Bursa Malaysia

top_rightads

Saturday, June 6, 2015

UDA Timbang Untuk Beli Saham TIR

19 Syaaban 1436

UDA Holdings Bhd akan menimbang membeli saham Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PPPP) dalam Tropical Island Resort (TIR), jika kerajaan negeri bersetuju mengurangkan harga jualan, kata Pengarah Urusan, Datuk Ahmad Abu Bakar.

Beliau berkata, kerajaan negeri perlu menerima tawaran UDA Holdings kerana syarikat itu telah melabur kira-kira RM60 juta untuk pembangunan semula Pulau Jerejak tanpa banyak bantuan daripada kerajaan negeri.

"Kami sudah lama berbincang mengenainya. Tetapi sehingga kini kami belum mencapai persetujuan muktamad mengenai pembelian saham PPPP dalam TIR.

"Kami tidak akan membeli saham itu daripada kerajaan negeri...(tetapi) ia mungkin (jika mereka mengurangkan harga) kerana kami perlu merancang dan menyusun semula pulau itu," katanya kepada Bernama di majlis Cabaran Media UDA 2015, di sini semalam.

 Walaupun enggan mendedahkan harga ditetapkan kerajaan negeri, beliau percaya pembelian saham itu boleh diselesaikan dalam tempoh kurang daripada dua tahun.

Beliau juga berharap kerajaan negeri akan turut serta dalam pembangunan semula Pulau Jerejak, iaitu bekas pusat tahanan banduan.

UDA Holdings memiliki 51 peratus kepentingan dalam TIR dan selebihnya oleh PPPP, cabang pembangunan kerajaan negeri.

Sumber dipetik daripada : BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...