Bursa Malaysia

top_rightads

Monday, September 2, 2013

MAS Teroka Laluan Perjalanan Santai, Perniagaan Di India

26 Syawal 1434


NEW DELHI, 2 Sept, 2013- Malaysia Airlines (MAS) yang menambah Kochi di Kerala sebagai destinasi keenam di India, akan memberi tumpuan yang lebih ke arah menambah laluan yang menawarkan pasaran perniagaan dan santai, kata Naib Presiden Kanan Serantau (Asia Selatan dan Timur Tengah) Azahar Hamid.

Destinasi MAS yang lain di India ialah New Delhi, Mumbai, Chennai, Bangalore dan Hyderabad.

"Kami melihat potensi besar di Kochi, seperti yang anda boleh lihat penduduk Kerala di mana-mana sahaja. Oleh itu, pasaran bukan pemastautin India (NRI) di sini besar," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual sempena penerbangan sulung MAS ke Kochi pada Ahad.

Beliau berkata Kochi telah berkembang dengan pesat di tengah-tengah aliran masuk pelaburan NRI.

"Ini adalah tarikan utama dan MAS memutuskan terbang ke Kochi," katanya.

Penerbangan harian Kuala Lumpur-Kochi menerusi MH118 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 10.30 malam dan tiba di Kochi pada 12:01 manakala penerbangan balik Kochi-Kuala Lumpur menggunakan MH119 berlepas dari Kochi pada 12:50 dan tiba di Kuala Lumpur pada 7:40 pagi.

Pesawat Boeing 737-800 jenama baharu, digunakan untuk laluan baharu itu, katanya.

Azahar berkata penerbangan sulung itu dirancang bertepatan dengan perayaan terbesar di Kerala, Onam, yang disambut pada 16 Sept.

"Penumpang boleh terbang keluar dengan keluarga mereka dan menjadi sebahagian daripada perayaan berwarna-warni ini," katanya.

Berita lanjut: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...