali sebagai CDS(Central Depository System-CDS) yang mana ianya dimiliki dan dikendalikan oleh Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai Malaysian Central Depository Sdn Bhd), sebuah anak syarikat milik penuh Bursa Malaysia Berhad.Para pelabur perlu membuka akaun melalui Agen Depositori Yang Diberi Kuasa (Authorised Depository Agents -ADAs), iaitu firma-firma pemberokeran saham yang berlesen.

Selasa, 5 Julai 2011
Pengurusan Kos Dalam Erti Kata Yang Sebenar
Dalam urusan perniagaan harian, rata-rata dikalangan kita sering menggunakan kaedah pengurangan kos bagi memastikan kesinambungan perniagaan. namun begitu saya berpendapat jika ianya tidak dilakukan secara berhati-hati ianya bakal memberi mudarat atau kesan negatif dalam jangka masa yang panjang.
Sebagaimana dengan proses "diet" pemakanan seseorang, menahan diri daripada makan disebabkan oleh hendak mengurangkan berat badan, jika tidak dilakukan dengan betul akan memudaratkan badan. Kita perlu mengambil makanan untuk memberikan tenaga dalam meneruskan kehidupan dan meneruskan proses "diet" yang seterusnya. Sekali sekala sejumlah wang perlu dilaburkan untuk mendapatkan khidmat nasihat dari doktor, membeli vitamin dan sebagainya.
Hal yang sama juga terpakai dalam perniagaan. Kita perlu berbelanja untuk membolehkan perniagaan diteruskan dan sejumlah wang perlu dilaburkan untuk mencari peluang perniagaan baru, pemasaran, kajian produk dan perkhidmatan baru dan sebagainya. Jika ini tidak dapat diadaptasikan, maka ianya bakal menjurus diri kita dan perniagaan ke arah kegagalan.

Jumaat, 10 Jun 2011
Penyata Kewangan
Penyata kewangan (atau laporan kewangan) adalah catatan secara formal dari kegiatan kewangan yang dilakukan dari sudut seseorang atau individu , perniagaan atau entiti-entiti yang lain. Secara umumnya atau secara perundangan laporan kewangan secara sinonimnya sering disebut sebagai akaun, walaupun istilah laporan kewangan juga digunakan, terutama oleh akauntan.
Untuk perniagaan, semua maklumat kewangan yang relevan, disajikan secara berstruktur dan dalam bentuk yang mudah difahami dikenali sebagai laporan kewangan.Laporan ini biasanya meliputi empat laporan kewangan asas, disertai dengan perbincangan dan analisa pengurusan:
1.Penyata Kedudukan Kewangan
Ianya juga disebut sebagai Kunci Kira-kira yang melaporkan kedudukan aset- aset syarikat, liabiliti, dan ekuiti pemilikan pada suatu masa yang tertentu.
2.Penyata Pendapatan
Ianya juga disebut sebagai laporan Untung Dan Rugi (atau "P & L"), laporan pendapatan syarikat, bayaran, dan keuntungan selama tempoh masa yang tertentu.Akaun ini memberikan maklumat mengenai operasi syarikat. Ini termasuk jualan dan pelbagai kos yang timbul semasa perniagaan beroperasi.Penyata ini membandingkan diantara pendapatan dan perbelanjaan. Jika jumlah pendapatan melebihi perbelanjaan, penyata berkenaan akan menunjukkan keuntungan dan begitu juga sebaliknya.
3.Penyata Perubahan Ekuiti
Ianya menjelaskan perubahan ekuiti syarikat selama tempoh laporan.
4.Penyata Aliran Tunai
Ianya merujuk kepada laporan kegiatan aliran tunai perniagaan, khususnya operasi, pelaburan dan pembiayaan.
Untuk syarikat besar, laporan seperti ini seringkali bertambah kompleks dan mungkin merangkumi keperluan nota terhadap akaun di atas laporan kewangan dan untuk tujuan perbincangan pengurusan dan penganalisaan. Nota-nota ini biasanya akan menjelaskan setiap butiran pada kunci kira-kira, laporan untung dan rugi serta laporan aliran tunai secara terperinci dan lebih lanjut. Nota atas laporan kewangan dianggap sebagai bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari laporan kewangan kerana ianya membekalkan maklumat lanjut berkenaan sesuatu perniagaan.

Sabtu, 7 Mei 2011
Liabiliti Di Dalam Perniagaan
Liabiliti di dalam perniagaan ataupun perakaunan dan kewangan ditakrifkan sebagai kewajipan dari suatu entiti yang timbul dari urusniaga atau peristiwa masa lalu, yang menuntut penyelesaian di mana ianya boleh menyebabkan alihan atau penggunaan aset, penyediaan perkhidmatan atau yang lain yang menghasilkan manfaat ekonomi di masa depan. Dengan bahasa mudah , ianya adalah merupakan tanggungan atau hutang yang perlu dijelaskan kepada pihak yang memberikan pembiayaan.
Ciri-ciri Liabiliti
Liabiliti boleh diperincikan melalui ciri-ciri sebagai berikut:
Kedudukan Liabiliti di Kunci Kira-Kira
Liabiliti dilaporkan pada Kunci Kira-Kira dan biasanya dibahagikan kepada dua kategori:
Liabiliti Semasa – Liabiliti yang mana kewujudannya dalam tempoh yang singkat iaitu kurang dari 1 tempoh perakaunan(selalunya dalam tempoh setahun). Contoh yang biasa ialah termasuk hutang seperti upah yang belum dijelaskan, akaun tunai, cukai jangka pendek yang masih belum dijelaskan, hutang piutang, pendapatan yang ditangguhkan pembayaran oleh pelanggan, bil-bil, hutang kepada pembekal dan sebagainya.
Liabiliti Jangka Panjang – Liabiliti yang mana kewujudannya dalam tempoh yang panjang iaitu lebih dari 1 tempoh perakaunan. Contoh yang biasa termasuklah bon atau pinjaman jangka panjang yang dikeluarkan, hutang nota, sewa jangka panjang, dan sebagainya.

