Bursa Malaysia

top_rightads

Saturday, June 30, 2012

Dua Peratus Pangsapuri Sydney Dibeli Pelabur Indonesia

10 Syaaban 1433

JAKARTA, 28 Jun,2012 Sebanyak dua hingga tiga peratus daripada jumlah perbelanjaan pembangunan projek pangsapuri V di Sydney, Australia berharga 300 juta dolar Australia, yang majukan syarikat hartanah Crown Group, dibeli oleh pelabur dari Indonesia dan Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif Crown Group (CEO) Iwan Sunito berharap angka itu akan meningkat antara 10 dan 15 peratus pada pembangunan seterusnya.

Konsep pangsapuri V, iaitu pangsapuri "kampung vertikal", dilancarkan secara rasmi di pasaran Australia pada minggu lepas.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Piawaian Halal Mampu Luaskan Peluang Perniagaan - HDC

10 Syaaban 1433

GEORGE TOWN, 28 Jun, 2012- Pelaksanaan piawaian MS2400 berdasarkan sistem Halalan-Toyyiban Assurance Pipeline (HTAPS) adalah jaminan pendekatan yang ideal dalam usaha menyediakan produk yang selamat, suci dan berkhasiat, kata Ketua Pegawai Eksekutif Halal Development Corporation (HDC) Datuk Seri Jamil Sidin.

Beliau berkata pelaksanaan siri MS2400 itu juga boleh membantu menghilangkan kebimbangan masyarakat mengenai keselamatan dan kesucian produk semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan peruncitan.

Mklumat lanjut :BERNAMA

Penyenaraian Felda Global Ventures - Kemuncak Kepada Usaha Kerajaan Tingkatkan Pendapatan

10 Syaaban 1433

PETALING JAYA, 27 Jun , 2012- Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd menyaksikan kemuncak kepada inisiatif pembaharuan strategik kerajaan untuk meningkatkan pendapatan rakyat dan melonjakkan daya saing global Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Sabri Ahmad berkata para peneroka akan mendapat manfaat daripada pendapatan yang tinggi menerusi penggunaan tanah yang lebih cekap, yang akan menjuruskan kepada pulangan yang lebih tinggi.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Logistik Halal Aspek Penting Dalam Rantaian Bekalan Produk Halal

10 Syaaban 1433

GEORGE TOWN, 27 Jun, 2012- Logistik halal merupakan aspek penting yang perlu dititikberatkan dalam rantaian bekalan produk halal bagi memastikan integriti halal sesuatu produk terjamin, kata Naib Presiden Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), Malik Musharaf.

Beliau berkata operasi logistik halal merupakan proses pengurusan perolehan, pergerakan, penyimpanan dan pengendalian bahan, sama ada makanan atau bukan makanan yang mematuhi prinsip am undang-undang syariah.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Permohonan Lesen Mega Bank Islam Didorong Pasaran Dan Sektor Swasta

10 Syaaban 1433

KUALA LUMPUR, 26 Jun , 2012- Bank Negara Malaysia (BNM) berkata permohonan bagi lesen mega bank Islam didorong pasaran dan sektor swasta.

"Entiti yang berhasrat untuk menyertai sebagai pelabur perlu menentukan tindakan masing-masing berdasarkan penilaian mereka terhadap daya maju perniagaan bagi pelaburan itu," kata bank pusat itu dalam kenyataan.

Syarat-syarat dan penilaian ketat akan dilaksanakan oleh BNM terhadap bakal pelabur dan pelesen seperti diperlukan oleh undang-undang, katanya. BNM berkata entiti yang memohon lesen tersebut dikehendaki memenuhi semua peraturan dan pengawalan sedia ada yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Kewangan Islam Berperanan Penting Untuk Menambah Baik Ekonomi Semasa

10 Syaaban 1433

KUALA LUMPUR, 26 Jun , 2012- Kewangan Islam mempunyai peranan di dalam model ekonomi dunia yang baharu apabila model sedia ada tidak berupaya menyeimbangkan pertumbuhan dan tanggung jawab sosial, kata seorang pekar ekonomi, Graeme Maxton.

