Bursa Malaysia

top_rightads

Wednesday, December 31, 2014

TM Menang Tender Terbuka Projek SKR1M

10 Rabiulawal 1436

TM dilaporkan telah memenangi tender terbuka sebagai kontraktor utama dalam membangun dan membina kemudahan kabel dasar laut yang juga dikenali sebagai Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia(SKR1M). Menerusi laporan melalui Utusan Online, projek berkenaan dianugerahkan kepada TM melalui proses tender terbuka.

SKR1M akan meningkatkan sambungan kabel dasar laut domestik sedia ada di antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi memenuhi keperluan pertumbuhan jalur lebar pada masa depan.Projek ini diwujudkan menerusi Usaha Sama Awam-Swasta antara SKMM dan TM dengan memanfaatkan Dana Penyediaan Perkhidmatan Sejagat(USP) di bawah seliaan SKMM.

Harga RON Turun RM0.35 Esok

10 Rabiulawal 1436

Harga runcit minyak dua jenis RON akan turun sebanyak 35 sen mulai esok, 1 Januari 2015. Melalui laporan BERNAMA, menteri yang bertanggung jawab telah mengumumkan bahawa kedua-dua jenis petrol iaitu RON95 dan RON97 akan diturunkan sebanyak 35 sen menjadikan masing-masing berharga RM1.91 dan RM2.11 bagi setiap liter. Selain daripada itu , harga diesel juga diturunkan sebanyak  30 sen setiap liter kepada RM1.93 seliter .

Malaysia Dijangka Memerlukan Dana Yang Besar Memulihkan Negeri Dilanda Bencana

9 Rabiulawal 1436

Malaysia dijangka memerlukan dana yang besar bagi memulihkan negeri-negeri yang telah dilanda bencana.Jumlah yang besar ialah dari aspek pemulihan kemudahan asas infrastruktur seperti jalan raya, jambatan , sekolah dan lain-lain yang sudah diketahui bakal memerlukan belanja yang besar.

Sebagai rakyat, sokongan seharusnya diberikan kepada usaha-usaha membantu menyelamat dan menyediakan keperluan 'dharuriah" kepada mangsa-mangsa banjir. Sebarang polemik yang bakal mengeluarkan belanja yang tidak wajar seperti mengadakan pilihanraya yang tidak perlu perlu dielakkan secara serta merta. Rakat Malaysia perlu bersatu dalam menghadapi saat-saat yang sukar seperti sekarang.

Wallahualam

Sunday, December 21, 2014

Kejatuhan Harga Komoditi Secara Mendadak Membuktikan Teori Spekulasi?

28 Safar 1436

Kejatuhan secara mendadak harga komoditi seperti minyak, sawit, getah dan lain-lain sedikit sebanyak membuktikan bahawa pergerakan harga komoditi selama ini adalah berdasarkan spekulasi dan bukannya permintaan sebenar. Produk-produk derivatif yang telah diwujudkan bagi menentukan harga komoditi di pasaran terbuka membolehkan aktiviti spekulasi dibuat bagi mendapatkan keuntungan sesetengah pihak.

Kaedah ini menyediakan ruang di mana kenaikan dan penurunan harga dilakukan melalui jangkaan-jangkaan tertentu di kalangan para pemain di pasaran. Jika jangkaan yang dibuat bahawa harga sesuatu komoditi tersebut akan jatuh melalui laporan-laporan analisa di pasaran, maka berebut-rebutlah pelabur melepaskan pegangan mereka. Atau dengan lebih lagik lagi, jangkaan terhadap permintaan yang dendah juga boleh menyebabkan harga komoditi berkenaan jatuh.

Konsep ini lebih kurang sama dengan kenaikan dan penurunan matawang sesebuah negara. Sebagai contoh, nilai ringgit akan jatuh jika para pemain di pasaran berpusu-pusu menjual ringgit di pasaran. Apa yang berlaku semasa Tun Dr Mahathir menjadi menteri kewangan, beliau menambat matawang berkenaan dengan beberapa matawang yang lain agar pergerakan ringgit menjadi stabil.

Persoalan sekarang, apakah pakar kewangan dan pembuat dasar negara bersedia jika berlaku sekali lagi kegawatan yang sama dan dari sudut yang berbeza? Yang jelas , ada pemain tertentu di pasaran yang mempunyai kuasa menentukan harga di pasaran. Sama ada bersedia atau tidak, kita perlu mula berfikir melalui sekarang terutama pemikir dan pembuat dasar negara sekarang.

Wallahualam

Saturday, December 20, 2014

Kadar Peningkatan Pendapatan Perlu Melebihi Peningkatan Kos Sara Hidup

28 Safar 1436

Kerajaan disaran memastikan kadar kenaikan kos sara hidup rakyat tidak melebihi daripada kadar kenaikan pendapatan. Jika ini tidak ditangani, tiada guna jika setiap rakyat mempunyai pendapatan yang tinggi sedangkat kos sara hidup keperluan asas rakyat meningkat dengan lebih tinggi secara mendadak.

Ini dapat dilakukan dengan memastikan tiada mana-mana pihak membuat untung yang berlebihan dalam kitaran ekosistem ekonomi negara. Kerajaan perlu campur tangan agar anasir-anasir sebegini dapat dibendung dan prinsip keadilan dalam ekonomi negara dapat terus dipelihara.

Wallahualam

Orang Melayu Perlu Tingkatkan Penguasaan Ekonomi

28 Safar 1436

Orang melayu tidak boleh bersikap malas dan perlu bekerja keras untuk menguasai ekonomi negara agar mereka memiliki bahagian yang sewajarnya dari sudut bidang ekonomi apabila negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Melalui kenyataan melalui BERNAMA, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa orang Melayu tidak boleh bergantung kepada kuasa politik semata-mata kerana tanpa kuasa ekonomi, kekuatan politik tidak boleh bertahan lama.

Kita perlu berusaha dengan lebih gigih bagi memastikan kek ekonomi dinikmati sewajarnya. Ini bagi mengelakkan orang Melayu menjadi kumpulan miskin di sebuah negara yang kaya pada tahun berkenaan.

Wallahualam


Rahsia Kejayaan Peniaga Warga Asing Di Malaysia

27 Safar 1436

Cuba lihat di kawasan persekitaran kawasan perumahan anda. Adakah kedai-kedai runcit dimiliki oleh orang tempatan atau warga asing? Cuba lihat di kawasan sekitar Jalan TAR, KL, adakah pemilik kedai dimiliki oleh warga tempatan atau warga asing. Tak kurang di kawasan sekitar Bukit Bintang, nak baiki gajetpun kita terpaksa berurusan dengan warga asing. Itu belum ambil kira yang jual karpet atau kerja kilang. Kini seorang CEOpun kita terpaksa ambil dari warga asing untuk memulihkan syarikat.

