Bursa Malaysia

top_rightads

Wednesday, September 11, 2013

Bank-bank di Malaysia Masih Kukuh

5 Zulkaedah 1434

KUALA LUMPUR, 10 Sept, 2013- Bank-bank Malaysia kukuh kerana mereka tidak terlibat dalam instrumen kewangan berisiko seperti derivatif, kata pakar pelaburan terkemuka Dr Marc Faber.

"Tidak seperti bank-bank AS, bank Malaysia teguh dan mereka tidak terlibat dalam derivatif atau pertaruhan," katanya pada sidang akhbar selepas membuat pembentangan bertajuk "Investment Strategy -- Where's the Money?" di sini, Selasa.

Faber, penerbit laporan popular Gloom, Boom & Doom berkata, meskipun prospek negatif oleh Fitch Ratings ke atas Malaysia baru-baru ini, negara berada di kedudukan lebih baik berbanding negara-negara sedang pesat membangun lain.

Apabila diberikan pilihan antara ekuiti AS dan Malaysia, Faber menyatakan ia lebih berminat pada ekuiti Malaysia.

"Ekuiti Malaysia tidak menarik. Tetapi ia stabil, disokong oleh ekonomi seimbang ditambah dengan tiada risiko negatif utama," katanya.

Keadaan kewangan Malaysia, kata Faber, merupakan antara yang paling kukuh di dunia pada hari ini kerana pengurusan sistem kewangannya yang berhemat.

Menurutnya, di Malaysia, beliau memiliki saham beberapa syarikat dalam sektor pengguna serta sektor perbankan seperti Public Bank dan Malayan Banking Bhd.

Beliau berkata saham dalam sektor pengguna agak murah beberapa tahun lepas dan sekarang ia berharga penuh, dengan turun naik yang terhad.

"Meskipun ia tidak akan meletus, ia masih boleh berkembang dalam tempoh jangka panjang, selari dengan ekonomi negara," katanya.

Berita lanjut: BERNAMA

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...