Bursa Malaysia

top_rightads

Saturday, August 10, 2013

Labuan IBFC Susun Semula Peranan

4 Syawal 1434

KUALA LUMPUR, 7 Ogos, 2013- Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) kini menyusun semula peranannya sebagai pusat 'midshore' iaitu antara domestik dan luar pesisir, bagi meningkatkan lagi kehadirannya di rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Saiful Bahari Baharom berkata terdapat banyak laporan media yang tidak baik mengenai pusat luar pesisir berhubung pengelak cukai dan aktiviti yang berkaitan.

Sebagai sebuah pusat midshore, halangan untuk masuk ke Labuan adalah lebih rendah, tetapi apabila syarikat-syarikat masuk, mereka mempunyai rangka kerja kawal selia yang kukuh, berusaha untuk standard dan amalan terbaik antarabangsa yang termasuk anti pengubahan wang haram dan anti keganasan, katanya.

"Jadi, pada dasarnya, jika anda mahu masuk ke dalam Labuan adalah mudah, tetapi apabila berada di dalamnya, anda perlu mengekalkan integriti dan kesahan anda, hampir sama dengan domestik (dipantau oleh bank pusat). Itulah sebabnya kami menganggap diri kami sebagai midshore.

"Kami bukan tempat untuk anda melarikan diri dari cukai, bukan tempat untuk melakukan tipu muslihat. Kami di sini untuk memudahkan perniagaan anda. Kami berada di sini untuk memudahkan anda menguruskan kekayaan anda tetapi bukan untuk lari daripada cukai," katanya kepada Bernama.

 Maklumat lanjut : BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...