Persoalannya, mana warga Malaysia? Persoalan yang juga timbul, apakah rahsia kejayaan mereka? Antaranya yang boleh dicoretkan di sini ialah:

1. Keberanian mereka yang sanggup datang ke sini disebabkan tekanan hidup di negara sendiri.

2. Kehenseman dan keromantikan  mereka yang menarik warga tempatan untuk berkahwin dengan mereka dan membolehkan lesen perniagaan didaftarkan atas pasangan warga tempatan.

3. Ini membolehkan akses membawa masuk pekerja dari negara asal mereka pada kos yang murah dan dibayar gaji yang amat murah dan ada yang dibawa masuk dengan status PATI(pendatang tanpa izin).

4. Mereka juga mempunyai akses produk di negara asal mereka dan dibawa masuk ke Malaysia dengan harga yang amat rendah dan dengan senang boleh menumpaskan peniaga tempatan yang terpaksa menggaji pekerja tempatan bagi menghasilkan produk dengan kos tinggi disebabkan tertakluk pada kadar gaji minimum mengikut undang-undang Malaysia.Jika gaji minimum tidak tertakluk kepada pekerja asing, maka sudah pastilah peniaga tempatan tidak akan dapat bersaing dengan peniaga asing selama-lamanya.

5. Pemantauan yang lemah oleh pihak berkuasa tarhadap larangan terhadap warga asing berniaga di negara ini dan kelemahan dari sudut pemantauan kemasukan PATI.

Berdasarkan 4 perkara di atas, ini merupakan isu yang perlu diberikan perhatian kepada pembuat dasar atau pemerintah agar, negara Malaysia terus stabil dalam jangka masa yang panjang sama ada dari segi ekonomi, sosial mahupun politik.

Wallahualam

Kerajaan Digesa Turunkan Harga Minyak Masak

27 Safar 1436

Dalam situasi kejatuhan harga komoditi seperti hasil buah sawit, kerajaan digesa agarmembuat ketetapan agar harga minyak masak berasaskan sawit turut diturunkan juga. Ini dapat mengurangkan beban pekebun kecil sawit disebabkan hasil jualan buah jatuh teramat teruk. Tidak seperti buah kelapa, untuk menghasilkan sendiri minyak masak daripada buah sawit adalah dilihat tidak praktikal.

Jika pada masa harga komoditi sawit tinggi, masing-masing dikalangan para peniaga hendak naikkan harga. Maka bila harga sudah rendah, kos belian bahan mentah juga sepatutnya sudah rendah. Oleh itu , terdapat kewajaran bagi pihak kerajaan menurunkan syiling harga minyak masak sebagai barang kawalan yang berasaskan sawit pada masa kini.

Wallahaualm

Friday, December 19, 2014

Setiap Hutang Mestilah Dibayar

27 Safar 1436

Rakyat Malaysia perlulah membudayakan sikap mendahulukan membayar hutang bagi setiap hutang yang dimiliki. Hutang bukan hanya tertakluk kepada pinjaman peribadi, ansuran kereta atau rumah, semata-mata malah ianya termasuk bil-bil seperti bil elektrik, telefon dan sebagainya hatta hutang MARA & PTPTN sekalipun.

Penulis tidak mahu mengulas lebih lanjut dari segi agama Islam, cukup sekadar menyatakan bahawa antara ayat-ayat yang panjang di dalam Al Quran ialah ayat yang menerangkan tentang bab hutang (Sila rujuk pakar ugama, jika hendak tahu dengan lebih lanjut). Yang lebih penting, setiap hutang perlulah dibayar oleh peminjamnya.

Keengganan mendahulukan dalam soal pembayaran hutang akan mengakibatkan banyak kesan negatif kepada ekosistem ekonomi negara. Pengeluar perkhidmatan bakal mempunyai kekangan untuk menaiktaraf perkhidmatan mereka disebabkan perkhidmatan yang belum berbayar, tabung pinjaman akan kehabisan dana untuk menyediakan pinjaman kepada orang lain yang memerlukan dan pelbagai isu-isu sampingan lagi. Dengan kata lain, hutang yang tidak berbayar ini akan menjadi kos tambahan kepada penyedia perkhidmatan dan natijahnya, harga perkhidmatan yang disediakan akan terus mengalami tekanan untuk dinaikkan harga.

Oleh yang demikian, bagi mewujudkan  suatupersekitaran ekonomi yang stabil dan lebih adil, segenap rakyat Malaysia perlulah menjadikan budaya menjelaskan hutang adalah menjadi satu keutamaan apabila mendapat bayaran gaji setiap bulan. Dengan kata lain, pembayaran hutang didahulukan, ketenangan diutamakan..

Wallahualam

Tuesday, December 16, 2014

Konsep Satu Daerah Satu Industri Perlu Diperkuatkan

24 Safar 1436

Kerajaan melalui agensi tertentu digesa memperhebatkan usaha bagi mewujudkan satu industri bagi setiap daerah yang ada di Malaysia. Walaupun telah diperkenalkan sebelum ini , ianya seakan-akan seperti terbiar dan tiada tindakan susulan dapat dilihat secara jelas perlaksanaannya.

Mana tahu , produk-produk yang telah dihasilkan berjaya menarik perhatian pembeli dan mampu menembusi pasaran luar negara. Secara tidak langsung usaha ini boleh menambahkan peluang pekerjaan penduduk di luar bandar menerusi industri hiliran yang bakal wujud dari industri atau produk yang dihasilkan bagi setiap daerah. Agensi kerajaan tertentu perlu agresif bagi menjadi agen pemasaran bagi setiap produk yang dihasilkan.

Ini dapat mengelakkan penduduk di luar bandar dari mengalami tekanan disebabkan kejatuhan harga komoditi pertanian yang merupakan punca pendapatan selama ini. Kaedah ini dilihat lebih parktikal jika ingin meningkatkan jumlah usahawan di negara ini.

Wallahualam

Monday, December 15, 2014

Pelabur Saham Perlu Bersedia Sebarang Kemungkinan

23 Safar 1436

Pelabur-pelabur saham di Bursa Malaysia perlu bersedia atas sebarang kemungkinan yang akan berlaku di bursa saham dalam jangka masa yang pendek. Ini berikutan kejatuhan pasaran saham yang mula ditunjukkan pada sesi penutup hari ini. Menurut laporan BERNAMA , Bursa Malaysia telah merekodkan perestasi terendah dalam tempoh 16 bulan .