Beliau berkata prinsip asas yang digariskan di bawah sistem itu ialah pengenaan kadar faedah terhadap pinjaman atau menggunakan cara lain sebagai sumber keuntungan adalah sesuatu yang tidak dibenarkan.

"Walau pun ia tidak perlu dinamakan pembiayaan Islam tetapi pembiayaan berimbang, ia adalah bahagian penting untuk meningkatkan ekonomi."

Maklumat lanjut :BERNAMA

Pejabat Maya Boleh Kurangkan Kos Operasi Sehingga 50 Peratus

10 Syaaban 1433

SINGAPURA, 25 Jun, 2012- Syarikat-syarikat yang menggunakan pejabat maya boleh melihat penjimatan lebih 50 peratus dalam kos operasi bulanan, sementara meningkatkan imej profesional dan memperkemaskan operasi perniagaan mereka.

Sebuah pejabat maya, mengikut standard syarikat pembekal penyelesaian tempat kerja, Servcorp, membolehkan perniagaan menikmati perkhidmatan seperti syarikat besar di tengah bandar walaupun beroperasi daripada rumah atau pejabat luar bandar.

Perkhidmatan ini termasuk alamat korporat yang berprestij, nombor telefon khas dengan penyambut tetamu profesional, dan akses kepada bilik mesyuarat berkualiti tinggi dan kemudahan pejabat di seluruh dunia.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Sunday, June 24, 2012

Penyelidik UM Umum Penemuan Biopro Diesel Daripada Sisa Buangan Kilang Minyak Sawit

4 Syaaban 1433

KUALA LUMPUR, 22 Jun , 2012- Penyelidik Universiti Malaya Jumaat mengumumkan penemuan mereka bagi BioPro Diesel, penggantian diesel sepenuhnya, daripada sisa buangan (affluent) kilang minyak sawit, yang berpotensi menjana RM40 bilion setahun di samping tiada sisa buangan.

Timbalan Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersialan UM (UMCIC) Dr Badrul Mohamed Jan berkata BioPro Diesel, hasil proses bio, mengandungi 100 peratus sisa yang tidak diingini daripada industri minyak sawit.

"Ia telah diuji dengan jayanya pada Mitsubishi Storm, yang mempunyai enjin diesel komersial," kata beliau pada taklimat media.

Efluen kilang minyak sawit, selepas melalui proses bio, akan menghasilkan lima peratus BioPro Diesel, 65 peratus air osmosis berbalik serta 35 peratus baja bio, dengan itu menjadikan tiada sisa buangan serta akan membantu pengilang minyak sawit mengurangkan keperluan untuk kolam penyimpanan.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Tubuh Bank Islam Mega Letakkan Malaysia Sebagai Penanda Aras Kewangan Islam Global

4 Syaaban 1433

IPOH, 24 Jun, 2012- Langkah penubuhan bank Islam mega di negara ini mampu meletakkan Malaysia pada kedudukan sebagai penanda aras dalam kewangan Islam global dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan ekonomi domestik, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Katanya penubuhan bank Islam mega juga akan meletakkan negara jauh ke hadapan berbanding negara-negara pesaing lain.

"Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan satu lesen (kepada entiti berkenaan). Mengapa perlu (penubuhan bank Islam mega) itu, kita perlu melihat konteks ekonomi negara, di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara perkhidmatan kewangan merupakan antara satu bidang pertumbuhan ekonomi dalam negara dan ia juga merupakan satu sektor yang mana kita bersaing dengan negara luar," katanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Koperasi Telekom Bayar Dividen 7.25 Peratus

4 Syaaban 1433

 
LANGKAWI, 23 Jun, 2012- Koperasi Telekom Malaysia Berhad (Kota Mas) hari ini mengumumkan dividen 2011 sebanyak 7.25 peratus.

