Bursa Malaysia

top_rightads

Wednesday, August 14, 2013

Platform Inovasi Terbuka Mimos Bantu Kembangkan Lagi Industri ICT

7 Syawal 1434

KUALA LUMPUR, 13 Ogos,2013- Mimos Bhd yakin teknologi baharunya, Platform Inovasi Terbuka, mampu menjadi dorongan untuk industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terus berkembang pada masa depan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abdul Wahab Abdullah berkata syarikat tempatan cenderung menggunakan teknologi asing bagi mempromosi produk masing-masing, namun mudah gagal mengekalkannya ekoran teknologi yang terhad.

"Teknologi asing kebiasaannya mengehadkan penggunaan pada tahap tertentu. Ada satu tahap yang kita akan tersekat dalam teknologi itu dan tidak dapat pergi lebih jauh," katanya kepada Bernama.

Abdul Wahab berkata Platform Inovasi Terbuka diwujudkan bagi menyediakan teknologi untuk syarikat Malaysia mengukuhkan inovasi dan produk dan bersaing dengan peserta lain.

Beliau berkata empat masalah utama industri ICT Malaysia -- struktur industri, pemasaran dan kurangnya teknologi dan pembiayaan -- menghalangnya daripada dimajukan.

"Kita kurang usaha sama dengan industri dan akademik. Kita cenderung menggunakan teknologi asing yang mempunyai sistem 'terkunci', dan peserta ICT sendiri terlalu bergantung kepada dana kerajaan bagi mencipta teknologi sendiri," kata Abdul Wahab.

Beliau berkata Mimos tampil membantu peserta industri ICT dalam bentuk platform itu bagi mengetengahkan teknologi ciptaan dalam negara dan memajukan teknologi berasaskan Malaysia yang 'tidak terkunci' untuk industri.

Abdul Wahab berkata bukan sahaja syarikat tempatan, malah kerajaan akan memperoleh manfaat menggunakan Platform Inovasi Terbuka itu.

"Jika kita menggunakan teknologi sendiri, kita mampu menyediakan rekod prestasi untuk pergi ke pasaran global, kita mampu bersaing di peringkat global.

Maklumat lanjut: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...