Dalam suasana yang tidak menentu, para pelabur perlulah membuat pilihan yang bijak dalam memilih strategi yang sesuai dalam pelaburan saham mereka. Pelbagai faktor perlu dilihat sebelum membuat keputusan. Apapun strategi yang dipilih, faktor utama yang bakal menyumbang dalam kejayaan pelaburan saham  ialah "timing" atau masa yang sesuai bagi setiap keputusan sama ada hendak membeli /memasuki atau menjual/keluar daripada pasaran.

Wallahualam

Sunday, December 14, 2014

Turunkan Tarif Elektrik

21 Safar 1436

Kerajaan digesa menyemak semula tarif elektrik semasa tren penurunan harga minyak sedang berlaku sekarang. Ianya selaras dengan kenaikan tarif yang dilakukan sebelum ini atas alasan kenaikan berterusan harga minyak dan gas di pasaran dunia.

Adalah tidak wajar kenberterusan dipasaran dunia. Justeru itu kerajaan dilihat tidak mempunyai pilihan selain turut menurunkan tarif elektrik jika ingin kekal dikenali sebagai pelopor slogan Rakyat didahulukan.Jika ini dapat dilakukan, rakyat Malaysia akan lebih memahami konsep susah senang kita bersama dalam kehidupan seharian mereka.

Wallahualam

Saturday, December 13, 2014

Kerajaan Dan Rakyat Malaysia Perlu Ambil Peluang Dari Kejatuhan Harga

20 Safar 1436


"Tiap-tiap kesusahan ada kemudahan". Ini bukan main-main ayat. Ayat ini terdapat di dalam Al Quran. Merujuk kepada suasana ekonomi sekarang yang berdepan dengan kejatuhan nilai atau harga seperti nilai ringgit, harga komoditi seperi minyak dan sebagainya, ianya sepatutnya dilihat sebagai peluang kepada kerajaan dan rakyat Malaysia.

Kerajaan boleh mempromosikan produk tempatan ke pasaran eksport baru  disebabkan nilai ringgit yang rendah. Ini bakal meningkatkan rezab tukaran wang asing di mana pendapatan dan peluang eksport pada masa akan datang bakal berkembang pesat.

Bagi rakyat pula, penjimatan harga minyak boleh diimbangi dengan perbelanjaan yang lebih produktif atau meningkatkan tabungan isi rumah. Bagi yang mampu pula, inilah masanya untuk kita membeli atau meningkatkan pemilikan komoditi seperti emas bagi simpanan jangka masa panjang. Dalam bab emas pula, inilah peluang bagi kerajaan pula mengkaji bagi mengeluarkan matawang dalam bentuk dinar dan dirham lebih-lebih lagi dalam keadaan kos mendapatkan komoditi berkenaan sekarang dilihat lebih relistik dan lebih murah. Ini dapat melengkapkan satu lagi sunnah dalam pengurusan ekonomi negara.

Kerajaan dan rakyat Malaysia perlu berjiwa besar, di mana setiap kekurangan dalam sesuatu perkara sudah semestinya ada kelebihan yang maha besar sepertimana yang dijanjikan oleh Maha Pencipta. Apa yang penting , keimanan dan ketakwaan kita semua yang bakal menentukan kejayaan sama ada di dunia dan di akhirat.

Wallahualam

Saturday, December 6, 2014

Turapan Jalan Hanya Bila Perlu

13 Safar 1436

Kerajaan tempatan digesa membelanjakan dana untuk turapan jalan hanya jika perlu sahaja iaitu bila didapati banyak lopak-lopak atau keretakan yang berlaku yang membahayakan pengguna jalan raya. Ini untuk mengelakkan jalan-jalan diturap semula dengan sekala yang besar dan diturap di jalan-jalan yang tidak sepatutnya iaitu jalan-jalan yang masih dalam keadaan yang baik. Pihak yang berkuasa perlu menyiasat apakah pihak kontraktor hendak buat kerja mudah dengan menurap jalan-jalan yang sedang dalam keadaan yang baik sahaja. Ada juga jalan-jalan di kawasan perumahan yang tidak sibuk turut diturap semula, sedangkan jalan utama yang sibuk dibiarkan bermasalah.

Jika situasi ini terus berlaku, ianya bakal menjejaskan ekonomi kerana pembaziran sentiasa berlaku,manakala cukai-cukai ke atas penduduk sering perlu dinaikkan bagi menampung kos pentadbiran kerajaan tempatan. Rakyat dilihat semakin dibebani dengan cukai-cukai di samping terpaksa mengharungi jalan yang sepatutnya diturap, tetapi turapan dilakukan dilakukan di jalan yang tak sepatutnya.Kos lagi.. iaitu terpaksa sentiasa membetulkan "alignment" tayar kenderaan.

Wallahualam

Wednesday, November 26, 2014

Kerajaan Perlu Tingkatkan Rezab Emas Negara

3 Safar 1436

Jika sesiapa yang perasan, penurunan harga minyak mentah mempunyai korelasi positif dengan harga semasa emas dunia. Harga emas dunia sekarang juga menunjukkan aliran penurunan selari dengan penurunan harga minyak. Negara kuasa besar seperti Rusia dilihat sedang meningkatkan pembelian emas bagi menambahkan rizab seperti yang dilaporkan oleh CNBC.

Untuk menambah stok minyak mentah pada masa harga rendah dilihat kurang praktikal kerana ianya bakal melibatkan kos yang tinggi selain keperluan membina pusat penyimpanan dan memerlukan kawasan yang besar. Pembelian emas pada harga rendah adalah dilihat lebih praktikal sebagai pengumpulan bekalan untuk pada masa akan datang terutama sekali semasa kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Pada masa berkenaan, rizab emas yang bakal mengalami kenaikan nilai boleh digunapakai bagi menyerap bebanan kenaikan harga minyak seterusnya mengelakkan ekonomi negara berada dalam keadaan kejutan yang keterlaluan.

Oleh yang demikian, kita berharap agar pembuat dasar ekonomi negara mula mengkaji kaedah ini dengan sebaiknya. Ini bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus berada pada landasan yang positif untuk jangka masa yang panjang.

Wallahualam

Tuesday, November 25, 2014

Wakaf Korporat Malaysia Bakal Terlaksana

3 Safar 1436

Malaysia bakal mempunyai wakaf korporat di peringkat pusat tidak lama lagi. Menurut laporan Utusan Online, ianya bakal dimuktamatkan dalam masa 6 bulan lagi. Penubuhan wakaf korporat ini dilihat dapat memantapkan penguasaan ekonomi umat Islam di Malaysia.Pihak TERAJU sedang meneliti beberapa kertas cadangan berkaitan perlaksanaan wakaf tersebut.

