Bursa Malaysia

top_rightads

Thursday, August 15, 2013

Keuntungan Sebelum Cukai Star Turun Kepada RM41.10 Juta

8 Syawal 1434


KUALA LUMPUR, 14 Ogos, 2013- Keuntungan sebelum cukai Star Publications (M) Bhd bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2013, turun kepada RM41.10 juta daripada RM58.55 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Pendapatan susut kepada RM251.32 juta, semasa suku tersebut daripada RM299.44 juta pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Star berkata pendapatan rendah dalam segmen perniagaan cetak dan media adalah disebabkan hakikat bahawa pengiklan masih berhati-hati selepas pilihan raya umum.

Disebabkan perbelanjaan promosi dan pengiklanan tinggi bagi penjenamaan stesen radio RedFM dan 988, pendapatan segmen penyiaran radio turun 9.0 peratus kepada RM12.86 juta berbanding RM14.13 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Berita lanjut: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...