30 Syawal 1434
MIRI, 5 Sept, 2013- Shell Malaysia Sdn Bhd membuka Hab Pembelajaran Telaga Asia-Pasifik di bandar ini, yang pertama seumpamanya di rantau Asia Pasifik, bagi latihan khusus dalam industri minyak dan gas.
Hab itu yang memiliki simulator bagi program latihan telaga minyak, merupakan hab ketiga Shell selepas Houston Centre di Amerika Syarikat dan Rijswijk Centre di Belanda.
Pengerusi Shell Malaysia Iain Lo berkata keputusan untuk membuka hab tersebut di bandar ini menunjukkan keyakinan dan keupayaan Shell untuk menyediakan kemudahan latihan bertaraf dunia di negara ini.
"Seperti simulator penerbangan, ia menyediakan pengalaman visual dan pendengaran seperti berada di tapak pelantar dalam persekitaran yang selamat.
"Ini benar-benar merupakan sebuah kemudahan latihan bertaraf dunia," katanya pada majlis perasmian hab tersebut yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu di sini, hari ini.
Sumber berita: BERNAMA
Pages
- Utama
- Terma Dan Syarat
- Hubungi Kami
- Kenali Penulis
- Ekonomi
- Perniagaan
- CSR
- Dasar Kerajaan
- Hartanah
- Istilah Perniagaan
- Keluhan Rakyat
- Kewangan
- Koleksi Dalil Ekonomi
- Komentar
- Komoditi
- Korporat
- Luar Negara
- Modal Insan
- Pelaburan
- Peluang Kekayaan
- M&A
- Percukaian
- Pertanian
- Saham
- Teknologi
- Tips
- Umum
- Keushawanan
- Halal

Friday, September 6, 2013
Shell Buka Hab Pembelajaran Telaga Asia-Pasifik Di Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment