Bursa Malaysia

top_rightads

Saturday, March 7, 2015

Harga Hartanah Tinggi Lembabkan Ekonomi Negara

17 Jamadil Awal 1436

Kos pembelian hartanah yang tinggi bakal melembabkan ekonomi negara dalam jangka masa yang panjang. Ini adalah kerana, kuasa membeli rakyat akan berkurangan disebabkan mereka terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang agak besar membayar ansuran bulanan pembelian hartanah yang tinggi.

Kos hartanah yang mencecah lebih daripada RM300,000 sebuah  di kawasan jauh daripada pusat bandar utama dilihat tidak munasabah dan ianya bersifat spekulatif dan pengambilan keuntungan yang berlebihan daripada pengusaha atau pemaju hartanah. Lebih malang lagi, ada hartanah yang dibeli secara borong oleh agen-agen hartanah dan pembeli terpaksa berurusan dengan orang tengah pula.

Ibarat jatuh ditimpa tangga, rakyat terpaksa membelanjakan pula sejumlah wang yang banyak pula untuk berulang alik ke tempat kerja ke bandar.Keadaan ini jika tidak dikawal akan menyebabkan sebarang suntikan ke atas ekonomi pada masa akan datang tidak akan memberikan kesan kerana ianya perlu disalurkan ke sektor hartanah dan persolannya, adakah pemaju hartanah yang bersifat tamak ini menjadi punca ekonomi negara berada dalam keadaan kelembapan. Isu ini perlu diberi kajian dan perhatian agar langkah yang sewajarnya dapat diambil oleh pihak berkuasa.

Wallahuam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...