29 Jamadil Awal 1436
Jabatan Perikanan Pulau Pinang akan menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar menyebabkan ribuan ikan duri mati dan ditemui terapung di permukaan air sepanjang Sungai Kerian hingga pintu air Ampang Jajar, di sini.
Pengarahnya Abdullah Md Dan berkata beliau telah mengarahkan satu pasukan khas menjalankan siasatan berkenaan dan pegawainya telah mengambil sampel air sungai itu.
"Kita ada menerima aduan dan laporan daripada penduduk berkenaan kejadian dan saya percaya tidak mustahil kematian ikan itu disebabkan pencemaran toksik yang dilepaskan ke dalam sungai oleh kilang berhampiran.
"Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan dan kami masih menunggu sampel air yang diambil untuk dihantar ke Bahagian Biosekuriti untuk ujian lanjut," kata Abdullah ketika dihubungi oleh BERNAMA.
BERNAMA melaporkan Khamis ribuan ikan duri mati dan ditemui terapung di permukaan air sepanjang perairan Sungai Kerian hingga ke pintu air Ampang Jajar, sejak dua hari lepas.
Sumber berita dipetik daripada BERNAMA
No comments:
Post a Comment