Utusan Malaysia melaporkan pada 6 Jun 2011 bahawa harga minyak mentah dunia yang kini diniagakan lebih AS$100 (RM300) setong, sepatutnya kekal pada paras antara AS$75 (RM225) hingga AS$80 (RM240) setong. Ini dinyatakan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), Datuk Shamsul Azhar Abbas.
Menurut beliau, paras harga itu adalah bersesuaian dengan asas atau dasaran pasaran dan suasana kos semasa.‘‘Harga memainkan peranan yang penting dalam keputusan pembahagian sumber oleh pengguna dan pengeluar.‘‘Oleh itu, apabila harga pasaran semasa hanya dipengaruhi oleh langkah yang diambil oleh bank-bank pusat dan spekulator kewangan, ia adalah membimbangkan,’’ kata beliau semasa menyampaikan ucaptama di Persidangan Minyak dan Gas Asia Ke-16 2011 di sini hari ini.
Bagi saya, krisis ini mengulangi kembali apa yang dilakukan oleh penyangak matawang di sekitar tahun 1998 yang lampau.Namun, dengan menggunakan penyelesaian yang kreatif dan berani, negara telah berjaya keluar daripada krisis berkenaan tanpa mengikut arahan dan telunjuk pihak lain. Sesungguhnya krisis yang berlaku sekarang menuntut iltizam dan daya juang yang sama dari semua rakyat Malaysia.
"I did it my way..."
@MyIktisad
No comments:
Post a Comment