Bursa Malaysia

top_rightads

Thursday, September 12, 2013

Terengganu Inc Bayar Dividen RM20.2 Juta Kepada Enam Agensinya

6 Zulkaedah 1434

KUALA TERENGGANU, 11 Sept , 2013- Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc.) akan membayar dividen RM20.2 juta kepada enam agensinya dalam tempoh terdekat.

Syarikat pegangan pelaburan utama negeri Terengganu itu membuat pembayaran itu kepada Lembaga Tabung Warisan Negeri Terengganu, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Yayasan Terengganu, Yayasan Islam Terengganu (YIT), Yayasan Pembangunan Keluarga dan Menteri Besar Diperbadankan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Wan Ahamad Wan Muda berkata pembayaran tersebut merupakan komitmen syarikat itu kepada agensi di bawahnya untuk melaksanakan agenda mereka.

"Agensi berkenaan kemudiannya akan menyalurkan dividen itu kepada rakyat Terengganu yang layak mengikut peranan agensi terbabit untuk memastikan kebajikan rakyat Terengganu terpelihara," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.

Menurut Wan Ahamad, dividen tersebut akan disalurkan melalui pelaksanaan projek-projek yang dikenal pasti mengikut peranan dan fungsi agensi terbabit.

Menurutnya sehingga kini nilai aset bersih Terengganu Inc. melalui pelaburan dalam anak syarikat, syarikat bersekutu dan lain-lain pelaburan di dalam sektor perladangan, minyak dan gas, hartanah, pelancongan serta hospitaliti, berjumlah RM987 juta.

Berita lanjut: BERNAMA

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...