Bursa Malaysia

top_rightads

Wednesday, September 11, 2013

Kerajaan Negeri Perak Sahkan Sungkai Sebagai Hub Industri Pertahanan

4 Zulkaedah 1434

IPOH, 10 Sept, 2013- Kerajaan Negeri Perak mengesahkan Sungkai akan dijadikan hab industri pertahanan dan keselamatan di rantau ini menerusi projek Taman Teknologi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MDSTP) yang bakal dibangunkan di Sungkai hujung tahun ini.

MDSTP ialah projek perkongsian awam-swasta antara Kementerian Pertahanan (Mindef) dan sebuah syarikat tempatan, Masterplan Consulting Sdn Bhd.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata selain dapat memajukan kawasan terbabit, projek industri pertahanan itu dilihat dapat menarik pelaburan dalam dan luar negara dalam memacu Perak ke arah mencapai status negeri maju menjelang 2015.

"(Sebarang) pelaburan untuk industri pertahanan ini masih dalam rangka perancangan. (Mindef dan pihak yang terlibat) telah pun mengemukakan kepada kerajaan negeri tentang perkara-perkara yang akan dilaksanakan."

"Beberapa siri perbincangan pada peringkat kementerian dan kerajaan negeri telah diadakan. Ia (keputusan persetujuan dan persefahaman) akan diumumkan tetapi selepas mendapat kelulusan," katanya kepada Bernama dalam temu bual khas di sini.

Pada 27 Dis, 2011, bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan projek Pusat Industri Pertahanan di Sungkai, yang menarik minat syarikat tempatan dan asing, termasuk dari Eropah dan Amerika Utara bagi tujuan pelaburan.

MDSTP akan menjadi taman teknologi pertahanan utama dengan infrastruktur dan perkhidmatan yang canggih bagi mempercepatkan pembangunan modal insan, penyelidikan dan pembangunan (R&D), sains, teknologi dan inovasi tempatan untuk keselamatan pertahanan dan agensi penguat kuasa.

Projek itu disasarkan untuk membuka peluang besar dalam perniagaan baharu, selain menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri dan negara.

Sektor sasaran untuk projek itu termasuk aeroangkasa dan avionik, automotif, maritim, persenjataan pertahanan dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta lain-lain yang memberikan sokongan kepada industri pertahanan dan sekuriti.

Berita lanjut: BERNAMA

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...