Wallahualam

Apungan Harga Minyak RON Merupakan Langkah Terbaik Ketika Ini

2 Safar 1436

Langkah kerajaan Malaysia mengapungkan harga minyak RON bermula Disember ini adalah merupakan kaedah terbaik yang diputuskan buat masa ini. Pada masa yang sama kerajaan juga telah memberi jaminan akan campur tangan sekiranya berlaku kenaikan mendadak harga minyak pada masa hadapan yang mana mekanismanya masih diperingkat kajian.

Apungan harga sekarang membolehkan rakyat dan penduduk di Malaysia menikmati nikmat penurunan harga minyak ketika mana harga minyak dunia sedang berada dalam keadaan yang rendah. Bagi pihak kerajaan pula, tiada subsidi yang perlu dikeluarkan kerana harga dipasaran sudah rendah.

Apa yang penting , kita semua perlu mengambil peluang dalam keadaan sekarang untuk meningkatkan tabungan atau membelanjakan setiap penjimatan harga minyak berkenaan kepada aktiviti-aktiviti yang memberi tambah nilai kepada kehidupan seharian. Pada masa yang sama, para pembuat dasar diharapkan dapat merangka dasar yang lebih mesra rakyat sekiranya pada masa yang akan datang, harga minyak dipasaran dunia meningkat semula.

Wallahuaalm

Wednesday, November 19, 2014

Kerajaan Perlu Turunkan Harga RON 95 Jika Harga Semasa Terus Jatuh

26 Muharram 1436

Kerajaan perlu menurunkan harga petrol RON 95 jika harga semasa sebenar dipasaran jatuh lebih rendah daripada harga yang ditetapkan sebanyak RM 2.30 seliter baru-baru ini. Jika sebelum ini, subsidi kepada rakyat dinyatakan apabila perbandingan dibuat dengan harga semasa lebih tinggi, maka ianya perlu diturunkan jika harga semasa kurang daripada RM2.30 seliter.

Jika ini tidak dilakukan, ianya dilihat bahawa rakyat pula yang mengsubsidikan kerajaan. Ini akan mendatangkan imej yang teruk kepada pihak kerajaan pula. Dengan kata lain, kerajaan dilihat tidak mempunyai jalan lain iaitu dengan mengurangkan harga petrol RON 95 jika ianya jatuh lebih kurang daripada harga yang ditetapkan.

Wallahualam

Thursday, October 16, 2014

Kerajaan Digesa Lebih Inovatif Bangunkan Usahawan

21 Zulhijjah 1435

Kerajaan perlu keluar daripada kepompong memberikan pinjaman dan geran semata-mata bagi membangunkan usahawan di Malaysia terutama yang melibatkan golongan bumiputra. Selain daripada mengekalkan kemudahan dan geran, sokongan boleh diberikan dari sudut membeli perkhidmatan dalam tempoh tertentu daripada usahawan berkenaan. Kerajaan perlulah keluar dari kepompong pemikiran bahawa untuk melahirkan usahawan ianya hanya menjurus kepada sektor pertanian,pembinaan dan pembuatan semata-mata.

Salah satu contoh,sektor perkhidmatan sebenarnya juga membuka peluang kepada para ushawan seperti menjadi agen takaful dan sebagainya. Bayangkan jika sektor kerajaan membuka peluang kepada 100 agen takaful untuk menyediakan perkhidmatan takaful di sektor kerajaan secara tahunan, sah-sah 100 usahawan dapat dilahirkan dan mereka perlu diberi masa tempoh tertentu (3 hingga 4 tahun) bagi menyediakan perkhidmatan kepada sektor berkenaan.

Selepas tempoh berkenaan, peluang berkenaan haruslah diberikan kepada 100 ushawan yang lain pula di mana usahawan yang diberikan kontrak sebelum ini, diharapkan dapat bersaing pula secara terbuka di sektor swasta dan merebut peluang lain di sektor berlainan. Cara ini dilihat lebih inovatif untuk diamalkan dan ianya bakal mengurangkan dana yang perlu dikeluarkan oleh pihak kerajaan bagi membangunkan usahawan baru. Perkhidmatan takaful yang mungkin diambil secara terus oleh pihak kerajaan,di mana pihak pengendali mendapat manfaat secara terus, sebaliknya harus diberikan peluang kepada para usahawan bagi membina perniagaan mereka.

Wallahualam

Wednesday, October 8, 2014

Pengurangan Subsidi Tak Sepatutnya Digunapakai bagi Menampung Kenaikan Gaji Kakitangan Awam atau Menaikkan BR1M

13 Zulhijjah 1435

Pengurangan subsidi bahan api seperti minyak yang telah diumumkan oleh kerajaan Malaysia baru-baru ini tidak seharusnya diguna bagi menaikkan gaji kakitangan awam atau menaikkan lagi bayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia. Ini bakal mengundang malapetaka kali kedua terhadap ekosistem perekonomian di Malaysia. Kenaikan gaji kakitangan awam dan kenaikan BR1M bakal menyebabkan kenaikan berganda harga barangan dan perkhidmatan terhadap sistem ekonomi Malaysia.

Penjimatan tersebut perlulah disalurkan ke sektor-sektor yang lebih produktif seperti memperbaiki taraf kemudahan kesihatan, memperbaiki dan memperkasakan kemudahan sekolah kebangsaan, membina lebih banyak lebuhraya tanpa tol , memperbaiki sistem pengangkutan awam, memperbaiki sistem ICT di sektor awam bagi memudahkan rakyat berurusan dan lain-lain lagi.

Jika hendak menampung perbelanjaan kakitangan awam, bantuan berbentuk tidak kekal (seperti elaun-elaun tertentu kepada kumpulan sasaran)boleh dipertimbangkan agar ianya tidak terus membebankan kewangan kerajaan dan sumber-sumber yang boleh digunapakai ialah dari sumber lain seperti penjimatan kos operasi sektor awam dan lain-lain lagi.

Jika ini dapat dapat dilakukan ianya sedikit sebanyak dapat melegakan emosi rakyat dan rakyat akan terus dapat berfikir secara lebih rasional.


Wallahualam

Tuesday, September 2, 2014

Krisis MB Selangor Bakal Menjejaskan Pertumbuhan Ekonomi

7 Zulkaedah 1435

Krisis berpanjangan menentukan siapakah yang bakal menggantikan Menteri Besar(MB) Selangor kemungkinan bakal menjejaskan pertumbuhan ekonomi Selangor dan Malaysia amnya. Namun begitu, pengekalan MB sedia ada sehingga adanya calon sesuai, dilihat akan  dapat meminimakan impak berkenaan dalam jangka masa pendek.

