Bursa Malaysia

top_rightads

Saturday, March 7, 2015

Rakyat Digesa Boikot Pemaju Hartanah Kapitalis

16 Jamadil Awal 1436

Rakyat Malaysia digesa agar memboikot pemaju hartanah di Malaysia yang bersifat kapitalis dan hanya mengutamakan keuntungan semata-mata. Mereka kini dilihat sombong dan mahukan agar penyediaan rumah mampu milik hanya diuruskan oleh pihak kerajaan semata-mata.

Mereka lupa, pada masa kegawatan ekonomi akhir tahun 90an, mereka ini juga yang merayu agar kerajaan membantu mereka apabila banyak hartanah tidak terjual pada ketika itu. Kerajaan telah membantu mereka dengan mengekalkan kadar faedah yang rendah bagi meningkatkan kuasa beli rakyat terhadap hartanah pada ketika itu.

Artikel ini ditulis rentetan kenyataan dibuat oleh sebuah  pemimpin sebuah organisasi hartanah di Utusan Online yang menyatakan " semua pihak tidak boleh menyalahkan pemaju-pemaju hartanah swasta kerana tujuan mereka adalah untuk mencatatkan keuntungan dan adalah tidak sesuai untuk menggalakkan pihak swasta membangunkan rumah mampu melalui pemberian subsidi.

“Mereka (pemaju-pemaju hartanah swasta) adalah kapitalis, tetapi tidak semua dan kerja mereka ialah mencari keuntungan. Jika mahu memperkenalkan undang-undang tertentu bagi menghalang mereka mengaut keuntungan adalah tidak sesuai. Jika sesiapa menjadi pemaju, tentulah keuntungan yang dicari.

“Saya rasa rumah mampu milik dan rumah kepada golongan berpendapatan rendah sebaik-baiknya diuruskan kerajaan. Biarlah syarikat swasta memaksimumkan kemampuan mereka untuk mengaut keuntungan. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini, tetapi inilah pandangan saya,” katanya

Oleh yang demikian, bagi menguburkan kesombongan golongan kapitalis ini, rakyat digesa lebih selektif dalam pembelian pada masa akan datang. Kita lihat nanti, kuasa mana yang akan menang sama ada kuasa kapitalis atau kuasa pembeli?

Wallahualam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...