Bursa Malaysia

top_rightads

Friday, September 6, 2013

Kerajaan Takrif Semula Pendapatan Braket Golongan Pertengahan

30 Syawal 1434

KUALA LUMPUR, 4 Sept, 2013- Kerajaan akan mentakrifkan semula pendapatan braket golongan pertengahan bagi melayakkan mereka memperoleh bantuan yang bakal diumumkan pada Belanjawan 2014, bulan depan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan mungkin menaikkan pendapatan braket itu antara RM3,000 dan RM4,000.

Golongan berpendapatan sederhana dan rendah masing-masing mewakili 40 peratus daripada penduduk negara ini yang berpendapatan kira-kira RM2,300 dan RM7,000 sebulan.

Namun, bentuk bantuan masih dikaji, dan keputusannya akan diumumkan dalam Pembentangan Belanjawan 2014," katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Sersol Bhd dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, akan membentangkan Belanjawan itu pada 25 Okt.

Ahmad berkata selain itu, penduduk luar bandar merupakan antara fokus kerajaan kali ini dengan pembangunan di kawasan tersebut akan dipercepat.

Selain itu, kerajaan juga merancang meningkatkan aktiviti untuk perusahaan kecil dan sederhana, katanya.

"Selain memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan fokus ini, kerajaan juga menggalakkan program satu daerah satu industri (SDSI)," katanya.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dilaporkan berkata kerajaan akan mengumumkan beberapa pendekatan atau inisiatif bagi mengurangkan bebanan golongan kelas pertengahan dalam Belanjawan 2014.

Menurutnya langkah itu diambil berikutan golongan kelas pertengahan sehingga kini masih belum menerima manfaat daripada pelbagai dasar kerajaan, berbanding golongan berpendapatan rendah.

"Golongan berpendapatan rendah, sebagai contoh, dijangka menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia yang lebih tinggi tahun ini, yang jumlahnya akan diumumkan dalam Belanjawan 2014," katanya.

Berita lanjut: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...