Bursa Malaysia

top_rightads

Thursday, September 12, 2013

AFI Bawa Agenda Rangkuman Kewangan Satu Langkah Ke Hadapan Melalui "Sasana Accord"

6 Zulkaedah 1434


KUALA LUMPUR, 11 Sept , 2013- Ahli-ahli Alliance of Financial Inclusion (AFI) akan memperluaskan komitmen mereka dengan membawa agenda rangkuman kewangan satu langkah ke hadapan menerusi pewujudan "Sasana Accord".

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata "Sasana Accord", akan diumumkan esok dan dipengerusikan oleh Jawatan Kuasa Pemandu AFI, adalah berasaskan kepada Pengisytiharan Maya 2009.

Pengisytiharan Maya ialah satu pernyataan prinsip bersama berkaitan dengan pembangunan dasar rangkuman kewangan yang dibuat oleh sekumpulan institusi peraturan negara-negara membangun, dengan BNM telah menetapkan matlamat 95 peratus rangkuman kewangan menjelang 2014.

"Jumlah populasi dewasa kita yang mempunyai akaun perbankan pada masa ini ialah 95 peratus, jadi, ia memang tinggi," kata beliau dalam persidangan akhbar selepas forum Dasar Global AFI 2013 di sini Rabu.

Terdahulu, Queen Maxima dari Belanda, yang juga merupakan Setiausaha Agung Pembela Khas bagi kewangan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Penaung Kehormat Kumpulan 20 Kerjasama Global untuk Rangkuman Kewangan, turut menyampaikan ucap tama pada forum itu.

Zeti maklum fokus sebenar pada masa ini ialah meningkatkan akses kepada pembiayaan, di mana industri digalakkan memperkenalkan produk yang boleh memenuhi keperluan perniagaan dan pada masa yang sama, mengekalkan amalan peminjaman bertanggungjawab.

"Kita tidak mahu berlakunya peminjam berakhir dengan hutang yang tinggi," kata beliau.

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...