Kerajaan sewajarnya menimbang untuk memberi pilihan kepada para pencarum jika mereka berhasrat untuk mengurangkan caruman mereka daripada 11 peratus kepada 9 peratus. Ini berlawanan dengan langkah kerajaan yang mengurangkan caruman, tetapi memberi pilihan kepada pencarum untuk mengekalkan kadar caruman sedia ada.
Dalam keadaan kekangan kos yang semakin meningkat, adalah munasabah jika peluang diberikan kepada para pencarum yang memerlukan wang tambahan dalam mengurangkan beban tanggungan mereka. Ini dapat mengelakkan sedikit sebanyak golongan yang sering terjerat dengan tunggakan kad kredit atas kekangan kewangan. Nilai wang sebenarnya paling tinggi apabila ianya amat-amat diperlukan. Di saat para pencarum bertungkus lumus membentuk keluarga dan membesarkan anak-anak dan menyediakan keperluan pendidikan, sudah tentunya wang berkenaan diperlukan berbanding semasa berumur 50 tahun. Itupun kalau sempat sampai umur 50 tahun. Sekurang-kurangnya langkah ini memberi peluang lebih ramai pencarum merasa wang hasil pekerjaan mereka berbanding dengan hanya waris yang menikmatinya nanti.
Jika ianya direalisasikan, sudah semestikan meningkatkan kuasa beli rakyat dan negara dapat mengurangkan kebergantungan kepada aliran pelaburan asing. KWSP pula, tidak perlu bersusah payah melabur di luar negara yang mana risiko pelabuaran di luar negara lebih tinggi dan amat sukar diramalkan. Jika ada kesatuan pekerja yang membantah cadangan ini, katakan sahaja kepada mereka " Ini duit aku! suka hatilah aku nak buat apa".Lagipun, 9 % lagi kan ada?"Pilihan di tangan masing-masing.
@MyIktisad
No comments:
Post a Comment