Bursa Malaysia

top_rightads

Tuesday, August 13, 2013

Malindo Air Perkukuh Rangkaian Domestik

6 Syawal 1434

KUALA LUMPUR, 12 Ogos ,2013 - Syarikat penerbangan hibrid Malaysia, Malindo Air, merancang untuk memperkukuh rangkaian domestiknya.

Ketua Pegawai Eksekutif Chandran Rama Muthy berkata syarikat penerbangan akan meningkatkan penerbangan hariannya ke Pulau Pinang dan Langkawi, berkuat kuasa Isnin dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebagai tambahan kepada penerbangan dari Subang.

"Kami juga menawarkan 50,000 tiket sehala bagi semua penerbangan domestik pada RM50, termasuk laluan KLIA-Pulau Pinang/Langkawi, bagi menyambut kejayaan bulan kelimanya sejak dimulakan," katanya dalam satu kenyataan.

Tempoh tempahan bagi promosi berkenaan ialah 11-17 Ogos dengan tempoh perjalanan 20 Ogos, 2013 hingga 31 Mei, 2014.

Syarikat penerbangan juga akan meningkatkan rangkaian antarabangsanya dengan pengenalan penerbangan harian ke dan dari Dhaka, Bangladesh, berkuat kuasa 28 Ogos, dari KLIA.

Penerbangan Dhaka akan diikuti dengan ke New Delhi, India, pada September atau Oktober tahun ini.

Chandran berkata Malindo Air merancang untuk meningkatkan lagi kemudahan perjalanan dan penyambungan penerbangan bagi warga asing memandangkan KLIA terkenal sebagai hab transit di Asia.

Maklumat lanjut: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...