Bursa Malaysia

top_rightads

Wednesday, September 11, 2013

SPAD Selesai Rundingan Projek Kereta Api Kelajuan Tinggi Pada Suku Ketiga Dan Keempat 2014

5 Zulkaedah 1434
KUALA LUMPUR, 10 Sept, 2013- Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mahu menyelesaikan rundingan projek kereta api laju sejauh 330 kilometer antara Kuala Lumpur-Singapura pada suku ketiga atau keempat tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Nur Ismail Mohamed Kamal berkata rundingan antara SPAD dan pihak berkuasa di Singapura bermula bulan depan.

"Kami baru memulakan proses berhubung dengan pihak Singapura," katanya pada taklimat media selepas pelancaran Persidangan dan Pameran Antarabangsa Perniagaan Rel Asia 2013 di sini Selasa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Apabila siap, projek itu dijangka dapat mengurangkan masa perjalanan antara kedua-dua negara kepada 90 minit serta meningkatkan ekonomi dan hubungan sesama penduduk.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata masih terlalu awal untuk membuat keputusan mengenai bagaimana dan bila projek jajaran kedua dan ketiga MRT dijalankan.

Beliau berkata suruhanjaya itu telah melakukan semua kajian yang diperlukan untuk projek berkenaan.

Namun katanya tidak sepatutnya ada jurang antara pembinaan semasa MRT Sungai Buloh-Kajang, yang dijadualkan siap pada 2016, dan jajaran kedua dan ketiga MRT.

Berita lanjut: BERNAMA

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...