Pembayaran dividen itu melibatkan pengagihan berjumlah RM6.6 juta kepada 18,500 anggotanya.

Pengerusi Kota Mas, Ismail Nordin berkata dividen itu meningkat sebanyak RM600,000 berbanding pembayaran tahun lepas sebanyak RM 6 juta.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Monday, June 18, 2012

Pekerja Perlu Tingkatkan Usaha Dan Sokongan Ke Arah Pemulihan MAS

28 Rejab 1433

KUALA LUMPUR, 18 Jun ,2012- Dalam keadaannya sekarang yang menghadapi kerugian berterusan, Malaysia Airlines (MAS) dan pekerjanya harus berusaha lebih gigih untuk memulihkan syarikat penerbangan itu.

Syarikat penerbangan yang paling banyak memberikan pengalaman perjalanan untuk rakyat Malaysia itu, kini, secara teknikalnya, telah muflis.

"Pada masa ini, MAS masih beroperasi sungguhpun ia muflis dari segi teknikal berikutan bantuan daripada kerajaan kerana syarikat itu adalah entiti kebanggaan negara", kata seorang pakar strategi pelaburan yang enggan dinamakan.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Saturday, June 16, 2012

Anakku Lancar Kedai Konsep Baharu

26 Rejab 1433


PETALING JAYA, 15 Jun,2012- Jenama yang dibangunkan di Malaysia, Anakku Sdn Bhd, kini selangkah ke hadapan menerusi pelancaran kedai konsep baharu di Curve, di sini Jumaat.

 Pengurus Besarnya Jasmine Chew berkata kedai konsep berkeluasan 5,200 itu mengetengahkan jenama Anakku yang baharu dan dipertingkat, tidak lagi hanya menjual barangan penjagaan bayi malah jenama gaya hidup untuk bayi dan kanak-kanak sehingga berusia 8 tahun, di seluruh negara.

Maklumat lanjut : BERNAMA

FMM Kecewa Dengan Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum

26 Rejab 1433

KUALA LUMPUR, 15 Jun , 2012- Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Jumaat menyatakan kekecewaannya mengenai Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum yang dibentangkan di Parlimen Rabu lalu tidak mengambil kira kebimbangan majikan walaupun mereka telah menghantarnya kepada Kementerian Sumber Manusia pada April.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata majikan telahpun tertekan dengan kos upah minimum yang akan meningkatkan kos gaji dan rang undang-undang umur persaraan minimum pula akan terus meningkatkan kos dengan penundaan persaraan.

Pada Rabu, MOHR telah mengumumkan ia akan mewartakan Rang Undang-undang itu pada 1 Julai 2012 dengan perlaksanaan pada 1 Januari 2013.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Pelaburan Sumbang Kepada Peningkatan Jenama

26 Rejab 1433

KUALA LUMPUR, 15 Jun, 2012- Membina kesedaran yang lebih tinggi terhadap jenama bukan sahaja berbaloi malah merupakan pelaburan perlu yang menyumbang kepada peningkatan dari sudut kewangan, kata Pengerusi penganjur acara dwitahunan, Malaysia Most valuable Brands (MMVB) 2012.

Beliau berkata jenama perlu menampilkan kelainan dan keunikan untuk memastikan syarikat, produk atau perkhidmatan mempunyai kelebihan daya saingan.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Cadangan Naikkan Umur Persaraan Beri Kesan Positif Kepada Ekonomi

26 Rejab 1433

KUALA LUMPUR, 14 Jun, 2012- Cadangan untuk menaikkan umur persaraan pekerja sektor swasta kepada 60 dijangka mempunyai impak positif kepada pertumbuhan ekonomi negara, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.

Lim berkata rancangan itu juga sejajar dengan peningkatan kualiti hidup berikutan sistem penjagaan kesihatan negara telah menyebabkan jangkaan hayat yang lebih panjang.

