Bursa Malaysia

top_rightads

Wednesday, August 7, 2013

Anak Syarikat PKNS Teroka Pengilangan Sutur Pembedahan Halal

29 Ramadhan 1434

SHAH ALAM, 6 Ogos, 2013- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memulakan perniagaan sutur pembedahan halal melalui anak syarikatnya, Worldwide Medivest Sdn Bhd, yang telah melabur RM80 juta untuk menubuhkan kilang di Kapar.

Pengurus Besar PKNS Othman Omar berkata Worldwide Medivest, yang diperbadankan pada 2010, memulakan pembuatan produk tahun ini menggunakan teknologi dan perkakasan Jerman di tapak seluas 1.2 hektar.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Worldwide Medivest dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini baru-baru ini untuk menggalakkan dan membangunkan kerjasama strategik dan saling menguntungkan dalam bidang penyelidikan, pendidikan dan program latihan yang berkaitan dengan perubatan alat-alat industri.

PKNS menyertai perniagaan ini bagi menyediakan sutur pembedahan dan steril halal untuk pesakit beragama Islam semasa pembedahan.

Pasaran adalah besar memandangkan terdapat dua bilion penduduk Islam di dunia, katanya.

Sutur pembedahan ialah alat perubatan yang meliputi jarum dan benang daripada gentian sintetik seperti nilon atau tangsi, sejenis tali yang diperbuat daripada urus haiwan.

Ia digunakan untuk menjahit luka atau sebahagian daripada tubuh atau organ manusia selepas kecederaan atau pembedahan.

Benang tangsi boleh menyerap dan digunakan terutama untuk pesakit yang tidak perlu kembali ke hospital untuk membuka jahitan atau untuk menjahit tisu atau organ dalaman.

Othman berkata memandangkan kebanyakan sutur pembedahan di Malaysia diimport, PKNS melihat peluang untuk menawarkan sutur pembedahan halal bagi umat Islam yang menjalani pembedahan di hospital.

Beliau berkata produk itu unik memandangkan tangsi diperoleh mungkin daripada biri-biri yang tidak disembelih.

Oleh itu, katanya Medivest Worldwide akan memastikan benang sutur pembedahan diperoleh daripada haiwan yang disembelih bagi memastikan ia produk halal.

Mengenai sama ada produk itu disahkan halal, Pengurus Besar Worldwide Medivest Dr Abdul Reezal Abdul Latif berkata syarikat itu kini bekerja bersama-sama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan produk terbabit memenuhi kriteria halal.

Beliau berkata pada masa ini tidak ada sijil halal untuk peralatan perubatan.

Sementara itu, Pengarah Medivest Datin Paduka Nor Azlina Zakaria berkata syarikat itu sedang dalam proses mewujudkan kesedaran ke atas produk itu yang dipasarkan di dalam dan luar negara menggunakan jenama "Vesti".

Produk itu dipasarkan di Indonesia dan Timur Tengah dan jualan untuk sutur pembedahan halal itu dijangka bermula pada suku terakhir tahun ini.

Maklumat lanjut: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...