Bursa Malaysia

top_rightads

Monday, September 9, 2013

Felcra Sedia Lancar Pembangunan Bercampur Di Jalan Semarak Awal Tahun 2014

4 Zulkaedah 1434

KUALA LUMPUR, 9 Sept, 2013- Felcra Bhd sedia melancarkan pembangunan utama di Jalan Semarak di sini awal tahun depan, dengan nilai pembangunan kasar awalnya sebanyak RM900 juta, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ramlee Abu Bakar.

Beliau berkata pembangunan itu merupakan sebahagian daripada strategi syarikat untuk meluaskan perniagaan dalam sektor hartanah dan mengurangkan segmen perniagaan kelapa sawit dan getah.

"Kami sedang menunggu kelulusan Kementerian Kewangan. Sebaik memperolehnya, kami akan memulakan projek itu," katanya kepada pemberita selepas menandatangani Ikrar Integriti Korporat antara Felcra dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)Malaysia, di sini Isnin.

Pemeteraian ikrar itu disaksikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.

Ramlee berkata pembangunan itu membabitkan menara pejabat, kondominium dan pusat perniagaan.

Projek itu akan dibangunkan menerusi dua fasa, dengan fasa pertama menelan belanja RM300 juta, katanya.

Menurut Ramlee, Felcra juga sedang mengenal pasti pemaju berkelayakan untuk bersama-sama membangunkan projek di kawasan seluas 1.8 hektar.

Mengenai penyenaraian Felcra, Pengerusinya Datuk Bung Moktar Radin berkata Felcra masih mengenal pasti anak syarikatnya untuk di senarai di Bursa Malaysia dalam tempoh satu dan dua tahun, dan menambah anak syarikat terbabit terdiri daripada firma yang tidak berkait dengan ladang.

Berita lanjut: BERNAMA

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...