Maklumat lanjut:BERNAMA

Perniagaan Mudah Alih Di Malaysia Diunjur Cecah RM3.43 Bilion Pada 2015

26 Rejab 1433

KUALA LUMPUR, 14 Jun, 2012- Perniagaan mudah alih di Malaysia dijangka berkembang lebih daripada tujuh kali hingga mencecah RM3.43 bilion pada 2015, bersamaan dengan 60 peratus pasaran beli belah dalam talian, kata Pengarah Urusan PayPal Asia Tenggara dan India, Elias Ghanem.

"Tahun lepas, pasaran perniagaan mudah alih Malaysia mencatatkan pertumbuhan hebat kepada RM467 juta berbanding RM101 juta pada 2010.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Minat Terhadap Pelaburan Syariah Meningkat

26 Rejab 1433

KUALA LUMPUR, 14 Jun, 2012- Kumpulan pelaburan yang berpangkalan di United Kingdom, Aberdeen, yakin minat dalam pelaburan Syariah akan berkembang, berdasarkan trend pertumbuhan positif dalam industri itu sejak 2009.

Aberdeen juga berkata nilai dana berlandaskan Syariah juga semakin meningkat meskipun wujud potensi kelembapan ekonomi serta pasaran saham yang lemah.

Maklumat lanjut: BERNAMA

TM Lancar Pasaran Dalam Talian Bagi Kandungan Tempatan

26 Rejab 1433

KUALA LUMPUR, 13 Jun , 2012- Telekom Malaysia Bhd (TM) hari ini melancarkan gerbang My1Content, pasaran dalam talian bagi kandungan tempatan yang disasarkan untuk membantu pemaju kandungan Malaysia mengukuhkan kedudukan dalam negeri dan mendedahkan mereka ke pasaran kandungan serantau dan antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Seri Zamzairani Mohd Isa berkata My1Content adalah platform yang membolehkan penyedia kandungan dan aplikasi berinteraksi dengan pembeli berpotensi dan broker.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Tuesday, June 12, 2012

Malaysia Negara Terbaik Sebagai Hub Kewangan Islam

23 Rejab 1433

KUALA LUMPUR, 11 Jun , 2012- Malaysia adalah hub kewangan Islam terbaik kerana ia menawarkan semua kemudahan yang diperlukan seperti penyelidikan, latihan serta undang-undang, kata Tan Sri Azman Hashim.

Azman, yang merupakan ahli Pusat Antarabangsa Pelajaran dalam Kewangan Islam (INCEIF), berkata dalam perkembangan kewangan Islam, lebih banyak hub di dunia, adalah lebih baik.

Maklumat lanjut:BERNAMA

Perniagaan Takaful Keluarga Malaysia Dijangka Berkembang RM3 Bln Dlm 2-3 Tahun

23 Rejab 1433


KUALA LUMPUR, 11 Jun , 2012- Saiz pasaran Malaysia dalam jumlah sumbangan bersih bagi perniagaan takaful keluarga dijangka berkembang RM3 bilion lagi dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang daripada RM4.2 bilion pada masa ini.

Ketua Pegawai Komersil Etiqa Insurance dan Takaful Shahril Azuar Jimin berkata Malaysia merupakan pasaran takaful keluarga yang terbesar dan paling matang, dengan 73 peratus daripada jumlah sumbangan global.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Sunday, June 10, 2012

Sebanyak 194,507 Alamat Web Yang Berakhir Dengan .my Di Internet

20 Rejab 1433

KUALA LUMPUR, 9 Jun, 2012- Bilangan nama domain yang berakhir dengan .my di Internet sehingga 3 Jun ialah sebanyak 194,507, kata Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif .my Domain Registry Norsuzana Harun.

