Bursa Malaysia

top_rightads

Tuesday, September 10, 2013

Brainy Bunch Bakal Buka Empat Cawangan Prasekolah Di Terengganu Bermula Oktober

4 Zulkaedah 1434

KUALA TERENGGANU, 9 Sept, 2013- Syarikat pendidikan prasekolah montessori Islam, Brainy Bunch akan mewujudkan empat cawangan prasekolah di negeri ini bermula Oktober.

Pengasasnya Mohd Fadzil Hashim berkata empat cawangan baharu prasekolah itu ialah di Kuala Terengganu, Gong Badak, Kerteh dan di Kemaman sebagai usaha membantu umat Islam di negeri ini memberi pendidikan Islam yang lebih moden kepada anak-anak mereka di peringkat awal usia.

"Biasanya kita dengar, kalau sebut tadika Islam mesti memberi penekanan terhadap hafaz surah-surah lazim, bacaan doa serta amali solat, namun di Brainy Bunch kami menambah dua lagi elemen pendidikan iaitu menggunakan kaedah pembelajaran montessori dan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium bahasa utama.

"Kita mahu anak-anak ini membesar dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai khalifah Islam yang sejati dengan berdakwah penuh hikmah, terutama kepada orang bukan Islam di luar sana," katanya ketika ditemui Bernama di program Klinik Keluarga-Membina Fitrah Anak di Masjid Al Muktafi Billah Shah di sini Isnin.

Seramai 500 peserta hadir ke program itu yang diadakan secara percuma oleh Brainy Bunch sebagai tanggungjawab sosial korporatnya kepada masyarakat.

Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan panel syariah Brainy Bunch, iaitu pendakwah terkenal Isfadiah Dasuki.

Sehingga kini, Brainy Bunch memiliki 39 prasekolah di seluruh negara dengan 2,600 pelajar serta merancang 37 lagi pembukaan cawangannya di seluruh negara sebelum akhir tahun ini.

Brainy Bunch yang ditubuhkan pada tahun 2010 bertujuan menjadi alternatif kepada sistem pembelajaran Islam dengan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai persediaan melahirkan generasi muda Islam yang berketrampilan dan mampu berdakwah di seluruh dunia.

Berita lanjut: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...