Bursa Malaysia

top_rightads

Thursday, December 27, 2012

MAIS Zakat Mahu Keluarkan Lebih Ramai Usahawan Muslim

14 Safar 1434

KUALA LUMPUR, 27 Disember 2012- MAIS Zakat Sdn Bhd, anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor, merancang mengeluarkan lebih ramai usahawan selaras dengan usahanya mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan orang Islam.

Pegawai Pemasarannya, Fasihah Mat Radzi berkata MAIS Zakat yang ditubuhkan pada Mac tahun lepas, mempunyai objektif yang antaranya menyemai semangat keusahawanan di kalangan asnaf sekali gus membantu mereka keluar dari kategori asnaf.

Selain itu, MAIS Zakat juga membantu mengenal pasti kursus dan latihan kemahiran untuk golongan asnaf dan memadankan kerja yang sesuai untuk mereka bagi keluar dari kategori asnaf.

"Sekarang ini, kita ada banyak program keusahawanan di bawah syarikat di mana antaranya adalah pasar rakyat, kedai burger, lori makanan bergerak, jadi setiap program itu ada usahawan tersendiri," katanya kepada Bernama di dalam satu temu ramah baru-baru ini.

"Di bawah Bahagian Pembangunan Produk dan Pemasaran yang saya kelolakan sahaja, ada 17 usahawan," katanya.

Katanya, untuk pembangunan produk, MAIS Zakat akan bertindak sebagai pembiaya dan akan membantu dari segi pelabelan dan cap halal.

Bagi usahawan yang baru bermula, untuk mendapatkan label halal, Fasihah berkata syaratnya mesti ada premis dan bagi usahawan-usahawan berkenaan, mereka tiada premis sekali gus menyukarkan mereka untuk mendapatkan sijil halal.

"Label yang ada di produk kita ada tertera `Usahawan di bawah bimbingan MAIS Zakat Sdn Bhd, jadi bila produk itu berada di pasaran, orang tengok produk MAIS sahaja, orang tahu ini adalah produk untuk Muslim.

 "Kita berharap, dengan bantuan label itu, produk-produk sebegini akan lebih banyak dikeluarkan.

Maklumat lanjut : BERNAMA


1 comment:

  1. Ini adalah satu pengumuman kepada orang awam. Saya Fadilah dari Surabaya, Indonesia dan saya ingin menggunakan media ini untuk memberi amaran / mendidik orang awam tentang mendapatkan pinjaman dalam talian.
    Satu-satunya firma anda boleh mendapatkan pinjaman dalam talian adalah Dubril Firma Pinjaman.
    Saya menghubungi Dubril Firma Pinjaman ketika saya memerlukan pinjaman segera dan saya telah ditawarkan pinjaman pada kadar faedah sebanyak 2%.
    Hubungi Dubril Firma Pinjaman melalui e-mel pada dubrilloanfirm@gmail.com.
    Jika anda memerlukan sebarang bantuan atau maklumat mengenai cara untuk pergi tentang proses pinjaman, sila hubungi saya melalui e-mel bfadilah8@gmail.com saya.
    Tuhan merahmati kamu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...