 Daripada jumlah itu, 55,000 telah didaftarkan melalui projek 2U-School khas untuk pembangunan laman web sekolah melibatkan sekolah-sekolah di Johor dan Negeri Sembilan serta projek 1Nita yang disasarkan kepada usahawan wanita industri kecil dan sederhana.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Maksimumkan Peluang Perdagangan Elektronik Yang Begitu Luas

20 Rejab 1433

KUALA LUMPUR, 9 Jun, 2012- Peluang perdagangan elektronik semakin luas kerana penggunaan Internet di Malaysia, terutamanya di kalangan generasi baru dijangka berterusan, kata Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (Mosti) Datuk Dr Maximus Ongkili.

Katanya kini terdapat 16.7 juta pengguna Internet di negara ini dan daripada jumlah itu, lebih 12 juta merupakan pengguna rangkaian sosial, Facebook.

Dari segi demografi, 53 peratus dari pengguna Facebook di Malaysia berumur di bawah 24 tahun dan jika ditambah dengan yang berumur 34 tahun ke bawah jumlah ini meningkat kepada lebih 80 peratus.

Maklumat lanjut: BERNAMA

TM Menang Anugerah Penyedia Perkhidmatan Jalur Lebar Tetap Terbaik

20 Rejab 1433

SINGAPURA, 8 Jun, 2012- Telekom Malaysia Bhd (TM) telah diumumkan penerima Anugerah Penyedia Perkhidmatan Jalur Lebar Tetap Terbaik pada majlis Anugerah ICT Asia Pasifik Frost & Sullivan 2012 tahunan ke-sembilan di sini Jumaat.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Syarikat Perlu Terap Tadbir Urus Korporat

20 Rejab 1433

KUALA LUMPUR, 8 Jun, 2012- Suruhanjaya Sekuriti (SC) Jumaat menyeru syarikat-syarikat supaya bergerak melangkaui lebih daripada apa yang mandatori dan menyerap nilai-nilai, semangat dan tujuan di sebalik peraturan-peraturan.

Ia juga menggesa semua pihak memainkan peranan masing-masing dengan berkesan, dan berkata pembangunan yang berjaya bagi persekitaran tadbir urus korporat yang teguh dan berwibawa juga mesti berlandaskan kepada usaha kerjasama.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Malaysia Ada Pengalaman, Keupayaan Untuk Tangani Cabaran Ekonomi

20 Rejab 1433

TASEK GELUGOR, 8 Jun, 2012 - Malaysia berpengalaman dan berkeupayaan untuk menangani cabaran ekonomi yang timbul dari krisis kewangan di dalam Kesatuan Eropah (EU).

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata cabaran dan kegawatan itu adalah realiti tetapi Malaysia mempunyai pengalaman dan kefleksibelan untuk menanganinya.

"Kita menyifatkan kita mempunyai pengalaman. Kali terakhir, kita turut mengalami cabaran yang sama (krisis kewangan Asia) tetapi kita berupaya menanganinya," katanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Reputasi Syarikat Pendorong Utama Nilai Perniagaan

20 Rejab 1433

KUALA LUMPUR, 8 Jun, 2012- Satu kaji selidik ke atas lebih 100,000 pengguna global yang dijalankan oleh sebuah badan perunding pengurusan reputasi terkemuka, Reputation Institute, baru-baru ini mendapati bahawa reputasi sesebuah syarikat itu lebih penting daripada apa yang dijualnya.

Dalam satu kenyataan Jumaat, ia berkata, Global RepTrak� 100 tahunan ketiga mengenal pasti bagaimana pemilik kepentingan menganggap syarikat dan bagaimana tangggapan-tanggapan itu mempengaruhi perlakuan pembelian.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Sunday, June 3, 2012

MRT Corp Lancar Trak MRT

14 Rejab 1433

PETALING JAYA, 2 Jun , 2012- Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) melancarkan Trak Maklumat MRT (MIT) untuk memberi maklumat terkini kepada orang ramai tentang projek MRT.

