5 Zulkaedah 1434
KUALA LUMPUR, 10 Sept, 2013- Petronas hari ini mengesahkan anak syarikatnya, PC Venezuela Ltd, memutuskan untuk menarik balik penyertaan 11 peratusnya dalam projek Carabobo.
Dalam jawapan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama, jurucakap syarikat minyak nasional itu berkata ia telah memaklumkan perkara ini kepada pihak berkuasa Venezuela pada 27 Ogos, 2013.
Petronas diminta untuk menjelaskan tentang laporan berita yang menyatakan ia menarik diri daripada salah satu projek petroleum terbesar di Orinoco, Venezuela.
Pada Mei 2010, Petronas, bersama-sama dengan rakan kongsinya Repsol YPF, ONGC Videsh Ltd, Indian Oil Corp Ltd dan Oil India Ltd, memeterai perjanjian usaha sama dengan Petroleos De Venezuela S.A. (PDVSA) bagi pembangunan dan pengeluaran hidrokarbon daripada projek Carabobo di wilayah Orinoco, Venezuela.
Konsortium yang dianggotai Petronas (11 peratus), ONGC Videsh (11 peratus), Repsol (11 peratus), Indian Oil Corp (3.5 peratus) dan Oil India (3.5 peratus) pada Feb 2010 dipilih oleh kerajaan Venezuela bagi memegang 40 peratus kepentingan pemilikan dalam satu syarikat usaha sama yang akan membangunkan blok Carabobo 1 Norte dan Carabobo 1 Centro yang terletak di kawasan kaya dengan minyak di Orinoco.
Corporacion Venezolana del Petroleo (CVP), anak syarikat PDVSA yang merupakan syarikat minyak negara Venezuela, memegang 60 peratus kepentingan ekuiti dalam projek tersebut.
Kepentingan Petronas dalam syarikat usaha sama itu dipegang menerusi anak syarikat milik penuhnya, PC Venezuela Ltd.
Mengikut terma perjanjian itu, syarikat usaha sama tersebut akan membina kemudahan pengeluaran minyak besar, menaik taraf kemudahan dan prasarana berkaitan.
Syarikat itu mempunyai lesen bagi tempoh 25 tahun dengan potensi lanjutan 15 tahun lagi.
Berita lanjut: BERNAMA
Pages
- Utama
- Terma Dan Syarat
- Hubungi Kami
- Kenali Penulis
- Ekonomi
- Perniagaan
- CSR
- Dasar Kerajaan
- Hartanah
- Istilah Perniagaan
- Keluhan Rakyat
- Kewangan
- Koleksi Dalil Ekonomi
- Komentar
- Komoditi
- Korporat
- Luar Negara
- Modal Insan
- Pelaburan
- Peluang Kekayaan
- M&A
- Percukaian
- Pertanian
- Saham
- Teknologi
- Tips
- Umum
- Keushawanan
- Halal

Wednesday, September 11, 2013
Petronas Sahkan Tarik Diri Daripada Projek Carabobo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com
ReplyDeleteAsa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com