Bursa Malaysia

top_rightads

Tuesday, October 9, 2012

Saham Baru Maybank Raih RM3.66 Bilion

23 Zulkaedah 1433


Malayan Banking Bhd (Maybank) meraih RM3.66 bilion daripada tawaran persendirian saham barunya iaitu yang terbesar dalam sejarah korporat Malaysia.

Kumpulan perbankan itu berjaya menjual 412 juta saham barunya, mewakili 4.98 peratus modal saham berbayar dan diperbesarkannya setakat 30 Sep-tember lalu pada harga RM8.88 sesaham dalam tawaran persendirian berkenaan yang dibuat menerusi proses binaan bida kepada pelabur institusi tempatan dan asing.   Harga itu adalah 2.1 peratus berbanding harga purata
jumlah berwajaran (VWAP) lima hari sahamnya iaitu RM9.07 sesaham dan diskaun 1.2 peratus berbanding harga penutup pada Jumaat minggu lalu pada RM8.99 sesaham.
 Maybank dalam kenyataannya berkata, tawaran persendirian itu adalah langkah proaktif kumpulan perbankan berkenaan bagi meningkatkan modal sahamnya menjelang pelaksanaan rangka kerja modal Basel III.

Berdasarkan kedudukan kewangan kumpulan perbankan itu pada 30 Jun 2012, proforma kedudukan ekuiti teras sebelum dividen awal yang dicadangkannya akan meningkatkan kepada 9.27 peratus daripada 7.97 peratus, manakala proforma jumlah nisbah kecukupan modalnya akan meningkat kepada 16.96 peratus daripada 15.66 peratus.

Maklumat lanjut: BH Online

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...