23 Rabiulawal 1434
KUALA TERENGGANU, 2 Febuari 2013- Al-Bakry T-Cafe, yang aktif dalam kegiatan penyajian makanan di Terengganu, melabur RM200,000 untuk membuka Restoran Makanan Arab di Kampung Kubang Jela, Manir di sini.
Pengurusnya, Abdul Mubin Mohamad, yang berusia 30 tahun, berkata restoran itu, yang dibuka mulai 1 Januari di Kompleks Usahawan Terengganu (KUT), kira-kira 8km daripada pusat bandar Kuala Terengganu, kini menjadi tumpuan penduduk sekitar yang ingin merasai juadah makanan Arab tanpa perlu pergi ke pusat bandar.
"Hasil jualan pada minggu pertama cukup baik dan jualan kini meningkat," katanya kepada pemberita selepas pelancaran restorannya di sini Sabtu.
Sebelum itu, Al-Bakry T-Cafe telah menjamu selera bagi mempromosikan masakan restoran itu di kalangan penduduk di sekitar Kampung Manir.
Al-Bakry T-Cafe merupakan satu daripada tiga restoran makanan Arab yang terdapat di sekitar Kuala Terengganu.
Abdul Mubin berkata, restoran nasi Arab Al-Bakry T-Cafe yang terletak bersebelahan Lebuh raya Pantai Timur (LPT), mula beroperasi mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, termasuk hari Jumaat.
Ia menawarkan nasi Arab kambing panggang, ayam panggang dan akan ditambah dengan beberapa menu lagi seperti lauk burung puyuh, burung merpati dan ayam belanda.
Lauk ayam dijual pada harga RM10 manakala lauk kambing RM13.
Abdul Mubin berkata tukang masak Al-Bakry T-Cafe merupakan abangnya sendiri yang telah mempelajari masakan Arab semasa menuntut selama lima tahun di Mesir.
Maklumat lanjut: BERNAMA
Pages
Bursa Malaysia
top_rightads
Monday, February 4, 2013
Restoran Al-Bakry T-Cafe Tumpu Penduduk Manir Dan Sekitarnya Bagi Sajian Makanan Arab
Labels:
Perniagaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hai semua,
ReplyDeleteSaya Miller Porter pemberi pinjaman pinjaman persendirian dengan Reputasi baik Kerja,
millerporter102@yahoo.com Memohon hari ini jika anda memerlukan kecemasan
pinjaman dari sebuah syarikat terkemuka, dengan keadaan yang baik dan hubungan buruh,
maka anda perlu menghubungi kami kerana kami menawarkan pinjaman pada
Kadar faedah yang berpatutan sebanyak 3% dan kerja anda dengan kami
akan menjadi satu pengalaman yang baik. Jika anda berminat, hubungi
kami melalui e-mel: millerporter102@yahoo.com
+2349057519652
millerporter102@yahoo.com
http://millerporter102.wix.com/potterfirms
Saya menunggu jawapan pantas anda
Encik Miller Porter