Bursa Malaysia

top_rightads

Sunday, March 8, 2015

Umur Persaraan 60 tahun Sudah Memadai

18 Jamadil Awal 1436

Kerajaan digesa tidak melayan desakan sesetengah pihak agar umur persaraan kakitangan kerajaan dilanjutkan kepada 62 tahun. Ini berikutan kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) terhadap permintaan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)supaya umur persaraan wajib penjawat awam dilanjutkan kepada 62 tahun daripada 60 tahun seperti yang dilaporkan di Utusan Online.

Bersyukurlah, jangan jadi seperti diberi betis hendakkan peha pula. Ini memandangkan kerajaan baru sahaja menjadikan umur persaraan wajib dari 55 tahun kepada 60 tahun.Walaupun cadangan ini untuk kakitangan kerajaan, takut-takut nanti ianya juga diwajibkan ke sektor swasta.

Dasar umur persaraan 60 tahunpun telah menyebabkan para majikan di Malaysia terpaksa membuat pelarasan dengan mengurangkan pengambilan pekerja baru dan ianya secara tidak langsung menutup peluang pekerjaan bagi golongan muda. Walaupun ada pihak yang cuba mengelak fakta ini, namun bagi siapa yang bekerja di sektor swasta, ianya fakta yang tidak boleh dinafikan secara mutlak. Ada sesetengah majikan juga terpaksa mengurangkan pemberian bonus atas sebab terpaksa menanggung kos pekerja yang perlu dilanjutkan selama 5 tahun lagi.

Apa yang penting, majikan perlu diberikan peluang untuk membuat penyesuaian dalam tempoh lanjutan 5 tahun pertama umur persaraan wajib 60 tahun dilaksanakan. Sebarang pekerjaan selepas umur selepas 60 tahun , ianya perlu ditentukan oleh persekitaran pasaran dan kebolehan setiap individu masing-masing dan bukannya bersifat wajib. Umur persaraan 60 tahun dilihat sudah cukup memadai. bersyukurlah.

Wallahualam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...