Bursa Malaysia

top_rightads

Thursday, December 20, 2012

Undang-undang Baharu Perbankan Islam Dan Takaful Di Peringkat Akhir Proses Enakmen

6 Safar 1434

KUALA LUMPUR, 19 Disember 2012- Rangka kerja undang-undang baharu bagi perbankan Islam dan takaful kini di peringkat akhir proses enakmen, kata Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Rabu.

Beliau berkata undang-undang baharu itu bertujuan untuk menggalakkan kepastian terhadap layanan undang-undang dan kawal selia urus niaga kewangan Islam dengan menyediakan pengiktirafan undang-undang kepada keperluan kontrak selaras dengan Syariah.

"Ini menyediakan persekitaran undang-undang menyeluruh di mana di bawahnya aktiviti perkongsian keuntungan dan risiko yang efektif boleh dilaksanakan, merangkumi semua aspek urus niaga kewangan Islam," katanya pada Siri Syarahan Serantau Bank Pembangunan Islam mengenai Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Islam di Jakarta.

Maklumat lanjut: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...