Bursa Malaysia

top_rightads

Thursday, December 20, 2012

Beras Pula Dijadikan Skim Pelaburan?

6 Safar 1434


Kuching: Pelabur skim ‘Beras 1Malaysia’ semalam merayu supaya wang pelaburan mereka dipulangkan.

Seorang pelabur, Poten Medew, 60, merayu syarikat Dynamic Wira Marketing Sdn Bhd mengembalikan wangnya serta pelabur lain kerana mereka mengeluarkan semua wang yang disimpan sejak berpuluh tahun untuk melabur di dalam skim itu.  “Saya cuma mahu wang yang dikumpul sejak mula bekerja dikembalikan.
“Janganlah menganiaya kami hanya disebabkan kami orang kampung dan tidak berpendidikan tinggi,” katanya kepada pemberita dengan nada sedih ketika ditemui di Kuching, semalam.

Poten yang mengusahakan kedai runcit dan kebun getah melabur semua wang simpanan berjumlah RM836,000, manakala anaknya, Tito Ball, 33, melabur RM334,420 dalam syarikat yang berpejabat di Batu 10, Siburan di sini.

Beliau adalah antara 12 pelabur yang membuat laporan Bank Negara Malaysia (BNM) Kuching, semalam, bagi membolehkan tindakan diambil terhadap dalang skim berkenaan.

Mereka yang hadir ke BNM seawal jam 8 pagi membuat laporan dan memberi kenyataan secara berkumpulan sebelum diberi taklimat oleh pegawai Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mengenai tindakan yang boleh diambil mereka.

Akhbar semalam melaporkan kira-kira 100 pelabur skim ‘Beras 1Malaysia’ kerugian lebih RM10 juta selepas terpedaya dengan syarikat pelaburan tidak berlesen sejak Mei lalu.

Maklumat lanjut : BH Online

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...