- Suatu tugas atau tanggung jawab kepada orang lain yang memerlukan penyelesaian melalui pindahan pada masa depan atau penggunaan aset, penyediaan perkhidmatan, atau ;
- Setiap jenis pinjaman dari individu atau institusi kewangan untuk meningkatkan sumber perniagaan atau pendapatan peribadi yang dibayar sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang;
- Transaksi yang wujud dari sumber lain yang menghasilkan faedah ekonomi, pada tarikh yang ditentukan atau telah ditentukan, pada terjadinya peristiwa tertentu, atau pada permintaan;
- Sebuah tugas atau tanggung jawab yang melibatkan perlunya penyelesaian taggungan di antara suatu entiti dengan entiti yang lain;
- Sebuah transaksi atau peristiwa yang telah menyebabkan tanggungan terhadap entiti yang telah berlaku.
Kedudukan Liabiliti di Kunci Kira-Kira
Liabiliti dilaporkan pada Kunci Kira-Kira dan biasanya dibahagikan kepada dua kategori:
Liabiliti Semasa – Liabiliti yang mana kewujudannya dalam tempoh yang singkat iaitu kurang dari 1 tempoh perakaunan(selalunya dalam tempoh setahun). Contoh yang biasa ialah termasuk hutang seperti upah yang belum dijelaskan, akaun tunai, cukai jangka pendek yang masih belum dijelaskan, hutang piutang, pendapatan yang ditangguhkan pembayaran oleh pelanggan, bil-bil, hutang kepada pembekal dan sebagainya.
Liabiliti Jangka Panjang – Liabiliti yang mana kewujudannya dalam tempoh yang panjang iaitu lebih dari 1 tempoh perakaunan. Contoh yang biasa termasuklah bon atau pinjaman jangka panjang yang dikeluarkan, hutang nota, sewa jangka panjang, dan sebagainya.
Jumaat, 22 April 2011
Kenali Modal
Modal boleh ditakrifkan dari pelbagai sudut yang mana istilah ini kebanyakannya digunapakai di dalam konteks perniagaan. Secara umum, modal ialah suatu bentuk pengumpulan aset atau atau pemilikan. Lebih terperinci:
Modal adalah terdiri daripada sejumlah dari tunai serta aset-aset lain yang dimiliki oleh perniagaan. Aset-aset perniagaan ini termasuklah loji, bangunan, peralatan, tanah, penghutang dan sebagainya.
Aset-aset perniagaan ini kemudiannya digunakan untuk menghasilkan pendapatan dengan melakukan pelbagai aktiviti pelaburan bagi meningkatkan nilai.Modal juga boleh diwakili oleh pengumpulan kekayaan perniagaan, diwakili oleh aset-aset yang ditolak daripada tanggungan atau hutang perniagaan.
Dalam perniagaan, modal juga boleh dirujuk sebagai saham atau pemilikan entiti perniagaan.

Sabtu, 16 April 2011
Apakah Itu Aset?
Aset boleh ditakrifkan sebagai setiap item nilai ekonomi yang dimiliki oleh seorang individu atau korporat, khususnya yang boleh ditukar menjadi tunai. Contoh yang boleh dikaitkan di sini seperti tunai, surat atau sekuriti boleh niaga, penghutang, stok atau inventori, peralatan pejabat, hartanah, kenderaan, dan harta yang lain mengikut ciri-ciri yang tertentu.
Dari segi persamaan perakaunan , aset adalah sama dengan modal(terdiri daripada saham), digabungkan dengan tanggungan/liabiliti/hutang dan keuntungan.Dengan kata lain : Aset = Modal + Liabiliti + Untung. Aset boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu aset ketara dan aset tak ketara.
Aset Ketara
Aset ketara, ialah aset yang boleh nampak dengan mata kasar dan mempunyai nilai yang jelas. Ianya dapat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu aset semasa dan aset tetap.
Aset semasa ialah aset yang mempunyai jangka hayat yang pendek iaitu kurang daripada 1 tempoh perakaunan( 1 tahun). Antara contoh aset ini ialah seperti wang tunai, penghutang, inventori dan sebagainya.
Aset Tetap pula ialah set yang mempunyai jangka hayat yang melebihi daripada satu tempoh perakaunan. Antara contoh aset-aset yang jatuh dalam kategori ini ialah bangunan, mesin, loji dan sebagainya mengikut ciri-ciri yang berkenaan.
Aset Tak Ketara
Aset tak ketara ialah aset yang tidak boleh nampak secara jelas dan mempunyai penilaian yang agak subjektif. Ianya dapat diilustrasikan contoh seperti tanda dagangan, paten, hak cipta , nama baik dan sebagainya.

Langgan:
Catatan (Atom)