Bursa Malaysia

top_rightads

Tuesday, October 23, 2012

Mahkamah Persekutuan Akan Putuskan Berhubung Campur Tangan Mahkamah Perusahaan Dalam Pemecatan Pekerja

7 Zulhijjah 1433


PUTRAJAYA, 22 Oktober 2012- Mahkamah Persekutuan akan memutuskan sama ada Mahkamah Perusahaan boleh campur tangan dengan keputusan seorang majikan yang memecat pekerjanya bagi salah laku.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, mempengerusikan panel lima anggota, memberi kebenaran kepada Norizan Bakar, bekas pembantu peribadi pengerusi Panzana Enterprise Sdn Bhd, merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak memihak kepadanya.

Hakim Raus berkata persoalan undang-undang adalah penting dan perlukan jawapan daripada mahkamah tertinggi itu.

Panel itu yang turut dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Hashim Yusof, Datuk Suriyadi Halim Omar, Datuk Hasan Lah dan Datuk Zainun Ali, sebulat suara membenarkan permohonan Norizan untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan berhubung satu persoalan undang-undang.

Persoalan itu ialah sama ada Mahkamah Perusahaan boleh menimbangkan keputusan majikan untuk memecat pekerjanya sebagai terlalu keras walaupun majikan telah membuktikan pekerja itu telah melakukan salah laku.

Maklumat lanjut: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...