Bursa Malaysia

top_rightads

Thursday, September 12, 2013

Najib Minta Rakyat Malaysia Tingkatkan Usaha Untuk Lebih Celik Kewangan

7 Zulkaedah 1434

KUALA LUMPUR, 12 Sept, 2013- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa rakyat Malaysia supaya melipatgandakan usaha untuk memastikan akses yang lebih luas kepada pembiayaan dan celik kewangan yang lebih besar.

Beliau berkata walaupun Malaysia telah mencapai kemajuan yang ketara dari segi akses kepada celik kewangan dan kredit, terdapat banyak lagi yang perlu dilakukan.

"Wawasan kita ialah untuk melengkapkan semua rakyat Malaysia dengan pemahaman penting pengurusan kewangan yang baik, menyediakan mereka dengan cara-cara dan peluang untuk memperbaiki kedudukan kewangan mereka dan meyakinkan mereka tentang hak untuk layanan adil sebagai pengguna kewangan," kata beliau dalam ucapannya pada majlis penutup Forum Dasar Global (GPF) di sini, Khamis.

Dalam merealisasikan wawasan ini, Najib berkata tanggungjawab perlu dikongsi antara kerajaan, melalui pendidikan yang sesuai dan tanggungjawab pembangunan, pengawal selia, melalui rangka kerja pengawalseliaan yang memudah cara dan standard perlindungan pengguna yang kukuh, industri kewangan, melalui inovasi bertanggungjawab dan amalan kewangan dan pengguna individu, melalui proses pilihan yang sesuai dan pengurusan kewangan berhemah.

Sementara itu, GPS yang berlangsung tiga hari diakhiri dengan pengisytiharan Perjanjian Sasana, yang mengukuhkan lagi komitmen rangkaian Perikatan untuk Rangkuman Kewangan (AFI) kepada Perisytiharan Maya, membawanya ke tahap yang seterusnya melalui penggunaan penilaian kesan yang sistematik untuk memastikan sasaran diukur bagi rangkuman kewangan.

Melalui Perjanjian Sasana itu, strategi dan penggubalan dasar rangkuman kewangan akan menyaksikan bukti dan keputusan berasaskan data yang menyumbang kepada mempercepatkan kemajuan dan penilaian kesan, kata beliau.

Najib berkata keupayaan untuk berkongsi cabaran, idea dan pengalaman yang sama dalam kalangan pembuat dasar di seluruh dunia boleh membantu dalam membuat keputusan yang lebih baik.

Beliau berkata GPF adalah bukti kepada potensi besar yang boleh dicapai melalui kerjasama.

Berita lanjut: BERNAMA

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...