Namun begitu, jika ianya tidak dapat diselesaikan dalam jangka masa panjang, ianya bakal mengganggu proses membuat perancangan dan penggubalan dasar ekonomi negeri terutama dari segi perlaksanaan inisiatif di peringkat akar umbi. Oleh yang demikian, kita berharap pihak yang berkepentingan mengutamakan soal kebajikan rakyat berbanding dengan kepentingan peribadi.

Wallahualam

Sunday, August 17, 2014

Melabur Secara Ikut Ikutan Berisiko Tinggi

21 Syawal 1435

Penulis telah bertemu dengan beberapa rakan yang kini mula berkecimpung dalam pelaburan saham. Minat berkenaan timbul disebabkan mereka telah menghadiri beberapa seminar berkenaan pelaburan saham. Bagi penulis yang pernah bekerja di syarikat pembrokeran saham, minat berkenaan haruslah dipuji.

Namun penulis mula rasa tidak selesa apabila mengatahui melalui percakapan mereka bahawa mereka agak kurang mengambil risiko tertentu dari segi aspek pelaburan saham. Antaranya terlalu bergantung kepada tip-tip yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu tanpa mengambil kira aspek risiko perubahan ekonomi dunia, keadaan semasa, suasana geopolitik dunia dan lain-lain lagi.Pengalaman penulis pada krisis kewangan di Malaysia pada hujung tahun 90an masih lagi terbayang.

Antara perkara yang mereka alpa juga ialah kegagalan memahami bahawa ada kumpulan-kumpulan tertentu yang membuat sesuatu pelaburan dalan sesuatu syarikat atau kaunter. Bagi pengalaman penulis, tips hanya akan diberikan apabila seseorang individu atau sesuatu kumpulan itu sudah membeli/membuat pelaburan sesuatu kaunter di Bursa Malaysia. Maka dengan adanya media social yang ada sekarang ini, maka tips-tips berkenaan akan dihebahkan kepada pengikut-pengikut yang membuat pelaburan secara kecil kecilan dan saham berkenaan akan naik mendadak. Ianya dikuatkan lagi dengan pelbagai teori graf pergerakan dan sebagainya sebagai menyokong hujah berkenaan tanpa melihat aspek fundamental dan objektif pelaburan.

Bila saham berkenaan naik, maka individu atau kumpulan berkenaan akan menjual pelaburan berkenaan terlebih dahulu dan kemudian membuat kenyataan atau cadangan agar saham tersebut dijauhi seketika. Maka pihak yang kecil yang lambat membuat keputusan menjual akan mengalami kerugian disebabkan perkara demikian. Lainlah kalau dapat tip daripada individu yang belum membeli saham berkenaan secara besar besaran tetapi mempunyai perancangan dalam jangka masa terdekat. selalunya ianya jarang diperolehi.

Oleh yang demikian, pelabur-pelabur perlulah bijak dan berhati-hati dalam membuat pelaburan di bursa saham. Sebaiknya laburlah di dalam syarikat yang berkeupayaan memberi dividen setiap tahun dan mempunyai perniagaan teras yang teguh. Selepas itu, barulah diapplikasikan dengan teknik dan pelbagai kaedah ramalan pergerakan harga saham dan sebagainya.

Wallahualam

Saturday, August 9, 2014

Semoga MAS Cepat Pulih

13 Syawal 1435

Khazanah Nasional yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan telah mengumumkan pengambilalihan Malaysian Airlines System (MAS) pada urusniaga yang bernilai RM 1.38 billion. Urusniaga ini bakal melibatkan proses penyahsenaraian saham syarikat itu daripada Bursa Malaysia.

Cadangan itu bakal menyaksikan pemegang saham minoriti akan  menerima balik pembayaran modal bernilai RM0.27 sen bagi setiap saham biasa yang melibatkan jumlah RM 1.38 billion.Ianya merupakan pembelian atas premium sebanyak 12.5 peratus atas harga penutup saham MAS pada 7 ogos 2014.

Semoga langit mendung yang menyelubungi syarikat penerbangan berkenaan akan berlalu pergi dengan bermulanya langkah korporate berkenaan.

Wallahualam

Wednesday, August 6, 2014

Tragedi Penerbangan Yang Kerap Bakal Menjejaskan Industri

27 Ramadhan 1435

Tragedi kemalangan yang makin menjadi-jadi dikalangan industri penerbangan akan menyebabkan keyakinan pengguna yang tidak begitu terdesak menggunakan pengangkutan udara akan semakin terhakis. Secara logiknya, ramai pelancong akan menagguhkan percutian mereka, dan golongan-golongan professional akan mencari alternatif untuk berkomunikasi. Antaranya dengan menggunakan platform mesyuarat secara maya dan sebagainya.

Selepas tragedi kehilangan pesawat MH370 yang misterinya masih belum dirungkai setakat ini, negara Malaysia dikejutkan lagi dengan kejadian pesawat MH17 yang ditembak jatuh di kawasan negara yang sedang bergolak iaitu di Ukraine dekat sempadan Rusia. Kemudian diikuti lagi dengan pesawat terhempas di Taiwan. Tidak berapa lama kemudian , dunia dikejutkan lagi dengan kemalangan pesawat Air Algerie di Mali.

Peristiwa yang berlaku secara dekat ini, secara tidak langsung menggugat keyakinan pengguna seluruh dunia untuk melakukan perjalanan menerusi pengangkutan penerbangan. Ini secara langsung bakal menggugat industri penerbangan dan pelancongan di Malaysia dan seluruh dunia.Sehubungan dengan itu, negara-negara yang mana menyasarkan produk pelancongan adalah merupakan salah satu pendapatan utama, perlulah merangka strategi yang bersesuaian bagi mengekang isu potensi kelembapan dalam industri perlancongan dan penerbangan. Syarikat-syarikat penerbangan juga perlu meningkatkan kembali  keyakinan penumpang-penumpang menggunakan perkhidmatan udara.

