Bursa Malaysia

top_rightads

Saturday, February 21, 2015

Kerajaan Digesa Gazetkan Perumahan Awam

29 Rabiul Akhir 1436

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani menggesa agar tapak-tapak perumahan awam sedia ada perlu digazetkan untuk kekal sebagai kawasan perumahan awam de­ngan tanggungjawab pembangunan semula hanya diberikan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi geran peruntukan daripada kerajaan.Beliau berkata, penglibatan pihak swasta dalam pemba­ngunan semula mesti hanya sebagai kontraktor dan bukannya sebagai pemaju bagi mengelakkan golongan berkenaan mengambil sebahagian tanah-tanah tersebut untuk keuntungan komersial.
Gambar Link : Sinar Harian

Katanya, pembangunan komersial di atas tapak perumahan awam akan mengakibatkan penawaran perumahan awam di takuk yang lama, sedangkan permintaan untuk rumah-rumah perumahan awam sudah mencecah lebih 40,000 unit. Pembinaan perumahan awam ini tidak akan menguntungkan, oleh sebab itu, kerajaan perlu menyediakan geran khas kepada DBKL untuk membangunkan semula rumah-rumah perumahan awam ini dan menyewakannya semula kepada mereka yang berpendapatan rendah.

“Rumah-rumah perumahan awam ini tidak boleh dijual dan mesti dikhaskan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah di bandar raya Kuala Lumpur,” katanya seperti dipetik melalui  Utusan Malaysia hari ini.

Sumber: Utusan Online

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...