Ketua pegawai eksekutif MRT Corp Datuk Azhar Abdul Hamid berkata pelancaran MIT sejajar dengan komitmen syarikat itu untuk memberi penerangan dan mendidik orang ramai, terutama bakal pengguna perkhidmatan tren itu.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Barisan Pertama Pertahanan Menentang Krisis Kewangan

14 Rejab 1433

BANGKOK, 1 Jun , 2012 - Inisiatif Chiangmai bernilai US$240 bilion akan bertindak sebagai barisan pertama pertahanan bagi Asean jika krisis kewangan melanda rantau ini pada masa depan apabila mereka membentuk Komuniti Asean menjelang 2015, kata Setiausaha Agung Asean Dr Surin Pitsuwan pada Jumaat.

Katanya inisiatif itu akan mewujudkan keyakinan bahawa rantau ini mempunyai keupayaan untuk mengendalikan krisis sedemikian secara sendiri jika ia berlaku.

"Ia merupakan satu pesanan yang utuh kepada dunia bahawa kami mempunyai barisan pertama pertahanan," katanya semasa memberitahu World Economic Forum mengenai Asia Timur di sini.

Inisiatif itu adalah peraturan pertukaran mata wang pelbagai hala di kalangan Asean+3 yang terdiri daripada 10 anggota Asean, China, Jepun dan Korea Selatan.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Asean Kaji Kemungkinan Bangunankan Laut China Selatan Bersama-sama

14 Rejab 1433

BANGKOK, 31 Mei , 2012- Asean sedang mengkaji kemungkinan membangunkan Laut China Selatan bersama-sama lima pihak menuntut, kata Setiausaha Agung Asean Dr Surin Pitsuwan pada Forum Ekonomi Dunia mengenai Asia Timur di sini Khamis.

"Mereka boleh meneroka sumber bersama-sama daripada memikirkan siapa milik apa," katanya.

Dalam menyediakan garis panduan Kod Perlakuan (CoC) bagi pihak menuntut, beliau berkata Asean meneroka kemungkinan sama ada pembangunan bersama boleh dimasukkan sebagai antara modaliti dalam CoC.

China dan empat anggota Asean -- Filipina, Vietnam, Malaysia dan Brunei -- menuntut sebahagian atau keseluruhan lautan itu.

Maklumat lanjut: BERNAMA

PNB Akan Umum Nama Syarikat Pertama Untuk Dilupuskan Dalam Waktu Terdekat

14 Rejab 1433

KUALA LUMPUR, 31 Mei , 2012- Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan mengumumkan pada bila-bila masa dari sekarang nama pertama dari lima syarikat bukan terasnya untuk dilupuskan, kata Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Katanya PNB telah mengenal pasti lima syarikat terbabit dan turut menyatakan pelepasan lima syarikat itu juga termasuk syarikat-syarikat yang bernaung di bawah anak syarikat PNB.

"Pengumuman nama-nama syarikat ini akan dibuat secara berperingkat-peringkat dan dalam masa terdekat ini, kita akan mengiklankan satu nama syarikat dahulu untuk pihak-pihak yang berminat dalam syarikat ini yang sealiran dengannya," katanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

BNM Perkenal Instrumen Islam Baharu - Murabahah Bercagar

14 Rejab 1433

KUALA LUMPUR, 30 Mei, 2012- Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan instrumen monetari Islam baharu, iaitu Murabahah Bercagar.

Dalam kenyataan Rabu, BNM berkata Murabahah Bercagar pada asasnya ialah pembiayaan berlandaskan syariah yang bercagarkan aset dan pembiaya berhak menjual aset itu sekiranya pelanggan gagal membayar balik pembiayaan tersebut.

"Murabahah Bercagar menggabungkan pembiayaan Murabahah yang telah diterima umum, dengan Sukuk yang menjadi aset sandaran bagi menjamin transaksi tersebut," katanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...