Wallahualam

Tuesday, July 8, 2014

Bank Negara Malaysia Perkenalkan Mesin Deposit Syiling

10 Ramadhan 1435

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan bahawa mesin deposit syiling kini boleh didapati di seluruh negara bagi memudahkan para peniaga dan orang ramai mendepositkan syiling dalam urusan seharian. Sebanyak 236 mesin berkenaan kini telah ditempatkan di lokasi tertentu seperti institusi kewangan yang mengambil bahagian, pasar raya besar dan cawangan-cawangan Tabung Haji.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan setiap tahun sejumlah besar duit syiling yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia tidak dikembalikan untuk edaran semula. Sehubungan dengan itu, orang ramai digalakkan untuk mengembalikan duit syiling mereka dan pada masa yang sama boleh memperoleh manfaat daripada pertambahan simpanan. Mesin Deposit Duit Syiling merupakan mesin duit syiling layan diri berautomasi yang membolehkan pelanggan institusi kewangan yang mengambil bahagian dan Tabung Haji mendepositkan duit syiling mereka tanpa dikenakan sebarang caj.

Mesin Deposit Duit Syiling di institusi kewangan yang mengambil bahagian akan mengkreditkan akaun pendeposit pada hari yang sama untuk duit syiling yang didepositkan sebelum pukul 4 petang dan pada keesokan harinya bagi duit syiling yang didepositkan selepas pukul 4 petang. Bagi Mesin Deposit Duit Syiling yang ditempatkan di pasar raya besar yang mengambil bahagian, pelanggan akan menerima baucar membeli-belah yang sama nilainya dengan jumlah duit syiling yang didepositkan. Pelanggan boleh menggunakan baucar ini untuk membayar barangan yang dibeli di kedai-kedai yang mengambil bahagian.

Sumber: BNM

Wednesday, July 2, 2014

Magna Prima (7617): Saham Yang Perlu Diberi Perhatian

4 Ramadhan 1435

Penulis sedang mengikuti pergerakan kaunter saham kod 7617, iaitu Magna Prima Bhd yang mana teras perniagaannya adalah dalam bidang hartanah. Saham ini mula didagangkan secara aktif sejak beberapa minggu lepas dan telah mencatatkan paras tertinggi baru-baru ini jika dibandingkan daripada bulan Mac 2014. Saham berkenaan telah ditutup pada harga RM 1.16 pada sesi pertama dagangan di Bursa Malaysia hari ini.
Pergerakan Harga Saham Magna Prima Bhd.

Secara teknikalnya pergerakan saham ini sedang berada dalam momentum yang menaik. Berdasarkan prestasi kewangan semasa yang agak positif, adalah berbaloi jika pelabur ingin membeli dan memegang saham berkenaan dalam jangkamasa sederhana. Kaunter ini dilihat sesuai untuk pelabur jangka pendek, sederhana dan jangka panjang.





Penafian:

Segala maklumat yang terkandung di artikel ini telah disediakan bukan dengan tujuan untuk memberikan nasihat profesional dan ianya disediakan bagi tujuan am sahaja. Para  pengguna tidak perlu bergantung kepadanya semata-mata. Ianya tidak bertujuan memberikan kemampuan kepada para penggunanya menggunakannya sebagai khidmat nasihat, membuat sebarang keputusan ,  dalam menyelesaikan segala permasalahan  atau pada mana-mana keadaan tertentu. Myiktisad tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang mungkin berlaku daripada penggunaan maklumat di artikel ini.

Monday, June 9, 2014

Apakah Itu Buku Tunai ?

12 Syaaban 1435

Konsep buku tunai sudah agak sinonim dalam bidang perniagaan. Sampai ada yang menyatakan, jika tidak ada pengetahuan berkenaan perakaunan jika hendak berniaga, jika boleh menguasai pengetahuan atau kemahiran mengendalikannya sudah cukup baik untuk menjadi seorang peniaga yang mempunyai masa depan yang baik.

Secara ringkas dan santainya, buku tunai boleh dirujuk sebagai satu rekod yang merekodkan penerimaan dan pengeluaran tunai didalam sesuatu urusniaga sama ada secara peribadi ataupun lebih-lebih lagi melibatkan perniagaan. Buku tunai ini merujuk kepada rekod transaksi yang dilakukan sama ada secara tunai atau melalui perbankan yang melibatkan pengeluaran cek ataupun pindahan wang melalui akaun bank.

Bagaimana Bentuknya?

Secara ringkas, buku tunai juga tebahagi kepada dua komponen utama seperti akaun-akaun lain iaitu bahagian debit dan bahagian kredit. Bahagian debit dalam buku tunai ialah merujuk kepada sebarang rekod yang dilakukan bagi tiap-tiap suatu transaksi yang merujuk kepada penerimaan seperti penerimaan tunai daripada jualan, komisen tunai yang diterima, tunai daripada sebarang bentuk pembiayaan dan banyak lagi.
Gambarajah 1: Contoh Buku Tunai dalam applikasi "Excel"

Bahagian kredit buku tunai pula merujuk kepada setiap rekod transaksi yang bebentuk pengeluaran tunai seperti bayaran perbelanjaan, pembelian aset dan sebagainya.Namun begitu, pelbagai format yang digunapakai bagi merekodkan buku tunai sama ada secara buku, sistem dan yang paling mudah ialah dengan menggunakan applikasi perisian pejabat seperti Excel dan sebagainya. Buku tunai juga perlu dilengkapi dengan tarikh urusniaga, nombor rujukan dan sebagainya.

Pengurusan Buku Tunai.

Buku tunai perlu diuruskan dengan sebaiknya. Hinggakan ada pihak mengatakan "Tidak mengapa jika tidak tahu menyediakan akaun.., Yang penting kena tahu menguruskan buku tunai, jika peniaga -paniaga hendak berjaya dalam perniagaan.

Mengenai istilah atau perkara yang ingin direkodkan, ianya bergantung kepada pihak yang menguruskannya. Berdasarkan kepada Gambarajah 1, istilah tunai adalah merujuk kepada penerimaan daripada hasil yang diperolehi. 'Bank In" adalah merujuk kepada amaun yang dipindahkan dari tunai di dalam tangan, iaitu atau dengan ayat mudah, dalam peti besi,kaunter dan sebagainya ke dalam akaun bank, sama ada dipindahkan secara "online" atau didepositkan ke dalam akaun secara manual melalui mesin deposit.

Buku Tunai Negatif.

Buku tunai dalam keadaan negatif berlaku bila jumlah tunai di tangan adalah melebihi daripada amaun yang ada di dalam rekod. Ini mungkin disebabkan beberapa faktor seperti terkurang catit, kemasukan wang lain secara tidak sengaja dan sebagainya yang menyebabkan tunai di tangan melebihi dari apa yang direkodkan.

