Bursa Malaysia

top_rightads

Friday, February 27, 2015

Saham TM Dijangka Cecah RM7.75?

7 Jamadil Awal 1436

Saham Telekom Malaysia Bhd dijangka diniagakan tinggi selepas AllianceDBS Research menaikkan harga sasarannya (TP) seringgit lebih tinggi kepada RM7.75, mencerminkan prospek pertumbuhan syarikat itu yang lebih baik.

 Firma penyelidikan itu , menerusi laporan BERNAMA telah menaikkan penarafan TM kepada saranan 'beli', daripada 'simpan', berikutan pendapatan teras syarikat telekomunikasi itu mengatasi jangkaan.

TM mencatat keuntungan sebelum cukai lebih tinggi kepada RM1.10 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2014 berbanding RM1.04 bilion pada 2013, dipacu oleh Perolehan Purata Setiap Pengguna (ARPU) yang tinggi bagi perkhidmatan Internet.

Prestasi TM yang memberangsangkan itu sebahagian besarnya didorong oleh ARPU yang tinggi bagi perkhidmatan Unifi dan Streamyx, serta prestasi bahagian borong dan global yang lebih baik .Permintaan untuk jalur lebar yang lebih tinggi kekal kukuh, dengan 48 peratus daripada pelanggan Streamyx kini pada pakej 4 megabit sesaat (Mbps) dan mengatasi (tahun kewangan 2013: 41 peratus).

"Dengan ini, kami menaikkan pendapatan sesaham (EPS) tahun kewangan 2015-2016 TM sebanyak tujuh kepada sembilan peratus.Firma penyelidikan itu juga berkata peluang pertumbuhan dalam spektrum Evolusi Jangka Panjang (LTE), Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Fasa 2 (HSBB2) dan Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) menyediakan pemangkin yang berpotensi kepada TM.

"Kami menjangka projek HSBB2 dan SUBB yang bernilai RM3.4 bilion itu akan terus memacu pertumbuhan TM berikutan ia melaksanakan rangkaian berkelajuan tinggi di lebih banyak kawasan," katanya.

Sementara itu, katanya, pengambilalihan P1 (yang memiliki spektrum LTE) akan turut membuka pasaran baharu untuk TM dalam segmen mudah alih, terutamanya dalam data yang membolehkan TM memanfaatkan rangkaian talian tetapnya

Sumber: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...