Penyata kewangan (atau laporan kewangan) adalah catatan secara formal dari kegiatan kewangan yang dilakukan dari sudut seseorang atau individu , perniagaan atau entiti-entiti yang lain. Secara umumnya atau secara perundangan laporan kewangan secara sinonimnya sering disebut sebagai akaun, walaupun istilah laporan kewangan juga digunakan, terutama oleh akauntan.
Untuk perniagaan, semua maklumat kewangan yang relevan, disajikan secara berstruktur dan dalam bentuk yang mudah difahami dikenali sebagai laporan kewangan.Laporan ini biasanya meliputi empat laporan kewangan asas, disertai dengan perbincangan dan analisa pengurusan:
1.Penyata Kedudukan Kewangan
Ianya juga disebut sebagai Kunci Kira-kira yang melaporkan kedudukan aset- aset syarikat, liabiliti, dan ekuiti pemilikan pada suatu masa yang tertentu.
2.Penyata Pendapatan
Ianya juga disebut sebagai laporan Untung Dan Rugi (atau "P & L"), laporan pendapatan syarikat, bayaran, dan keuntungan selama tempoh masa yang tertentu.Akaun ini memberikan maklumat mengenai operasi syarikat. Ini termasuk jualan dan pelbagai kos yang timbul semasa perniagaan beroperasi.Penyata ini membandingkan diantara pendapatan dan perbelanjaan. Jika jumlah pendapatan melebihi perbelanjaan, penyata berkenaan akan menunjukkan keuntungan dan begitu juga sebaliknya.
3.Penyata Perubahan Ekuiti
Ianya menjelaskan perubahan ekuiti syarikat selama tempoh laporan.
4.Penyata Aliran Tunai
Ianya merujuk kepada laporan kegiatan aliran tunai perniagaan, khususnya operasi, pelaburan dan pembiayaan.
Untuk syarikat besar, laporan seperti ini seringkali bertambah kompleks dan mungkin merangkumi keperluan nota terhadap akaun di atas laporan kewangan dan untuk tujuan perbincangan pengurusan dan penganalisaan. Nota-nota ini biasanya akan menjelaskan setiap butiran pada kunci kira-kira, laporan untung dan rugi serta laporan aliran tunai secara terperinci dan lebih lanjut. Nota atas laporan kewangan dianggap sebagai bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari laporan kewangan kerana ianya membekalkan maklumat lanjut berkenaan sesuatu perniagaan.

No comments:
Post a Comment