Bursa Malaysia

top_rightads

Thursday, September 12, 2013

Strategi Pengurusan Modal Insan Perlu Kreatif Untuk Tarik Tenaga Kerja Berbakat

6 Zulkaedah 1434


KUALA LUMPUR, 11 Sept, 2013 Malaysia telah mencapai tahap di mana strategi pengurusan modal insan perlu proaktif dan kreatif untuk mengekalkan dan menarik pekerja berbakat, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Mutalib.

Meskipun penawaran pekerja mahir yang berminat dalam pengurusan risiko dan insurans masih kekal sebagai isu kritikal dalam semua ekonomi, beliau berkata usaha untuk membangunkan tenaga kerja bagi industri kewangan perlu menyeluruh dan mengambil kira aliran sekarang dan masa depan.

Bercakap pada Sidang Kemuncak Insurans Malaysia Ketiga 2013 di sini, Rabu, Ismail berkata sudah sampai masanya bagi industri untuk mengiktiraf keupayaan wanita yang berminat untuk bekerja dalam suasana jadual kerja yang fleksibel.

"Syarikat-syarikat yang menawarkan jadual kerja fleksibel merupakan kunci untuk menarik golongan wanita profesional kembali bekerja. Terdapat peluang sama rata bagi kedua-dua jantina tetapi fokus adalah kepada wanita kerana ramai daripada mereka berhenti kerja untuk berkeluarga," katanya.

Ismail berkata pengenalan Peraturan Kerja Sambilan di bawah Akta Kerja 1995 juga bertujuan untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai tenaga kerja berbakat lain yang tidak dimanfaatkan seperti pesara dan orang kurang upaya.

"Apabila diberi peluang, mereka boleh memberi sumbangan besar kepada ekonomi," katanya.

Beliau berkata siswazah dengan pengalaman kerja terhad juga dinasihatkan untuk menimbang mencari kerja di luar daripada bidang pengajian utama mereka.

Oleh kerana sebilangan besar tenaga kerja mencukupi diperlukan oleh industri dalam memenuhi keperluan pelanggan yang semakin arif, pempelbagaian latar belakang pendidikan dan profesional tenaga kerja akan memberi lebih manfaat kepada industri.

Berita lanjut: BERNAMA

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...