Bursa Malaysia

top_rightads

Friday, September 6, 2013

Pos Malaysia Sasar Kembangkan Operasi Menerusi M&A

30 Syawal 1434

KUALA LUMPUR, 5 Sept, 2013- Pos Malaysia Bhd berhasrat mengembangkan operasinya menerusi penggabungan dan pengambilalihan (M&A) melalui bahagian perniagaan antarabangsanya, kata pengerusi Tan Sri Mohd Khamil Jamil.

Pada masa ini, beliau berkata syarikat sedang mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan di Timur Tengah.

Beliau berkata perbincangan telah lama berlangsung tetapi disebabkan selok-belok niaga janji antarabangsa, syarikat masih lagi mencari pasaran sasaran seberang laut yang lain.

"Kami mencari rakan niaga terbaik yang kami sama-sama boleh bawa meneroka ke pasaran seberang laut," kata beliau kepada kepada pemberita selepas mesyuarat pemegang saham Pos Malaysia Khamis.

"Perniagaan antarabangsa itu ialah antara bidang yang saya percaya Pos Malaysia boleh manfaatkan dan dengan rangkaian yang DRB-Hicom Bhd ada, kami boleh bergerak maju dan menjadi peserta serantau dalam tempoh terdekat," kata Mohd Khamil.

Pos Malaysia, unit kepada DRB-Hicom, turut merancang membuka 30 lagi cawangan tambahan ArRahnu@POS dalam tahun kewangannya yang berakhir 31 Mac, 2014.

Setakat ini, 70 cawangan ArRahnu telahpun beroperasi seluruh negara.

"Kami percaya ArRahnu ialah antara bidang perniagaan yang Pos Malaysia boleh menyumbang secara signifikan kepada rakyat Malaysia serta membantu dalam keperluan pembiayaan mereka," kata Mohd Khamil.

Berita lanjut: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...