Bursa Malaysia

top_rightads

Monday, September 9, 2013

GLC Diingat Tidak Terlalu Mendengar Kata-kata Konsultan

4 Zulkaedah 1434

PUTRAJAYA, 9 Sept, 2013 - Denda sebanyak RM10 juta yang dikenakan ke atas Malaysia Airlines (MAS) kerana melanggar Akta Persaingan harus dijadikan sebagai peringatan kepada semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terutama Khazanah Nasional supaya tidak terlalu mendengar kata-kata konsultan yang dilantik.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata GLC tidak seharusnya terlalu mendengar nasihat dari konsultan kerana mereka lebih mengutamakan keuntungan sehingga tidak mengendahkan undang-undang negara.

"Urus tadbir yang baik harus diamalkan oleh GLC terutamanya Khazanah kerana ia membabitkan wang rakyat dan saya ingin menyatakan kekesalan atas apa yang berlaku terhadap MAS yang didenda kerana melanggar akta anti monopoli," kata beliau.

"Sepatutnya, perkara ini tidak terjadi dan pengurusan Khazanah tidak boleh lepas tangan dalam hal ini dengan menyatakan tidak tahu menahu mengenai akta anti monopoli berkenaan," kata beliau pada sidang media selepas lawatan kerja pertama ke Jabatan Audit Negara hari ini.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga selaku Pengerusi Khazanah tidak boleh dipersalahkan kerana saya percaya beliau tidak diberi nasihat yang betul dalam hal ini," kata beliau.

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mendenda masing-masing sebanyak RM10 juta terhadap MAS dan AirAsia Bhd di bawah Akta Persaingan 2010 selepas mendapati perjanjian yang dimeterai kedua-dua syarikat penerbangan itu pada 9 Ogos 2011 mempunyai matlamat berkongsi pasaran penerbangan domestik yang melanggar akta berkenaan.

Nur Jazlan berkata PAC akan memberikan tumpuan dan meneliti semua pelaburan yang dilakukan Khazanah sama ada yang mendatangkan keuntungan atau kerugian kepada kerajaan dengan mahu syarikat berkenaan melaporkan segala pelaburan yang dilakukan sama ada untung atau rugi.

Beliau berkata PAC juga akan memberi tumpuan kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang menjadi sasaran pembangkang dengan meneliti semua portfolio pelaburan bagi mengikis tanggapan negatif terhadap projek ini.

"Ini kerana terlalu banyak fakta dan maklumat mengenai 1MDB ini, di mana ia diputar belit pembangkang hingga menimbulkan pelbagai persepsi negatif terhadap kerajaan," katanya.

Menurut beliau jawantankuasa itu juga memastikan pinjaman yang diuruskan 1MDB melalui jaminan kerajaan ini digunakan sebaik-baiknya kerana ia membabitkan perbelanjaan kepada kerajaan.

Selain itu, beliau turut meminta Kementerian Pelajaran supaya memberi penjelasan mengenai projek BestariNet yang diberikan kepada sebuah syarikat swasta.

"Terdapat rungutan dan aduan berhubung rasionalnya projek BestraiNet ini kerana diberikan kepada syarikat yang tidak mempunyai infrastruktur komunikasi yang lengkap," kata Nur Jazlan.

Menurut beliau, projek itu seharusnya diberikan kepada Telekom Malaysia Bhd yang sudah mempunyai infrastruktur yang lengkap bagi membangunkan BestariNet melalui inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan dan sudah melaksanakan pembangunan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi.

Sumber berita: BERNAMA

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...