Mungkin ada yang ketawa dengan kenyataan diatas. Namun jika difikirkan secaramendalam, dengan pelbagai kandungan positif yang boleh dimanfaatkan di blog-blog yang ada di Malaysia, ianya boleh dimanfaatkan sebagai gedung ilmuan yang baru. Mungkin kenyataan ini tidak dipersetujui oleh kebanyakan ahli-ahli akademik kerana rujukan mereka rata-rata masih berkiblatkan sekitar kepada jurnal-jurnal yang diiktiraf oleh mereka.
Bagi golongan yang dahagakan ilmu kemahiran, mereka terpaksa bergantung kepada blog untuk berlajar. Sebagai contoh, kita mungkin mencari blog yang menceritakan bagaimana hendak buat kuih, kek, membuat baju dan sebagainya. Bagi yang otaknya lebih komersial, blog mereka juga dimanfaatkan untuk tujuan pengiklanan. Bayangkan jika setiap laman blog berjaya meraih RM 10 sebulan. Jika Malaysia mempunyai 1 juta laman blog, maka ianya bakal menghasilkan RM 10 juta sebulan dan RM 120 juta setahun. Ini secara tak langsung mewujudkan industri baru di alam maya.
Oleh yang demikian, industri ini perlu diiktiraf sebagai salah satu sumber keberhasilan yang baru dalam merealisasikan hasrat menjadikan rakyat Malaysia berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Malaysia boleh!
@MyIktisad
No comments:
Post a Comment