(bersambung)

Sunday, June 8, 2014

Jangan Jadikan Penyeludupan Sebagai Alasan Hapuskan Subsidi

11 Syaaban 1435

Pihak-pihak yang tertentu diminta tidak menjadikan kes penyeludupan pelbagai barangan subsidi ke luar negara sebagai alasan untuk mengurangkan atau menghapuskan barangan subsidi. Kemakmuran negara ini seharusnya dibenarkan terus dinikmati oleh rakyat negara ini, walaupun ada dalang yang mengaut keuntungan disebabkan perbezaan harga di antara sempadan negara.

Yang perlu dibenteras ialah dalang penyeludupan dan bukannya dimangsakan kepada rakyat Malaysia dengan menghapuskan subsidi bagi menyelesaikan masalah penyeludupan. Jika kakitangan ataupun pihak pengurusan pihak berkuasa tak mahu bekerja keras atau pening kepala, letak jawatan dan beri peluang kepada orang lain mengambil tanggungjawab berkenaan. Jangan jadikan rakyat terus sebagai mangsa keadaan .

Wallahualam

Friday, June 6, 2014

TM Meterai Perjanjian Dengan Everly Group Sediakan Penyelesaian Hiburan Hospitaliti

9 Syaaban 1435

PUTRAJAYA, 6 Jun , 2014-Telekom Malaysia Bhd (TM) hari ini memeterai perjanjian dengan Everly Group untuk menyediakan penyelesaian hiburan hospitalitinya, menjadikan kumpulan itu rantaian hotel pertama melanggan perkhidmatan tersebut.

Mengikut perjanjian itu, lapan hotel di bawah Everly Group Everly Hotel Putrajaya; Parkcity Everly Hotel Bintulu dan Parkcity Everly Hotel Miri di Sarawak; Everly Resort Hotel, Melaka; Prescott Hotel Kuala Lumpur, Medan Tuanku; Prescott Hotel Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur; Prescott Hotel Kajang dan Prescott Hotel Klang di Selangor  boleh menikmati penyelesaian jalur lebar dalam bangunan (IBS), HyppTV dan perkhidmatan pusat panggilan.

Naib Presiden Eksekutif TM bagi PKS, Azizi A. Hadi, berkata perjanjian itu menunjukkan perubahan ketara bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia yang terlibat dalam industri hospitaliti.

Berita lanjut: BERNAMA


Thursday, June 5, 2014

Peraturan Perniagaan Produk Halal Dalam Perniagaan Perlu Diwujudkan?

7 Syaaban 1435

Isu halal terhadap beberapa produk keluaran sebuah syarikat ternama baru-baru ini telah menggemparkan negara. Ianya telah menimbulkan pelbagai polemik di kalangan masyarakat Islam di Malaysia terutama dari segi kepenggunaan.

Namun begitu, satu isu yang perlu diberi perhatian juga ialah dari sudut sektor perniagaan di mana timbulnya kerugian yang ditanggung oleh pengusaha kecil dan sederhana yang menjalankan perniagaan runcit. Apa nak jadi dengan stok-stok yang telah dibeli daripada pembekal? Siapakah yang akan menanggung kerugian? Adakah terdapat akta-akta atau badan yang tertentu yang mengawas bagi  membolehkan barangan tersebut dipulangkan jika ada keraguan dikalangan penjual itu sendiri tanpa melalui proses tribunal?

Bagi pihak pengeluar pula mereka boleh tutup mata kerana ujian kedua menunjukkan bahawa produk tersebut tidak tercemar dengan kandungan tidak halal. Secara ironinya  para peniaga kecil-kecilan masih sukar menyakinkan pembeli untuk terus membeli produk berkenaan atau peniaga masih keberatan menjual semula produk berkenaan bagi mengelakkan kejian daripada para pelanggan yang masih belum yakin.

Kita berharap agar isu seperti ini turut diberi perhatian dengan memperkenalkan badan seperti suruhanjaya bagi menguatkuasakan akta-akta tambahan bagi menjaga kepentingan peniaga-peniaga kecil dengan lebih mudah. Walaupun tindakan mahkamah boleh diambil, namun ianya agak sukar bagi syarikat kecil untuk mengeluarkan belanja yang besar bagi menuntut kerugian yang agak kecil jika dibandingkan dengan perbelanjaan guaman yang perlu dikeluarkan.

Wallahualam

@myIktisad

Monday, April 28, 2014

Catuan Air Menjejaskan Sektor Perniagaan

28 Jamadil Akhir 1435

Kerajaan Negeri Selangor diharapkan agar dapat mengkaji semula langkah catuan air di Lembah Kelang. Keadaan cuaca yang boleh setiap hari di lihat menurunkan hujan , sepatutnya bakal memungkinkan keputusan catuan air dihentikan buat seketika. Adalah tidak masuk akal jika kita mahu menunggu air dalam empangan penuh terlebih dahulu sebelum catuan dihentikan. Ini kerana, air yang dibiarkan akan kering juga di empangan disebabkan proses permeluapan dan sebagainya. Ini kerana, sungai-sungai juga sepatutnya terus mengalirkan air dalam keadaan cuaca hujan dan lembab seperti yang berlaku pada masa sekarang.

Penggunaan air lombong perlulah dilihat sebagai pilihan yang terakhir dibuat oleh kerajaan negeri, jika air di empangan dilihat terus susut ke paras yang amat kritikal. Ini penting kerana catuan air bukan sahaja menjejaskan kualiti hidup masyarakat, bahkan ianya menyebabkan kerugian kepada sektor perniagaan.

Wallahualam

Saturday, March 29, 2014

TM Kuasai 57 Peratus P1

27 Jamadil Akhir 1435

Telekom Malaysia Berhad ("TM") telah  memeterai perjanjian bersama Green
Packet Berhad ("Green Packet") dan SK Telecom Co, Ltd ("SK Telecom") untuk bekerjasama
dalam pembangunan infrastruktur LTE generasi akan datang di Malaysia.Perjanjian ini  ini akan memperlihatkan TM muncul sebagai 57%  pemegang saham utama dalam Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd ("P1").



Perjanjian itu akan mewujudkan rangka kerja perkongsian bagi ketiga-tiga pihak untuk berkongsi dalam  pemilikan dan bekerjasama dalam pertumbuhan masa depan P1, pembekal WiMAX terkemuka di Malaysia. Pihak-pihak yang terlibat akan berusaha untuk memanfaatkan teknologi LTE untuk menyampaikan data yang berkualiti tinggi dan boleh dipercayai  serta perkhidmatan  yang merentasi kesesemua segmen pasaran.







Sunday, March 23, 2014

Umat Islam Perlu Tingkatkan Ekonomi, Kurangkan Berpolitik

21 Jamadil Awal 1434

Umat Islam perlu memburu peluang bagi meningkatkan tahap sosioekonomi umat dan perlu mengurangkan aktiviti berpolitik. Ianya dapat dilakukan dengan cara mempergunakan segala peluang yang ada sama ada di pasaran atau yang telah disediakan oleh dasar-dasar kerajaan sedia ada.

