18 Safar 1437
Negara bakal melihat akan kewujudan sebuah lagi entiti perbankan Islam lengkap besar secara tunggal(tidak mempunyai syarikat induk konvensional), selain daripada Bank Islam. Menurut Pengerusi Bank Muamalat, Tan Sri Dr Munir Majid, rundingan penggabungan di antara Bank Muamalat dan Malaysia Building Society Bhd (MBSB) berjalan lancar walaupun belum dimuktamadkan. Namun begitu kemajuan rundingan setakat ini adalah baik.
Bank Negara Malaysia memberi kelulusan kepada Bank Muamalat dan MBSB untuk memulakan rundingan penggabungan pada 30 September, langkah yng akan membuka jalan untuk penubuhan bank Islam terbesar di negara ini.
Bank Pusat itu menetapkan rundingan penggabungan itu dimuktamadkan dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh kelulusan.
Sebelum ini dilaporkan, jika rundingaan penggabungan berjaya, saiz gabungan aset kedua-dua pemberi pinjaman itu dianggarkan lebih RM60 bilion, lebih tinggi daripada RM54 bilion saiz aset BIMB Holdings Bhd, syarikat pegangan Bank Islam Malaysia Bhd, bank Islam lengkap terbesar Malaysia.
Sumber dipetik dari : BERNAMA
Pages
- Utama
- Terma Dan Syarat
- Hubungi Kami
- Kenali Penulis
- Ekonomi
- Perniagaan
- CSR
- Dasar Kerajaan
- Hartanah
- Istilah Perniagaan
- Keluhan Rakyat
- Kewangan
- Koleksi Dalil Ekonomi
- Komentar
- Komoditi
- Korporat
- Luar Negara
- Modal Insan
- Pelaburan
- Peluang Kekayaan
- M&A
- Percukaian
- Pertanian
- Saham
- Teknologi
- Tips
- Umum
- Keushawanan
- Halal

Monday, November 30, 2015
Bank Muamalat & MBSB Bakal Bergabung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment