Bursa Malaysia

top_rightads

Monday, March 16, 2015

Rumah Mampu Milik Di Kedah Bakal Gunakan Teknologi Baharu

26 Jamadil Awal 1436

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) berharap dapat mencapai keputusan akhir selepas berbincang dengan agensi kerajaan Kedah, menjelang akhir tahun ini bagi mendirikan 200 rumah mampu milik menggunakan panel komposit poliuretana ringan daripada Bayer MaterialScience.

Ketua Pegawai Eksekutif CIDB Datuk Seri Judin Abdul Karim berkata teknologi baharu ini akan menjimatkan masa dan kos, malah masa pembinaan dapat dikurangkan sebanyak 35 peratus berbanding dengan konkrit pratuang.

"Panel poliuretana juga mempunyai ciri-ciri penebat yang sangat baik. Ini meningkatkan kecekapan tenaga di dalam rumah dengan mengurangkan suhu di dalamnya, sekaligus, mengurangkan bil elektrik serta kesan karbon," katanya.

Model rumah itu yang dibina di kawasan seluas 185 kaki persegi, memakan masa selama lima minggu .Rumah rekaan asas dengan keluasan 106 kaki pesegi itu dijual pada harga RM76,000 menurut berita yang dipetik dari BERNAMA.

Berita dipetik dari BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...