Kita akan terus ketinggalan jika separuh daripada masa kita dibazirkan kepada aktiviti-aktiviti yang tidak produktif, lebih-lebih lagi sebarang aktiviti yang boleh memecah belahkan umat. Sudah sampai masanya kita sama-sama bermuhasabah dan terus melangkah jauh ke hadapan untuk kemaslahatan umat Islam sejagat.

Wallahualam

Saturday, March 22, 2014

Cukai Pendapatan Individu Amat Membebankan

20 Jamadil Awal 1434

Baru-baru ini penulis sedang menyiapkan pengisytiharan cukai pendapatan individu melalui sistem online laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia. Seperti biasa apabila dikira melalui sistem berkenaan, jumlah cukai yang dikenakan dilihat amat tinggi dan seolah-olah tidak berbaloi bekerja.

Walaupun pelepasan demi pelepasan dan rebat cuba diambil kira, namun kesan cukai terhadap pendapatan dilihat masih tinggi jika dibandingkan dengan hukuman zakat yang dikenakan ke atas umat Islam.Penulis berpendapat, sudah sampai masanya kerajaan memberi perhatian terhadap sistem zakat yang diwajibkan Allah S.W.T keatas umat Islam kerana kiraan jumlah zakat yang dikenakan adalah jauh lebih rendah berbanding dengan cukai ciptaan Manusia.

Jika bermasalah dengan pendapatan negara, sudah tiba masanya cara lain digunapakai bagi menampung perbelanjaan negara daripada hanya mengambil daripada rakyat jelata. Jika ini dapat dilakukan ini akan dapat meningkatkan tahap sosio ekonomi umat Islam.

Wallahualam

Saturday, March 1, 2014

BR1M 2.0: Bersyukurlah

29 RabiulAkhir 1434

Rakyat Malaysia tak kira pelbagai latar belakang yang mendapat imbuhan Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M 2.0) perlu bersyukur dengan apa yang mereka terima. Ini adalah kerana ada ramai lagi di kalangan masyarakat yang terdiri daripada mereka yang tidak layak, tidak berpeluang menerima bantuan berkenaan.

Sama ada ianya memadai atau tidak, sama ada berbaloi atau sebaliknya, ianya adalah perkara yang kedua. Apa yang penting, terima dan ucapkanlah Alhamdulillah, syukur kepada Maha pencipta atas kurnianNya. Jika kita bersyukur, inshaAllah, akan datang lagi lebih banyak nikmat kepada kita.

Wallahualam

Saturday, February 15, 2014

Takaful Motorsikal : Bank Negara Digesa Campurtangan

15 Rabiulakhir 1434

Dua hari lepas, seorang rakan penulis berniat hendak menukarkan insuran motorsikal anak beliau daripada insuran konvensional kepada Takaful atas kesedaran seorang Islam yang mementingkan isu halal dan haram. Namun begitu , niat beliau terbantut apabila diberitahu pengandali takaful berkenaan bahawa syarikat berkenaan sudah tidak lagi mengtakafulkan(menginsurankan) kenderaan motorsikal.Syarikat cuma memperbaharui pelanggan yang sedia ada sahaja.

Persoalan yang timbul, di manakah tujuan sebenar syarikat yang diberi lesen takaful tersebut. Bukankah mereka diberi tanggungjawab bagi melaksanakan jihat menegakkan hukum syarak dengan menyediakan produk alternatif bersaing dengan sistem konvensional? Jika ini berterusan berlaku, amat malang bagi umat Islam di Malaysia. Apakah ini petanda terhadap kesan terhadap bukan Islam yang semakin ramai diambil bekerja di syarikat-syarikat pengendali takaful. Apakah kita hendak mengharapkan bukan Islam menperjuangkan jihat menegakkan hukum syarak dalam muamalat Islam sedangkan profesional Islam makin diketepikan di syarikat-syarikat berkenaan? Kepada Bank Negara Malaysia.., buatlah kerja lebih sedikit. Jangan asyik nak tunggu laporan aje... Jika kita campur adukkan Islam dan Bukan Islam, inilah akibatnya. Bukan tak boleh berinteraksi, tapi ada kaedahnya mengikut syarak.

Wallahualam

Isu Halal & Haram ASB:PNB Digesa Tubuhkan Jawatankuasa Syariah Pelaburan Saham

15 Rabiulakhir 1434

Permodalan Nasional Berhad(PNB) digesa menubuhkan badan penasihat atau jawatankuasa terhadap dana pelaburan Amanah Saham Bumiputra(ASB) bagi menghapuskan keraguan hukum "harus" yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Isu ini timbul kerana ada beberapa negeri yang tidak menggunapakai fatwa berkenaan kerana bidang kuasa agama Islam adalah hak kepada negeri masing-masing.

Antara hujah utama penolakan fatwa berkenaan ialah ketiadaan jawatankuasa berkenaan di dalam badan pelaburan dana tersebut. Maka untuk menyelesaikannya ialah mudah..., tubuh sahaja jawatankuasa berkenaan bagi menyakinkan lebih ramai pihak terhadap kepatuhan syariah dana tersebut. Cuma persoalannya, mahu atau tidak , atau nak buat atau tak nak buat kerja sahaja.

Wallahualam

Wednesday, January 1, 2014

Kenaikan Harga:Kerajaan Malaysia Perlu Mengadaptasi Sistem Ekonomi Islam

29 Safar 1434

Kerajaan disaran lebih berpaksikan dan mengamalkan sistem ekonomi Islam di dalam pentadbiran negara. Ini adalah berdasarkan perlembagaan negara yang menyatakan Islam agama rasmi di Malaysia. Ini secara tidak langsung menuntut agar amalan perekonomian mestilah berdasarkan prinsip-prinsip Islam seperti mana termaktub di dalam perlembagaan.

Menggunapakai sistem yang diamalkan oleh negara-negara bukan Islam yang kini makin menunjukkan kegagalan demi kegagalan adalah suatu tindakan yang tidak bijak. Dari segi fiskal umpamanya, kerajaan perlu berani menggunapakai kaedah kaedah yang telah diajar dalam Islam daripada lebih percaya kepada sistem yang diamalkan oleh sistem ekonomi kapitalis seperti GST dan sebagainya.

Jika ini dapat dilakukan, inshaAllah, permasalahan isu kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang melanda negara pada masa ini akan dapat diatasi dengan baik.

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...