Bursa Malaysia

top_rightads

Friday, September 6, 2013

SC Sasar Jadikan Negara Pusat Pengurusan Harta Islam

30 Syawal 1434



KUALA LUMPUR, 4 Sept, 2013- Suruhanjaya Sekuriti (SC) menyasar menjadikan Malaysia sebagai pusat pengurusan harta Islam, sasaran yang boleh dicapai memandangkan kadar tabungan tinggi negara.

Pengerusinya Datuk Ranjit Ajit Singh berkata bagi tujuan ini, langkah-langkah sedang diambil untuk mewujudkan sebilangan pengantara dalam bahagian itu.

"Ini ialah usaha yang sedang kami lakukan sekarang. Strateginya ialah kami mendapatkan beberapa syarikat untuk menyertainya," katanya dalam satu syarahan umum Rabu.

Syarahan itu yang bertajuk "Menjadikan Malaysia sebagai Pasaran Pengurusan Harta Islam - Perspektif Pengawal Selia", dianjurkan oleh BNP Paribas Malaysia Bhd dan INCEIF.

Ranjit berkata demikian sebagai menjawab soalan tentang bagaimana Malaysia boleh menjadi pusat pengurusan harta Islam.

Sehingga Julai 2013, menurut laman web SC, terdapat 19 syarikat pengurusan dana Islam berlesen di Malaysia.

Ranjit berkata ketika ini, syarikat pengurusan dana Islam menikmati insentif cukai.

Berita lanjut: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...