Bursa Malaysia

top_rightads

Wednesday, September 11, 2013

Negara Mesti Tingkatkan Rantaian Nilai Untuk Terus Mampan

5 Zulkaedah 1434


KUALA LUMPUR, 10 Sept, 2013- Malaysia mesti menggerakkan rantaian nilainya melangkaui pembuatan dan pengeluaran untuk kekal mampan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata untuk mencapai matlamat ini, negara memerlukan pemimpin dengan pemikiran baharu, keupayaan yang lebih segar dan kemahiran khusus.

"Pemimpin kita mesti boleh mengenal pasti peluang global bagi meningkatkan rantaian nilai kita," kata beliau.

Mustapa berkata demikian pada majlis pelancaran rangkaian Siri Kepimpinan 2013, bertujuan memajukan pemimpin generasi akan datang.

Acara Siri Kepimpinan ini yang menarik 250 profesional muda, dianjurkan oleh GlobalNxt University dengan kerjasama Young Corporate Malaysians.

Terdahulu, Mustapa berkata pendidikan kekal sebagai pemboleh penting dan signifikan kepada perjalanan transformasi Malaysia menjadi ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

GlobalNxt University, merupakan sebahagian daripada rangkaian Manipal Education ialah universiti berdaftar Malaysia, berpengkhususan dalam pendidikan dalam talian.

Berita lanjut: BERNAMA

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...